:: 05

680 29 2
                                    

Telinga didekatkan pada pintu bilik yang sedikit terbuka. Berkerut dahinya mencuba untuk mendengar butir percakapan dari dalam bilik di tingkat bawah rumah agam milik Allahyarham Tan Sri Mokhtar. Fred sendiri masih belum arif dengan selok belok rumah yang mempunyai 10 buah bilik ini. Di tingkat bawah saja sudah ada empat bilik manakala selebihnya di tingkat atas. Bilik yang dia duduki itu juga memang khas untuknya.

"Ibu.. makanlah sikit. Dari malam tadi ibu tak makan. Janganlah buat Nad susah hati macam ni". Lembut suara itu.

"Ibu?", tanya Fred pada dirinya. Jika tidak silap di pendengarannya, memang panggilan itu yang dia dengari.

Terdengar suara menggumam dari dalam bilik. Tidak pasti apa yang dituturkannya.

"Please, ibu. Nanti ibu sakit macam mana? Nad nak pergi kerja ni. Kalau ibu tak makan, Nad tahu sampai Nad balik nanti pun ibu tak akan makan". Lembut suara Nadine memujuk. Tenang juga halwa telinga Fred mendengarnya.

Jeda.

Agak lama keadaan sunyi sepi, Fred berlalu meninggalkan tempat itu. Tidak dapat diteka siapa di dalam bilik itu namun Fred yakin, suara lembut dan merdu itu suara Nadine.

Lain benar itonasinya. Tidak seperti apabila gadis itu bertutur dengannya. Fred tersenyum sendiri.

'Lemah lembut juga you ni, Nadine', bisik hati Fred.

Punggung dilabuhkan atas kerusi bar di dapur. Sesekali Fred memerhatikan pembantu rumah berumur lewat 40an sedang membersihkan ruang dapur di hadapannya. Dia masih belum kenal dengan semua pembantu rumah agam ini.

'Ah, tak penting. Bukan aku nak tinggal sini pun', bisik hati Fred ketika terlintas di fikirannya untuk menyapa pembantu rumah itu.

"Eh, Encik Afwan Firdaus. Maaf. Saya tak perasan encik ada dekat dapur. Saya dah sediakan sarapan dekat meja makan. Dekat depan". Sapaan pembantu rumah mematikan lamunan Fred. Dia mengukir senyum nipis memandang wanita itu.

"Panggil saya, Fred. No encik encik, no Firdaus, no Afwan or whatever. Just FRED. F.R.E.D. Fred", balas Fred sedikit tegas namun masih kedengaran kelembutan dan sopan dalam tutur katanya.

"Maaf, enc... Eh, maafkan saya, Fred. Kalau nak sarapan boleh ke meja makan di ruang depan", pelawa wanita itu sambil tunjuk ke arah ruang makan. Agak kekok berhadapan dengan tuan besar baru rumah ini. Dari gerak geri dan perlakuannya, jauh benar dengan perwatakan Tan Sri Mokhtar. Ini bukan bapak borek, anak rintik. Langsung tidak sama!

"Nadine mana? Saya cari dia dari tadi. Takkan tak bangun tidur lagi kot....?", tanya Fred berbaur sindir.

Wanita yang sudah hampir 5 tahun bekerja di rumah agam ini tertawa kecil. Geli hatinya mendengar pertanyaan Fred.

"Saya ada buat lawak ke?", soal Fred serius. Sakit pula hatinya apabila wanita ini tiba-tiba ketawa.

"Tak.. tak. Cuma... tak mungkin Nad masih tidur. Dia lah orang yang bangun paling awal dalam rumah ni. Kadang-kadang kami pembantu rumah belum bangun, dia dah bangun dulu", jawab wanita itu panjang lebar.

Fred angguk faham. Mungkin banyak yang perlu dilakukan oleh gadis itu namun dia sendiri masih tidak tahu apakah sebenarnya tugas gadis itu.

Hanya sekadar pembantu peribadi Tan Sri Mokhtar atau lebih dari itu? Jika hanya sekadar pembantu peribadi, mengapa Nadine juga tinggal di rumah ini?

"Sorry, kak. Eh.. akak ke makcik. Saya tak tahu nak panggil apa", balas Fred mengubah topik perbualan. Sejujurnya dia menjadi penasaran akan kehidupan di dalam rumah agam ini.

Dan yang paling utama, tentang Nadine. Gadis yang berjaya membuatkan tidur malamnya terganggu dek kehadiran gadis itu. Kemanisan bibir ranum Nadine hingga kini masih terasa. Fred mahu merasainya lagi. Fred menggelengkan kepala beberapa kali. Nakal sungguh fikirannya pagi ini.

"Semua orang dalam rumah ni panggil saya, Cik Bib. Nama penuh saya Habibah. Saya dah kerja dekat sini nak masuk 5 tahun dah. Kalau Fred free lepas ni, saya boleh kenalkan dengan pekerja-pekerja yang lain", jawab Cik Bib lantas mempelawa Fred untuk mengenali orang yang bekerja dengan Tan Sri Mokhtar di rumah agam ini.

Fred menggeleng sambil tersenyum, "It's okay, Cik Bib. Saya tunggu Nadine je"

Cik Bib angguk faham lalu meminta izin untuk meneruskan kerja-kerjanya di bahagian lain pula.

**********


"Morning! I dengar ada orang sebut nama I tadi"

Fred baru hendak melangkah keluar dari ruang dapur apabila mendengar sapaan itu. Dia berpaling ke arah datangnya suara itu. Nadine tersenyum manis sambil tangan disilang ke belakang. Ceria sungguh gadis ini. Sudah lengkap berpakaian pejabat. Nampak sangat profesional.

Fred kerling jam di pergelangan tangan kirinya. Wajah serius dengan kening terangkat sebelah dan mata mengecil, dia merenung jarum jam.

"What time now? Malaysian memang suka lambat pergi kerja eh?", tanya Fred seakan memperli. Nadine mencebik. Dia tahu Fred sengaja hendak menyakitkan hatinya.

"Excuse me, Mr Fred. You tu yang bangun lambat. Tak subuh eh tadi?"

Dang! Setepek kena muka Fred. Dia tersenyum kelat. Solat? Rasanya sudah agak lama dia tidak menunaikan rukun Islam kedua itu. Sejak dia menjejakkan kaki ke bandaraya New York, tanggungjawab terhadap agamanya sudah dilupakan.

Masih Islamkah dia? Fred menggeleng kepala beberapa kali. Tidak sanggup memikirkan soal agamanya ketika ini. Entah! Yang pasti dia sudah lama tidak berpuasa, solat apatah lagi. Menunaikan haji? Jauh sekali. Tetapi dia masih ingat semua rukun Islam. Pelik kan?

"Haaa... dah geleng tu. Sah! Tak Subuh". Nadine mencebik dan berlalu meninggalkan Fred yang masih terpinga-pinga. Dia sepatutnya sudah boleh menduga semua itu. Tengok sajalah pada hari dia ke kondo mewah Fred di New York dulu. Begitu selamba Fred dan teman wanitanya bercumbu di depan Nadine. Entah-entah memang mereka duduk serumah.

'Hish kau ni, Nad! Suka fikir buruk pasal orang.Lantak dia lah', bisik Nadine setelah seketika fikirannya menerawang jauh memikirkan Fred.

Seakan satu tusukan tajam terus ke dadanya apabila mendengar telahan Nadine itu. Fred tidak ambil hati tapi kata-kata itu seakan membuat dia tersedar.

Nadine, gayanya sangat sofistikated. Fesyennya mengikut gaya terkini wanita barat. Gadis ini memang pandai bergaya. Ada ciri-ciri model kesukaan Fred cuma kurang ketinggian. Tetapi pergaulan dan adabnya, masih kekal seperti gadis Melayu. Penuh tertib dan adab sopan.

Cukuplah memerhatikan gadis ini di majlis tahlil Tan Sri Mokhtar. Dia tidak kekok melayan tetamu yang lebih tua darinya. Malah nampak beradab ketika melayani tetamu-tetamunya.

'Aku? Mat salleh celup. Aku dengan dia macam langit dengan bumi'. Fred mengutuk dirinya sendiri.

Nadine berpaling ke belakang setelah beberapa ketika tidak mendengar suara majikan barunya itu. Fred masih kaku di tempat dia berdiri tadi. Raut wajahnya nampak kosong. Entah ke mana fikirannya menerawang.

Nadine menghampiri Fred lalu dicuitnya lengan sasa lelaki itu.

"I'm sorry if my words hurt you..", kata Nadine perlahan.

Fred seakan baru tersedar dari lamunan lalu berjalan perlahan ke arah Nadine. Kelat muka gadis ini. Risau jika dimarahi Fred.

"Nah.. not at all. Dah memang I tak Subuh pun tadi". Selamba saja Fred membalasnya meski hatinya sedikit terkesan dengan soalan Nadine tadi.

Nadine hembus nafas lega. Perlahan, agar tidak didengari lelaki itu. Nadine tahu dia perlu lebih berhati-hati apabila menuturkan kata pada Fred. Silap kata, mahunya dia baik New York senyap-senyap, naya Nadine.

"So, where are we going today?". Soal Fred sewaktu mereka sudah berada di ambang pintu utama. Kereta sudah sedia menanti di hadapan mereka.

Nadine mengukir senyum. Pertama kerana dari ton suaranya majikan barunya ini, mood lelaki ini agak baik. Kedua, kerana hari ini, dia akan membawa Fred ke pejabat Tan Sri Mokhtar.

"Let's go. Ikut je", pelawa Nadine sambil masuk ke dalam perut kereta. Sebelum Fred masuk, sempat Nadine membisikkan sesuatu pada pemandu dan lelaki itu hanya angguk faham. Fred pula tidak banyak soal, hanya menurut.

Fred & NadineWhere stories live. Discover now