:: 07

264 22 6
                                    

"..... and to Malaysian, welcome home"

Pengumuman dari juruterbang Malaysia Airlines itu sedikit melegakan hatinya. Ini kali pertama dia ke negara ini. Satu negara yang amat asing baginya. Dia hanya pernah dengar melalui cerita Fred sahaja.

Leyla melangkah lemah ke luar dari perut kapal terbang. Penerbangan yang mengambil masa berbelas jam ini dirasakan sesuatu yang memenatkan. Sementelah lagi dia berseorangan tanpa Fred di sisi.

Selepas hampir tiga bulan Fred meninggalkan New York dan jarang menghubunginya, Leyla tekad untuk mencari Fred di Malaysia. Dokumen yang dia jumpai atas meja kerja Fred sedikit sebanyak dapat membantunya untuk kenalpasti lokasi Fred di Malaysia.

Namun kedatangannya tidak diketahui Fred. Dia mahu membuat kejutan untuk kekasih hatinya itu. Tiga bulan ditinggalkan, terlalu banyak yang dia mahu ceritakan.

Leyla mengusap perutnya yang sedikit buncit lalu tersenyum. Bayi dalam kandungannya ini penguat semangatnya ketika ini. Demi bayi ini, Leyla sanggup terbang beribu batu.

"You're gonna meet your daddy soon", bisik Leyla perlahan. Hanya dia yang dengar.

Perjalanan sejam setengah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur membawa Leyla ke satu kawasan perumahan mewah di Bukit Tunku. Matanya membuntang melihat deretan banglo yang tersergam indah dan setiap satunya mempunyai bentuk binaan tersendiri.

"You are so rich, Fred", bisik Leyla dalam hati. Bibirnya mengukir senyum. Jika begini kehidupan Fred, dia tahu pasti anak dalam kandungan ini tidak akan pernah merasa susah sepertinya dulu.

"You have reached your destination, miss"

Suara pemandu e-hailing itu menyentakkan lamunan Leyla. Jauh juga fikirannya menerawang membayangkan kehidupan anak yang bakal lahir ini. Leyla tidak peduli pasal dia. Yang dia peduli hanyalah anak hasil benih Fred yang ditaburkan dalam rahimnya.

"Thank you"

Leyla keluar dari perut kereta. Di depannya kini tersergam indah rumah agam ala Inggeris. Dengan sedikit debar, kakinya melangkah menuju ke arah pondok jaga di sebelah kiri pintu pagar besi rumah agam ini.

"Excuse me, I would like to meet Miss Nadine", bicara Leyla sopan. Pengawal yang menjaga pondok itu angkat muka memandang ke arah Leyla. Dahinya berkerut. Dia tidak pernah nampak wanita ini sebelum ini.

"Who are you?", tanya Marzuki, pengawal keselamatan yang menjaga pondok keselamatan rumah agam Tan Sri Mokhtar ini. Sudah lima tahun dia berkhidmat.

"Oh, sorry. I'm Leyla. Nadine's friend from US", balas Leyla sopan.

Dokumen atas meja kerja Fred yang dia jumpai seminggu lalu membawa kepada nombor telefon Nadine. Sudah tentu Nadine meninggalkan nombor telefonnya sewaktu gadis itu ke New York mencari Fred.

Leyla terus menghubungi Nadine. Mujur Nadine melayannya dengan baik. Meski Leyla sedikit curiga dengan perubahan sikap Fred selepas gadis itu menemuinya dulu. Leyla yakin perubahan itu kerana Nadine namum dia cuba untuk menepis prasangka buruk terhadap lelaki itu.

"She's still in the office. But, let me call her first". Balas Marzuki. "Have a seat first, miss", sambungnya lagi sambil menunjukkan kerusi plastik di luar pondoknya. Leyla hanya menurut.

******

BUNYI deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan Nadine. Sudah jauh fikirannya menerawang sambil mengadap kesesakan lalulintas bandaraya Kuala Lumpur.

Sejak masuk ke dalam kereta tadi, baik dia mahupun Fred, masing-masing membuat hal sendiri. Namun Nadine lega Fred tidak mengganggunya ketika ini. Fikirannya sarat dengan pelbagai agenda syarikat untuk pengarah baru ini.

"Ye, Juki"

"Ada seorang perempuan nak jumpa. Leyla nama dia", ujar Marzuki di hujung talian.

Dada Nadine berdebar tiba-tiba lantas dia menoleh memandang ke arah Fred di sebelahnya yang sedang kusyuk dengan iPad.

Nadine telan air liur. Dia rasakan hari ini bukan masa yang sesuai untuk Leyla datang. Dia tidak pasti bagaimana penerimaan Fred nanti.

"Errr.. awal pula dia datang...", kata Nadine perlahan namun Marzuki dengar.

"Habis tu macam mana? Nak bagi dia masuk tak?", tanya Marzuki. Dia turut memperlahankan suara seakan berbisik. Sengaja mengikut rentak Nadine.

Mata Nadine liar memerhati luar. Jika dikutkan, lambat lagi dia nak sampai rumah Tan Sri Mokhtar.

"Emmm.. saya mesej lah"

Tup! Talian dimatikan. Marzuki hanya menggeleng melihat skrin telefonnya yang gelap. Kenal benar dia dengan gadis ini. Jika sudah gelabah, dia pasti tidak boleh berfikir dengan tenang.

Tut..tut..

Mesej yang masuk ke telefonnya terus dibaca,
'Suruh Kak Bib bawa dia ke bilik tamu 4. Suruh Kak Bib tunggu saya balik dan minta Kak Bib make sure Leyla tak keluar bilik waktu saya dan Fred balik nanti'

Marzuki angguk faham lalu terus interkom ke dalam rumah untuk meminta Habibah keluar menyambut tetamu Nadine ini.

Marzuki tahu, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan Nadine daripada Fred. Bilik tamu nombor empat itu berada di tingkat bawah, ke belakang sikit berbanding bilik tamu lain yang berada di tingkat atas.

'Ok, bos!'

Marzuki membalas mesej itu kemudian dia tersenyum lebar. Pasti Nadine meradang apabila membaca mesej itu. Nadine tidak suka orang lain memanggilnya bos.

'Saya potong gaji awak. Satu huruf RM100. Tiga huruf BOS, RM300!'

Gulp! Marzuki telan air liur. Terasa kelat. Salah hari dia mahu bergurau dengan Nadine nampaknya.

'HAHAHAHA. Takut lah tu 😛'

Marzuki ketawa besar membaca mesej berikutnya. Sengaja Nadine bergurau dengannya.

******

"Seronok nampak. Mesej dengan boyfriend lah tu. Nak date mana malam ni....?", soal Fred meleret.

Tawa Nadine terhenti. Baru saja ingin merasa aman, sudah datang kembali serabut di kepalanya.

"None of your business, ok!", balas Nadine kekwat.

"It is my business selagi you kerja dengan I. You tak boleh ada boyfriend!", balas Fred selamba. Telefon bimbit Nadine direntap dari tangan gadis itu membuatkan Nadine terkejut.

"Hey! My phone. Give me back!"

Nadine sedaya upaya cuba mencapai telefon bimbitnya dari tangan kiri Fred yang semakin jauh darinya. Badan sasa lelaki ini menyukarkan Nadine. Begitu tegap sehingga tidak berganjak walau seinci pun.

Fred menoleh memandang ke arah Nadine yang begitu rapat dengannya. Mata bertentang mata. Seperti sudah tiada jarak lagi antara mereka.

"Kiss me and I will give it back", bisik Fred tepat ke wajah Nadine.

Tersentak dengan kata-kata itu, Nadine terus menjarakkan tubuhnya dari Fred.

"Ingat free ke? Bayarlah!", omel Nadine. Dia kembali membatu di kerusi sebelah Fred.

Fred ketawa kecil. Dia dengar apa yang dituturkan Nadine sebentar tadi. Sempat dia kerling ke arah skrin telefon Nadine. Hanya gambar gadis ini dengan ibunya.

"Ask your mom, what price should I pay to get you", bisik Fred di telinga kiri Nadine sambil satu kucupan ringkas diberikan di cuping telinga Nadine membuatkan gadis itu kegelian.

Tangan kiri Fred mula merayap di peha Nadine. Namun dengan pantas Nadine menggenggam tangan itu.

"Don't you dare, Afwan Firdaus!". Perlahan namun tegas . Nadine menolak kasar tangan Fred membuatkan lelaki itu sedikit terkejut.

Fred lepas keluh kasar, "You will be mine, Nadine"

Bisikan ke telinga Nadine itu sedikit menggusarkan hati gadis itu. Fred tidak tahu apa yang menantinya di rumah agam Tan Sri Mokhtar.

Lupakah Fred pada kekasih hatinya itu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fred & NadineWhere stories live. Discover now