Bab 1

795 49 2
                                    

"Pon!"

Tingkap kereta mercedes hitam yang berhenti di depan perhentian bas itu diturunkan.

Sumaiyyah menjenguk ke arah kereta mercedes jenis lama tersebut. Rasanya dia tiada kenalan yang memandu mercedes Benz 200. Boleh dikatakan ini kereta klasik, kereta orang-orang tua.

"Tuan Haji." Sumaiyyah tundukkan sedikit kepala tanda hormat apabila sedar lelaki di dalam kereta tersebut adalah bos tempat kerjanya. Bibirnya tersungging senyum segan.

"Mari, saya hantarkan." Ashriq mempelawa.

"Ehh.. Tak apa lah Tuan Haji. Sekejap lagi bas sampai lah ni." Sumaiyyah menolak secara baik.

"Marilah saya hantarkan. Anak awak mesti tengah tunggu awak."

Sumaiyyah sudah serba salah. Sesekali dia panjangkan leher menunggu bas. Memang sebenarnya sudah setengah jam dia di situ. Namun bayang bas langsung tak kelihatan.

"Tapi saya tak susahkan Tuan Haji ke?"

"Insya Allah tak." Ashriq melorek senyum.

Nak tak nak Sumaiyyah masuk juga ke kereta itu. Masuk sahaja ke dalam kereta itu, Sumaiyyah betulkan duduk lalu memakai tali pinggang keselamatan.

"Rumah kat mana?" Soal Ashriq memecah kesunyian.

"Taman Baiduri, Tuan Haji."

"Oo.. Tak jauhlah dari sini."

Sumaiyyah hanya tersenyum. Dia tak tahu nak berbual apa dengan bosnya. Bosnya ini bukan peramah. Tetapi bosnya juga tak sombong. Lelaki itu murah dengan senyuman. Nada suara lelaki itu juga penuh sopan.

Rasanya sepanjang dua bulan dia bekerja di syarikat kejuruteraan itu, ini baru pertama kali dia berbual lebih dari empat patah perkataan dengan tuan haji.

"Maiyah Coffee please."

"Maiyah lap habuk."

"Saya tak mahu diganggu."

Itulah patah perkataan yang selalu meniti di bibir Tuan Haji.

Pelik juga semasa dia baru-baru masuk kerja, staf di situ beritahu bos mereka Tuan Haji. Dia mati-mati ingatkan Tuan Haji yang dah tua beruban rupanya Tuan Haji muda terlajak. Teringatkan itu, Sumaiyyah senyum sendiri.

"Awak senyum fikirkankan apa?"

Soalan dari Ashriq terus mematikan senyuman Sumaiyyah.

"Saya tak makan orang. Awak tak payahla takut." Ashriq berlelucon.

Sumaiyyah senyap lagi.

"Ehemm!" Melihat Sumaiyyah tak bereaksi dengan bicaranya tadi, Ashriq berdeham.

"Anak awak sekolah kat mana? Balik sekolah dia tinggal dengan siapa?"

"Sekolah Kebangsaan Baiduri. Balik sekolah dia duduk dengan jiran."

Terangguk-angguk kepala Ashriq.

"Sampai dah ni. Rumah awak yang mana satu?" Kereta Ashriq mula memasuki lorong pertama Taman Baiduri.

"Tak apa, Tuan Haji. Berhenti sini aje. Saya jalan kaki." Sumaiyyah sudah membuka tali pinggang keselamatan yang membelit tubuhnya.

"Saya hantar sampai depan rumah terus. Senang."

Sumaiyyah menggeleng laju.

"Awak takut apa ni?" Ashriq tersenyum senget. Gelabah sangat Sumaiyyah serupa dia ni makhluk asing yang makan orang. Nampak kelakar di matanya.

Tiba-tiba ada sebuah basikal yang dinaiki seorang budak kecil melintas buatkan Ashriq menekan brek mengejut. 

"Srekkk!"

sentuhan cinta tuan hajiWhere stories live. Discover now