Bab 3

33 2 0
                                    

TAKLIMAT dari puan Nora a.k.a fashion choreographer yang bertanggungjawab menguruskan perarakan baju diabaikan. Taklimat itu diendahkan dengan matanya hanya merenung kosong wajah puan Nora. Muak dia rasakan apabila mendengar butir bicara yang sama sebelum catwalk berlaku. Matanya mengerling sekilas model lain yang tekun memasang telinga.

Fokus seolah-olah mereka tengah mendengar soalan bocor untuk jawab exam. Puncak hidung yang terasa gatal digaru kecil. Meliar-liar matanya mencari kelibat Adara. Lambaian dari Adara yang berada di sofa diabaikan. Tersentak bahunya apabila mendengar suara lantang pengacara di sebalik tabir.

"Ingat pesan saya. Jalan kena ada gaya elegant. Kepala kena dongak sedikit. Jangan tersengih-sengih atas pentas itu nanti. Buat muka angkuh masa jalan. Jangan tergedik-gedik tengok jejaka kacak dekat bawah."

Panjang leteran puan Nora kerana wanita ini sudah masak dengan perangai mengeletis mereka. Sesetengah model didepannya ini pantang nampak jejeka kacak dan kaya. Nampak saja jejaka kacak pasti mengedik kalah ulat bulu. Ulat bulu tengok pun tak mengaku spesies mereka ini.

Qawara menoleh kekiri untuk melihat pantulan dirinya dari cermin besar. Terukir senyuman jahat dibibirnya. Dia akui yang dia cantik. Matanya naik merenung baju yang membaluti tubuhnya. Cantik baju abaya bewarna hitam itu membaluti tubuhnya. Biasanya dia akan memperagakan baju yang tidak menutup aurat. Harini lain pula baju yang diperagakan.

Sangat menutup aurat. Kepalanya juga dibaluti bawal hitam satin. Tudung bawal di kepalanya ditenung. Terlindung rambut panjangnya. Biasanya rambutnya akan disanggul atau dibebaskan. Awning tudung bawal satin pula dilipat bulat. Sesuai dengan wajahnya.

Masih kedengaran bebelan dari puan Nora. Memang model disini sudah sebati dengan perangai puan Nora yang suka membebel. Suka atau tidak suka, tadahkan saja telinga. Mata Qawara masih statik merenung wajah cantiknya. Cantik pula dia rasakan apabila wajahnya dikenakan tudung.

Nampak ayu saja. Mesti sejuk perut bonda kalau lihat dia berpakaian sebegini.

"Qawara! Sudah-sudahlah menilik depan cermin. You dah cantik sedia ada. Tak ada cacat cela pun. Beratur sekarang." Tegas suara puan Nora menyinis Qawara yang masih statik didepan cermin.

Mendengus Qawara saat menerima teguran dari puan Nora. Langkah dibuka mendekati barisan model yang sudah bersiap sedia untuk peragakan. Penuh bergaya langkah Qawara sekarang. Bunyi tapak kasut tumit tingginya bertemu dengan lantai menaikkan lagi aura Qawara.

Pandangan jelek dari model lain diabaikan. Mereka fikir pandangan jelek itu mampu mengoyangkan hatinya. Oh tidak! Malah, semakin bertambah rasa ingin kelihatan bagus didepan mata mereka. Lagipula, majoriti model di ruang ini tidak suka dia. Itu bukan satu masalah untuk Qawara.

Tak suka? Ikut suka. Dah orang tidak suka, tak akan mahu memaksa mereka letakkan rasa suka pada dia.

Sayup-sayup suara pengacara berucap. Sesekali kedengaran tempukan dari pengunjung. Matanya mengerling sosok model hadapan yang sudah membuka langkah untuk perarakan. Terus Qawara membetulkan posisi tubuhnya. Tubuhnya ditegakkan dengan dagu didongak sedikit. Tangan kanannya dimasukkan kedalam poket abaya.

Angkuh wajahnya sekarang. Senyuman langsung tidak terukir. Lalu Qawara berjalan dengan perlahan dan penuh karisma ke depan pentas. Lurus matanya merenung hadapan. Kerlipan dari cahaya kamera langsung tidak mengugat perasaannya. Lambaian kecil dari abangnya diabaikan.

Memang abang kembarnya selalu datang melihat dia bercatwalk. Dia hanya mengajak tetapi Qalif yang bersemangat untuk datang. Tepukan kecil dari penonton menyebabkan Qawara berasa bangga dengan kebolehannya. Langkahnya di bawa ke belakang tabir selepas siap gilirannya.

KAHFWhere stories live. Discover now