Bab 4

13 1 0
                                    

SILAUAN dari cahaya matahari menyedarkan dia dari lena. Terpisat-pisat kelopak matanya saat dibuka akibat silauan cahaya matahari yang sudah memenuhi ruang biliknya. Terpinga-pinga Qawara melihat jam didinding bilik. Wajah terkejut terpamer sebaik saja dia melihat jam sekarang.  

Pukul 12:00 tengahari jarum jam sekarang.

Terlajak tidur sampai tidak sedar matahari sudah terpacak naik.

Terkerdip-kerdip matanya merenung syiling. Tangan kanannya naik mengurut pelipisnya yang terasa berdenyut manja. Padah, tidur tak ingat dunia.

Perlahan-lahan tubuhnya bangkit dari baring. Kaki sudah diturunkan ke sisi katil. Terus selipar baldu arnab miliknya disauk. Kakinya diorak kearah bilik air yang berada di hujung bilik. Pintu itu ditolak dengan malas. Wajahnya dari pantulan cermin dipandang. Jelas kelihatan wajahnya baru bangun dari tidur.

Paip air dibuka dan wajahnya dibasuh. Ditadah air menggunakan tangan dan dimasukkan kedalam mulutnya untuk berkumur berkali-kali. Terbit senyuman manis apabila dia telah selesai membuat pembersihan ringan itu. Berlari kecil dia ke tingkat bawah.

"Besar-besar pun tengok kartun lagi." Bidas Qawara kepada abang kembarnya yang sedang menonton kartun slugterra.

Laju kepala Qalif menoleh ke arah tangga saat menerima sindiran pedas itu. Terjungkit kening Qalif memandang Qawara yang elok berpeluk tubuh. Jelingan tajam diberikan kepada Qawara.

"Oh sudah bangun puteri beradu rumah ini. Lena betul tidur." Sindiran dibalas dengan sindiran.

"Ikut suka hati sayalah."

"Dah tu? Ikut suka hatilah aku nak tengok cerita apa. Aku yang tengok kartun, kau yang panas hati kenapa?" Sinis Qalif bertanya, seraya meluruskan pandangan kearah kaca televisyen semula.

Mencebik bibir Qawara setelah mendapat balasan dari Qalif. Terus kakinya dibawa kearah dapur. Terbuntang matanya apabila melihat Che Muhammad iaitu abinya yang elok bersantai di meja makan.

Tersengih-sengih bibirnya sambil tangan kanannya mengaru kepala yang tidak gatal. Jelingan dari abinya dibalas dengan lambaian kecil. Perlahan-lahan kakinya mendekati Che Muhammad. Kerusi meja makan bersebelahan Che Muhammad ditarik penuh tertib.

"Good morning, Qawara. Awal bangun." Perli Che Muhammad sambil menyisip teh panasnya.

Terus cemberut wajah Qawara setelah mendapat sindiran berbisa dari Che Muhammad. Tadi Qalif yang menyindirnya, sekarang abj dia pula ambil tugasan si Qalif.

Lalu, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi makan dengan lemah. Riak cemberut terpamer pada wajahnya. Matanya merenung sarapan didepannya. Nasi goreng kampung! Mesti bondanya yang masak.

"Bukan selalu I bangun lambat. Harini I terlajak, biasalah hujung minggu." Pinggan ditepi mangkuk nasi diambil.

Dua senduk nasi goreng kampung diletakkan dalam pinggan. Dua ketul nugget tempura turut diletakkan didalam pinggannya. Teko cawan diambil dan dituangkan air teh dalam cawan untuk dia.

"Menjawab. Penat abj nak bebel dekat kamu. Ni solat subuh tak?"

"Solatlah abi. You ingat I jahil sangat ke?" Lirikan tajam diberikan kepada abinya.

Abinya menyoal begitu seolah-olah baru harini kenal dia. Dia tahulah dia tak menutup aurat dengan sempurna. Tetapi belum pernah lagi hatinya terdetik untuk meninggalkan solat.

"Abi tanya saja. Takut awak terbabas." Air teh panasnya disisip lagi sambil mata mengerling wajah cemberut Qawara.

"Bonda mana? I tak nampak pun batang hidung bonda."

KAHFWhere stories live. Discover now