Bab 6

525 38 6
                                    

"Banyaknya lauk ni Maiyah. Maiyah masak?" Puan Sri Kirana menyambut mangkuk tingkat dari Sumaiyyah.

"Atuk tu teringin nak makan macam-macam. Tapi makannya sikit aje. Itu aje yang Maiyah hantar sini dari menbazir."

"Alhamdullilah. Rezeki. Terima kasih banyak Maiyah. Tak payah susah-susah ibu nak masak."

"Sama-sama Puan Sri." Sumaiyyah tarik sengih.

Puan Sri Kirana memang dari dulu lagi bahasakan dirinya ibu. Tan Sri Daud pula bahasakan dirinya walid. Cuma dia yang segan nak memanggil ibu dan walid.

Mereka ini keluarga berada, jauh beza dengan keluarganya. Berdiri langsung tak sama tinggi, duduk pun tak sama rendah.

"Masuklah dulu. Lama ibu tak berbual dengan Maiyah." Puan Sri Kirana menarik lengan Sumaiyyah.

"Ehh.. Tak payahlah Puan Sri. Maiyah.."

"Berapa kali ibu nak cakap. Ibu bukan Puan Sri." Kuat Puan Sri menarik Sumaiyyah.

Tak sempat Sumaiyyah nak keraskan tubuh, kakinya sudah melangkah masuk ke dalam banglo mewah yang serba moden itu.

"Marilah duduk. Teman ibu. Bosan ibu ni sorang-sorang." Puan Sri Kirana memimpin tangan Sumaiyyah hingga ke dapur. Mangkuk tingkat yang dibawa Sumaiyyah tadi diletakkan ke island table.

"Pagi tadi kami sarapan roti aje." Puan Sri Kirana menyimpan planta dan jem blackcurrant yang berada di atas meja.

"Maiyah pula beli nasi lemak. Taqif bukan boleh kalau tak kenyang."

Puan Sri Kirana ketawa.

"Tak apalah Maiyah. Janji sihat. Jangan gemuk berpenyakit sudah."

"Itu yang Maiyah takut."

"Doa baik-baik. Lagipun ibu nampak Taqif tu aktif. Insya Allah tak ada apa yang perlu Maiyah risau."

Sumaiyyah mengangguk. Dia juga selalu doakan supaya anaknya terlindung dari sebarang penyakit yang memudaratkan. Ibu mana yang nak anak mereka sakit?

"Duduklah Maiyah. Dari tadi aje berdirinya."

Barulah Sumaiyyah menarik kerusi tinggi di depannya dan melabuhkan duduk. Segan dia nak memandai-mandai duduk tanpa dipelawa. Dia pun jarang berbual dengan Puan Sri Kirana ini. Seingatnya semasa dia kecil-kecil dulu, Puan Sri terlalu garang dengan anak-anaknya. Mana dia berani.

Sesekali Sumaiyyah liarkan mata. Buatnya dia terserempak dengan tuan haji lagi. Pagi petang nampak muka Tuan Haji.

"Ashriq tak ada hantarkan kak longnya ke airport. Kak long bukan boleh cuti lama-lama, kerja banyak. Kalau kak ngah pula hari raya aje baliknya." Ramah Puan Sri Kirana berceloteh seakan faham mata Sumaiyyah meliar mencari anak-anaknya.

"Oo.. Patutlah sunyi."

"Memang sunyi pun." Puan Sri Kirana tepuk paha Sumaiyyah seraya duduk di sebelah Sumaiyyah.

"Harapkan Ashriq aje kerap balik lepas dia dapat kerja sini. Lega sangat ibu. Masa dia belajar UK, ibu hari-hari doa minta terbuka hati dia nak balik kerja kat Malaysia."

Sumaiyyah hanya melorek senyum nipis mendengar cerita Puan Sri Kirana.

"Maiyah pula apa cerita sekarang? Kerja kat mana?"

"Kerja kat syarikat kejuruteraan. Tea lady aje Puan Sri. Saya belajar tak pandai." Sumaiyyah merendah diri. Dia memang belajar setakat SPM saja.

Itu kenyataan. Semasa anak-anak Pun Sri Kirana sibuk belajar dan mengejar cita-cita, dia hanya sibuk bermain. Pagi petang, siang malam main saja yang dia ingat. Itulah padahnya. Cita-cita ke mana, dia ke mana.

Lagi-lagi berkenalan pula dengan Shamsul yang bermulut manis. Seawal umur 21 tahun dia sudah mendirikan rumah tangga. Kini umur baru 29 tahun, dia sudah bergelar janda.

"Hishh.. Apa cakap macam tu. Janji bekerja. Kerja halal dengan niat nak tanggung anak."

"Itulah Puan Sri. Taqif gembira saya pun gembira."

Puan Sri Kirana melorek senyum. Manis dan lemah lembut Siti Sumaiyyah ni. Kalaulah Ashriq itu belum ada calon, akan dia usulkan Sumaiyyah ini pada Ashriq.

Tetapi Ashriq kata dia sudah mempunyai pilihan hati. Dia sebagai ibu hanya menerima pilihan si anak dengan hati yang terbuka.

"Ibu doakan supaya Maiyah akan bertemu dengan lelaki yang baik. Yang dapat menjaga Taqif dan Maiyah."

"Terima kasih Puan Sri."

"Kenangan pahit yang dah lepas tak usah dikenang. Inilah asam garam kehidupan Maiyah."

Sumaiyyah tersenyum kekok. Walaupun dia tak pernah bercerita tentang kehidupan rumahtangganya yang kecundang namun dia yakin pasti Puan Sri Kirana mendapat tahu dari neneknya.

*****

"Baby, calm down. Calm down.."
Ashriq menyanyi kecil sambil menukar mentol lampu.

Tadi dia balik dari lapangan terbang, Nek Peah meminta tolongnya tukarkan mentol. Dia kalau Neh Peah dan Haji Zuki yang minta tolong, memang payah nak tolak. Orang tua itu terlalu baik padanya.

Sumaiyyah yang kebetulan masuk ke dapur masa itu pegun. Matanya memerhatikan tangga yang Ashriq sedang panjat saat ini. Tangga itu bergoyang. Macam menunggu masa nak roboh.

"Tuan haji! Buat apa tu?" Kalut dia menghampiri Ashriq lantas tangga yang dipanjat Ashriq dipegang kemas.

"Tangga nak patah ni." Tokok Sumaiyyah lagi.

Ashriq yang terkejut dengan bicara Sumaiyyah, tergoyang-goyang tubuhnya di atas tangga. Baru dia sedar tangga itu bergoyang.

"Arghh!" Serentak Sumaiyyah dan Ashriq menjerit kuat apabila tubuh tegap Ashriq tumbang lalu menghempap Sumaiyyah.

Terkelip-kelip mata mereka saling bersabung pandang. Desahan nafas hangat mereka pula saling menampar wajah masing-masing.

Renungan tajam mata Ashriq terpaku pada bibir ranum Sumaiyyah yang sedikit terbuka. Bibir ini menggoda.

"Ya Allah, budak bertuah! Apa kamu buat ni?" Bergema suara Hajah Rafeah melihat cucu dan anak jirannya saling bertindih di atas lantai. Patutlah senyap saja. Dipanggil, seorang pun tak menyahut. Buat kerja lain rupanya di dapur.

Tak manis! Tak sopan! Dan memalukan!

Kelam kabut Ashriq bangkit diikuti Sumaiyyah. Kedua-duanya menunduk menekur ke lantai.

"Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang? Berpelukan seakan tak rasa berdosa."

"Terjatuh nek." Sumaiyyah bersuara perlahan.

"Kalau terjatuh cepat-cepatlah bangun. Ni dah tak reti nak bangun?" Meninggi nada suara Hajah Rafeah.

Lalu dia berpegang pada hujung kabinet, rasa lembik lututnya dek terkejut. Mahu naik darahnya.

Cucu yang dia tatang dan percaya selama ini berani membuat perkara tak elok. Ini di depannya. Kalau di belakangnya? Tak dapat dia bayangkan. Allahuakbar!

"Kami tak buat apa-apa nek." Sumaiyyah pegang lengan neneknya.

"Kita ke atas. Berbincang. Salah tetap salah takkan jadi betul."

Terus Sumaiyyah memapah neneknya mendaki tangga. Wajahnya masih pucat kerana dicekup sedang beradu pandang dengan tuan haji sebentar tadi. Kalaulah nenek tidak muncul tepat pada waktunya, agaknya apa yang bakal terjadi?

Ashriq pula beristighfar berkali-kali. Kesal. Apalah yang dia hampir buat tadi? Dia nyaris terbabas. Imannya goyah.

Tarikan Sumaiyyah cukup kuat. Tak dapat dia nafikan yang dia memang tertarik pada Sumaiyyah.

Rasulullah s.a.w bersabda,

Janganlah salah seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya kerana syaitan adalah orang ketiganya.

(HR Ahmad 114 dan disahihkan Syu'aib al-Arnauth)

sentuhan cinta tuan hajiWhere stories live. Discover now