:: 02

1.8K 59 3
                                    

TANGANNYA pantas menyediakan sarapan pagi untuk si kekasih hati. Roti bakar dua keping dengan tiga biji telur setengah masak. Itu sarapan kesukaan Fred. Sudah bersama lelaki itu hampir dua tahun, Leyla sudah arif dengan menu sarapan pagi Fred. Jangan diubah kalau tidak mahu kena marah.

Sepasang tangan yang melingkari pinggangnya dibiarkan saja. Satu ciuman hangat singgah dibahunya yang hanya memakai nightie satin berwarna hitam.

"Good morning, beautiful", ucap Fred manja. Satu lagi ciuman singgah di pipi Leyla. Dia berpaling lalu merangkul erat leher Fred yang sudah lengkap berkemeja putih dan bertali leher hitam.

"Good morning, baby. I've prepared your breakfast. As always", kata Leyla manja. Bibir mereka bertaut. Ghairah ciuman itu seperti selalu.

Bunyi loceng di pintu mematikan aksi ghairah Fred dan Leyla. Sikit lagi sudah mahu terbuka semua butang baju Fred. Dia mendengus kuat. Ada saja tetamu tidak diundang pagi-pagi ini.

"I'll take it. You go get your shower", kata Fred pada Leyla. Sempat juga dia hadiahkan satu lagi ciuman hangat di bibir wanita itu. Leyla hanya menurut dan terus berlalu menuju ke bilik tidur utama penthouse milik Fred ini.

Jemari Fred laju mengenakan semula butang bajunya yang sudah terbuka tadi. Dalam hati, dia menyumpah seranah dengan kedatangan tetamunya di awal pagi ini. Kemeja yang dipakai dikemaskan sekali lagi. Pintu dibuka perlahan.

"You?!"

Nadine tersengih seperti kerang busuk. Fred menjenguk ke luar pintu, memandang ke kiri dan ke kanan.

"How you get up here?", tanya Fred kasar. Nadine masih lagi tersengih walaupun jelas muka bengis lelaki di depannya ini.
"With some little help", jawab Nadine bersahaja. Fred bersilang tangan dan berdiri tegap di depan Nadine.

"I will make sure that security get fired", kata Fred tegas. Giginya diketap kuat sehingga menampakkan garis rahangnya yang tajam. Nadine telan air liur. Sungguh marah nampaknya lelaki ini.

"Oh no, no. Please don't do that. It's my fault. I told him that I am your sister. Sister from another mother and father...", ujar Nadine dengan raut wajah cemas namun sempat juga berseloroh.

Fred tersenyum nipis. Kelakar dengan keletah gadis di depannya ini. Nampak sangat polos tetapi cantik. Boleh jadi model cuma kurang ketinggian, tidak sesuai untuk model pentas peragaan. Model majalah, boleh!

"You're smiling", tegur Nadine dengan lirikan meleret. Fred terus mematikan senyuman itu. Dia berdehem, membetulkan ton suaranya. Dadanya berdebar tiba-tiba berdepan dengan gadis ini.

"Which part of my words last time that you not understand, Miss Nadine?", soal Fred dengan muka yang dirapatkan ke muka Nadine. Nadine melangkah setapak ke belakang. Terkejut dengan tindakan spontan itu.

"All I want is your 5 minutes, Mr.Fred. Pleaseee... and I promise this will be the last", rayu Nadine sambil menyusun sepuluh jari. Yang terakhir ini sebelum dia pulang ke Malaysia.

Fred bersilang tangan dengan badan disandar pada jenang pintu. Belum sempat dia membuka mulut untuk bersuara, Leyla bersuara dari dalam.

"Who's your guest, darling?", tanyanya lalu menghampiri Fred. Pinggang Fred dirangkul erat. Nadine terkejut dengan kemunculan Leyla lalu menjauhkan diri dari ambang pintu. Dari atas hingga ke bawah Leyla meneliti setiap inci tubuh Nadine membuatkan Nadine berasa tidak selesa.
"Ahh..new model come for the interview?", soal Leyla.

Nadine tergamam. Berkerut dahinya mendengar soalan itu. Fred ketawa.
"Yes, baby", jawab Fred lembut. Leyla tersenyum dan lantas menghulurkan tangan kepada Nadine untuk bersalam.

Fred & NadineWhere stories live. Discover now