XXIII

22 2 0
                                    

"Guys, aku baru dapat full update pasal seluruh bangunan ni. Bangunan ni ada ruangan bawah tanah, mungkin ruangan tu jadi tempat diorang simpan perempuan-perempuan yang diorang culik untuk dijadikan pelayan di kelab malam tu" Imbasan penuh akhirnya memaparkan satu ruangan yang dibina betul-betul di bawah bangunan yang sedang sibuk menerima pelanggan-pelanggan yang sedang beratur panjang. Dapat dilihat daripada imbasan yang terpapar itu, beberapa entiti yang sedang duduk dengan kaki dilipat ke bahagian dada, merek seolah diarah untuk duduk dengan keadaan kaki dan tangan yang diikat. Selain itu turut dapat dilihat dua hingga tiga orang yang sedang berdiri dan berjalan berulang-alik mengelilingi sekumpulan yang sedang duduk secara beramai-ramai itu. Apa yang membuatkan keadaan jadi agak panik adalah, entiti yang sedang berdiri dan berjalan berulang-alik itu seolah memegang sesuatu senjata api di tangan mereka

"Macam mana cara untuk kitorang turun ke sana?" Ejen Moonraker memberikan sepenuh fokus pada maklumat yang bakal Ejen Zia berikan ketika ini. Namun tetap itu, matanya kekal meliar memerhati sekeliling, bimbang ada juga yang turut memasang telinga

"Di hujung luar bangunan ada sebuah tangga yang menuju ke bawah, tapi ada dua orang yang menjaga pintu keluar masuk di situ. Hati-hati sebab aku rasa diorang ada senjata" maklum Ejen Zia. Melalui rakaman litar tertutup yang berjaya dia godam sebentar tadi, ada dua orang dengan badan mereka yang sama besar seperti dua orang yang menjaga pintu utama bangunan itu. Namun pasti ada saja yang tidak memudahkan urusan ejen-ejen tersebut apabila dimaklumkan bahawa yang mereka mungkin bersenjata api

"Kenapa diorang sampai ada senjata api? Bukannya perempuan-perempuan yang diorang culik tu boleh lawan senjata api diorang" Ejen Nitro disebalik talian menyelitkan pandangan. Apa yang pernah berlaku sebelum ini sehinggakan mereka perlu memegang senjata api demi menjaga hasil penculikan mereka itu?

"Aku rasa mungkin sebab sejak lokasi bangunan lama itu tersebar pada orang lain, mungkin sejak itu mereka lebih berwaspada" Ejen King pula menyelit

"Aku tak rasa sebab kejadian tu, aku rasa pasti ada seseorang dalam bangunan itu yang tahu tentang kewujudan kita" Ejen Zed turut memberikan pendapat. Entah mengapa kuat hatinya menyatakan yang ada seorang atau dua yang sedar tentang kewujudan ejen-ejen rahsia ini, dan akibat keberadaan mereka di bangunan lama itu mungkin telah meningkatkan lagi sangsi mereka terhadap 'penceroboh' yang telah menceroboh masuk bangunan lama itu

"Apa-apa pun, kita fokus dulu nak selamatkan Ivory. Kita dah tahu yang diorang pegang senjata jadi kita boleh lebih berhati-hati" Ejen Black tidak mahu mula berfikir tentang siapa yang tahu tentang kewujudan ejen rahsia ini atau tidak. Itu bukan misi mereka yang sebenar melainkan untuk memastikan keadaan Ejen Ivory tidak diapa-apakan dan ingin membawa gadis itu keluar daripada tempat ini dengan selamat

"Ejen Black kita jumpa dekat pintu belakang" Cadang Ejen Moonraker, tidak mahu keluar menggunakan pintu utama. Tidak ingin membangkitkan curiga daripada pandangan sekitar

Mereka terus berjumpa di pintu belakang. Sebaik mereka melepasi pintu belakang, lokasi yang telah dinyatakan oleh Ejen Zia sebentar tadi ditujui. Banyak pertolongan yang telah dihulurkan oleh ejen solo itu. Pasti setelah misi ini selesai, mereka akan membalas budi eEjen Zia, yang dulunya menjadi lawan dan kini menjadi kawan

Lokasi yang dikongsikan itu dituju, dan yang pertama mereka lihat adalah dua orang lelaki yang berbadan besar dengan berpakaian serba gelap. Cermin mata hitam yang menutupi pandangan mata (entah kenapa pakai cermin mata gelap malam-malam buta, jatuh tersadung masuk parit tahu lah) dan tangan yang kemas memegang senjata api dengan panjang 5.56MM erat pada dada

"Okey, kitorang akan bergerak" Ejen Moonraker dan Ejen Black mula membuka langkah. Namun belum sempat buku lima bertemu badan, dua orang lelaki berbadan besar itu tidak berganjak mahupun memberikan reaksi

𝑹𝒂𝒉𝒔𝒊𝒂 4 𝑮𝒂𝒅𝒊𝒔 | 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝐈]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora