BAB 1

46 6 0
                                    

PENUH keyakinan kaki lampai model muda itu memasuki bilik bersiapnya. Pandangan dari mata-mata manusia yang berada di ruang itu diabaikan. Angkuh dan datar wajah model itu sekarang. Tidak ada secebis rasa untuk dia beramah sekarang.

Beg tangan berjenama miliknya dihempas kasar atas almari solek. Tajam matanya merenung pantulan wajahnya dari cermin. Dengusan kasar terlepas dari ulas bibirnya yang sudah dioles gincu merah garang.

Seketika matanya meliar-liar mencari kelibat pembantu peribadinya. Penuh geram tangannya menyelongkar beg tangannya. Telefon bimbitnya diambil. Baru saja jarinya mahu menekan nombor pembantu peribadinya, namun terhenti apabila mendengar teguran dari arah belakang.

"Miss, sorry saya lambat... Maaf sangat-sangat miss. Saya bawa ibu saya ke klinik dulu. Dia deman panas." Meleret-leret suara Adara yang merupakan pembantu peribadinya.

Menjeling tajam mata model itu melihat wajah Adara yang tersengih-sengih. Timbul rasa kasihan dalam diri model muda itu. Keluhana dilepaskan sambil tangan mencapai air mineral diatas almari solek. Dihulur air mineral itu kepada Adara.

Laju tangan Adara menyambut huluran air dari majikannya itu. Dipulas penutup air mineral itu dengan kuat. Seraya itu, botol air tersebut dihulurkan kepada Qawara. Terus terjungkit kening Qawara apabila melihat tindakan pembantu peribadinya. Tangan naik memeluk tubuh.

Berkerut dahi Adara apabila majikan itu hanya merenungnya. Huluran air mineral belum disambut. Adara ada buat salah ke?

"You minum! I tak haus." Tenang suara dingin Qawara menjawab.

Matanya naik mencari kelibat mak andam yang khas merias mukanya. Semakin berkerut dahinya saat matanya melihat mak andam miliknya tengah rancak berborak dengan model lain. Tangan dihentak kasar pada almari itu. Bangku meja solek ditarik dengan penuh geram, seraya itu kasar punggungnya dihembas.

Terpejam sesaat mata Adara kerana timbul perasaan gerun dalam dirinya. Air botol mineral digengam penuh kuat. Giginya mula mengigit bibir bawah dengan matanya menunduk pada lantai.

Miss Qawara masih marahkan dia ke?

"I suruh you minum kan? Kenapa tak minum?" Matanya mengerling botol mineral di tangan Adara.

Orang suruh minum, dia pergi tutup semula. Sekilas matanya merenung mak andamnya yang masih rancak berborak. Nampaknya mak andam miliknya itu belum sedar akan kehadiran dia. Kepala ditoleh pada Adara yang masih menunduk. Air mineral itu masih dipegang oleh Adara.

Timbul perasaan geram dalam hati  seorang Che Qawara Afsana. Ya, nama dia adalah Che Qawara Afsana. Pelik? Kenapa nama Afsana? Afsana bermaksud

"Apa yang you degil sangat Adara? I suruh you minum saja. Bukannya I suruh you pergi simbah dekat mak andam I." Sarkastik suara Qawara membidas bersama jelingan tajam.

Rambut hitam pekatnya diselitkan pada celah telinga. Telefon canggihnya diambil apabila mendengar bunyi notifikasi mesej masuk. Terukir sesaat senyuman nipis apabila dia menerima mesej daripada abang kembarnya yang mengajak dia keluar malam ni.

Setelah selesai berbalas mesej dengan abangnya. Qawara merenung Adara yang sedang minum air mineral. Terus matanya mengerling kearah mak andamnya yang sudah mendekati dia. Terlepas decitan menyampah.

"Seronok buka kelab bual?" Sembur Qawara bersama reaksi mata digulingkan keatas.

Tersengeh-sengeh mak andam yang bernama Rita. Rita naik mengaru keningnya yang tidak gatal. Bagasi barang make up diletakkan atas kerusi bersebelahan Qawara. Sempat matanya mencerlung kepada Adara yang sedang senyum mengejek kepadanya.

KAHFWhere stories live. Discover now