PROLOG

92 8 0
                                    

TANGAN diraup pada muka setelah doanya selesai dimohon. Seketika dia berteleku diatas sejadah dengan bibir terkumat-kamit berzikir. Setelah selesai, kepalanya ditoleh ke belakang bersama bibir yang mengukir senyuman nipis.

Tangan dihulur untuk bersalaman dengan orang dalam masjid. Sesekali mulutnya menjawab pertanyaan pak cik- pak cik kampung. Selesai sudah tahlil terahkir buat arwah bapanya. Kini dia dan adik bongsu perempuannya sudah bergelar anak yatim piatu. Ibunya telah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.

AllahuAkbar, maha suci bagi Allah. Mereka redha dengan takdir yang Allah aturkan. Allah tahu dia dan adiknya kuat untuk jalani ujian ni. Allah tidak akan menguji seseorang hamba diluar kemampuannya. Walaupun dia baru berumur lapan belas tahun dan adiknya berumur lima belas tahun. InsyaAllah mereka mampu jalani hidup sediakala.

"Siapa yang akan uruskan kebun, sawah padi dan dusun ayah kamu nanti?" Soal pak cik tua yang bernama Asri.

Terukir senyuman nipis pada bibir merah Kahf.

"InsyaAllah, saya yang akan ambil alih. Kalau dibiar begitu sayang." Tenang suara Kahf menjawab.

"Baguslah kalau kamu ambil alih. Dusun dan kebun itu subur. Hasilnya tidak pernah mengecewakan." Sampuk pak cik Abdullah yang berdiri disamping pak cik Asri.

Kahf mengangguk kecil kepala tanda bersetuju akan kenyataan yang diujarkan oleh pak cik Abdullah. Betullah, kebun ayahnya mengeluarkan hasil tanaman pisang dan tembikai. Manakala, dusun itu pula ada pokok durian, rambutan dan mangga. Setiap tahun hasil yang diperoleh juga memberangsangkan.

"Adik kamu si Kuntum bagaimana? Dia boleh terima dengan kematian ayah kamu?" Prihatin pak cik Jamal menyoal.

Dia turut bersimpati akan nasib yang ditimpa oleh jejaka muda didepannya ini. Diusia semuda ini jejaka ini perlu mengalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada adik perempuannya yang masih sekolah. Mujur saja ayah jejaka ini meninggalkan harta yang mampu menampung hidup Kahf dan adiknya. Kalau tidak terpaksa Kahf mencari kerja untuk menampung hidup mereka.

"Menangis juga si Kuntum itu pak cik. Nasi pun tidak mahu dimakan. Alhamdulillah, setelah pujuk dia makan dua tiga suap nasi." Terukir senyuman hambar pada bibir Kahf.

Risau dia melihat keadaan adik perempuannya setelah kematian ayahnya. Keadaan Kuntum yang asyik berkurung didalam bilik. Bercakap pun tidak mahu. Malah, nasi pun tidak mahu dimakan. Mujur saja hari ini adiknya mahu menjamah nasi setelah dia memujuk.

"Kalau ada apa-apa masalah boleh beritahu kami. InsyaAllah selagi kami mampu, kami akan tolong Kahf." Terus terangguk-angguk kepala tiga orang pak cik itu.

"Baik pak cik. Sila-sila makan." Pelawa Kahf dengan ramah.

Sedikit jamuan makanan diadakan kepada orang masjid yang turut hadiri tahlil ini. Jamuan makanan ini kepada mereka sebagai tanda terima kasih. Bukan Kahf tidak mahu adakan tahlil dirumah tetapi dia siapa yang boleh uruskan. Baik dia adakan tahlil dimasjid. Senang sikit.

Makanan pula dia hanya tempahkan pada Cik Siti a.k.a orang kampung yang mempunyai kedai makan. Masakan Cik Siti memang terkenal dalam kalangan orang kampung kerana kesedapannya. Murah pun murah.

"Saya balik dulu ya. Risau dekat Kuntum. Dia seorang diri dekat rumah. Terima kasih ya pak cik semua. Lebihanan makanan nanti bolehlah buat balik." Pamit Kahf dan berlalu turun dari masjid.

Motor LC berwarna biru miliknya dihidupkan. Laju motor itu membelah jalan kampung yang kegelapan. Setelah sepuluh minit menunggang motornya. Kahf meletakkan motornya dibawah garaj. Laju kaki panjang berlari kearah rumah kayu miliknya. Tangga kayu itu dipanjat dan terus pintu kayu jati dibuka.

KAHFWhere stories live. Discover now