:: 04

1.5K 58 10
                                    

"So this is your new home, pa. I doakan you bahagia dekat tempat baru you"

Sinis!

Seolah tiada sedikit pun rasa simpati dan sedih di hati lelaki ini. Fred pandang sekali lagi tanah kubur yang masih basah itu. Baru dua hari usianya. Dia tersenyum sinis dan kemudian bangun dari kerusi di tepi kubur. Kacamata hitam dipakai lalu melangkah penuh gaya menuju ke arah kereta yang menanti sedari tadi.

"I'm done here. I'm going back to New York tomorrow", kata Fred pada Nadine yang berdiri di tepi kereta sebelum dia masuk ke dalam kereta Alphard Vellfire yang membawa mereka ke tanah perkuburan ini.

Nadine terkedu. Begitu cepat lelaki ini ingin pulang? Nadine berpaling dan masuk ke dalam kereta dengan dahi berkerut.

"You're not done yet, Fred. You need to stay at least one or two weeks more", kata Nadine. Fred tersandar pada kerusi, memandang ke depan seolah tidak menghiraukan kata-kata Nadine.

"You dengar I cakap tadi kan? I'm DONE! He's dead. Nothing left. So I can continue my life". Sedikit keras suara Fred. Hembusan nafasnya sedikit laju menahan marah. Entah pada siapa. Nadine atau lelaki yang telah pergi meninggalkannya. Atau mungkin pada dirinya sendiri.

"He left something for you. His legacy. For you to continue", balas Nadine. Dia juga masih berkeras meski hatinya sedikit gentar mendengar ton suara Fred tadi. Nadine masih cuba memahami sikap lelaki ini. Dia harus memahami lelaki ini kerana Nadine tahu perjalanan kisah mereka ini masih panjang.

Amanat terakhir Tan Sri Mokhtar perlu dia laksanakan. Dia tidak boleh lepaskan Fred pergi begitu saja. Segala usaha yang sudah dia lakukan untuk menjejaki Fred sehingga lelaki ini berada di depan matanya kini tidak akan dibiarkan menjadi sia-sia.

Fred ketawa mendengar Nadine menyebut perkataaan legasi. Itu legasi yang bapanya tinggalkan? Legasi yang dibina atas penderitaan seorang wanita bergelar isteri.

"I'm leaving, Nadine. FULLSTOP!", tegas Fred.

"NO! You can't leave this country. Not until we settle everything". Nadine membantah. Jika Fred boleh keras kepala, dia juga boleh. Fred lepaskan satu keluhan berat. Nafas panjang dihela dalam, cuba untuk mengawal perasaan marahnya ketika ini.

Kenapalah dia perlu berdepan dengan gadis yang degil ini?

"Driver! Jalan!", arah Fred. Namun pemandu Vellfire itu hanya membatu. Fred merengus kasar. "I cakap jalan! Nak tunggu apa lagi?!", tengking Fred.

Nadine senyum sinis dan berkata, "He won't listen to you". Ada tawa di hujung katanya. Semua pekerja yang bekerja rapat dengan Tan Sri Mokhtar sebelum ini hanya akan mendengar arahan dari Nadine buat sementara waktu sehingga Fred sah menjadi majikan mereka. Sementelah lagi, mereka semua termasuk pemandu dan pengawal peribadi Tan Sri Mokhtar sudah terbiasa dengan gadis ini.

"Huh!". Fred mendengus lalu bersandar kasar pada kerusi. Tangan disilang ke dada. Sakit hatinya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Nadine tadi.

"Noh, kita balik terus", arah Nadine. Lembut suaranya memberikan arahan. Duduk dibetulkan. Seorang pengawal yang berada di luar kereta segera menutup pintu dan masuk ke dalam kereta. Noh segera memacu kereta milik majikannya ini meninggalkan kawasan perkuburan Bukit Kiara.

+++

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama setengah jam itu menjadi lebih lama akibat kesesakan lalulintas. Keadaan dalam kereta sunyi sepi. Fred mahupun Nadine hanya membisu sejak mereka meninggalkan tanah perkuburan tadi. Fred, masih dengan sebal hatinya. Nadine pula, sibuk dengan iPadnya. Meneliti semua urusan-urusan rasmi Tan Sri Mokhtar yang tertangguh.

Fred & NadineWhere stories live. Discover now