Bab 5

378 26 1
                                    

"Adik buat apa sorang-sorang sini? Tengok sawah ke?" Ashriq labuhkan duduk di atas pangkin di bawah pokok mempelam sebelah Taqif.

Dari tadi lagi dia perhatikan budak lelaki itu. Nampak kebosanan. Jadi apa salahnya dia menemani. Dia pun bosan juga. Seharian menghadap kerja, berpinar biji mata.

"Tak. Saya tunggu mama. Nama saya Taqif bukan adik."

Tersenyum Ashriq mendengar jawapan Taqif. Padat dan petah.

"Mama Taqif pergi mana?"

"Pergi beli barang basah nak masak."

"Ooo.. Taqif ni cucu tok imam lah ya?"

Taqif geleng.

"Bukan?" Soal Ashriq hairan.

"Cicit." Sepatah Taqif menjawab. Dah selalu dia mendapat soalan sebegitu. Dia tahu Yang Aki itu tok imam sebab Yang Aki selalu kena pergi masjid untuk solat berjemaah.

"Mama saya cucu tok imam."

"Ooo.." Lagi sekali bulat mulut Ashriq.

"Pandailah awak ni. Nak jadi kawan awak boleh?"

"Boleh. Mama cakap kawan kena ramai."

"Kekasih kena satu?" Sambung Ashriq.

Tersipu-sipu Taqif bila disebut tentang kekasih.

Ketawa Ashriq dengan reaksi Taqif. Budak-budak zaman sekarang, kecil-kecil pun dah tahu erti kekasih.

"Taqif?"

Mendengar suara wanita yang tidak asing pada halwa telinganya, Ashriq panggung kepala.

"Sumaiyyah?"

"Tuan Haji?"

Serentak Sumaiyyah dan Ashriq bersuara.

"Ni.." Ashriq hala pandangan pada Taqif.

"Anak saya."

Senyuman Ashriq melebar. Kecilnya dunia. Atau kita yang berjodoh sebenarnya?

"Ehemm!" Sumaiyyah berdeham sambil mendekati anaknya yang nampak kebingungan.

"Ni toys baru mama dah beli." Sumaiyyah sua plastik berisi kereta kawalan jauh kepada Taqif.

Cepat Taqif menyambut.

"Terima kasih mama."

"Sama-sama." Sumaiyyah senyum.

"Taqif masuk dulu ya. Petang ni bawa mainan ni main di rumah Amir. Main sama-sama dengan Abu." Sumaiyyah titipkan pesan. Dia tidak mahu anaknya kedekut. Mainan boleh dikongsi.

Dari cerita Haji Zuki semalam, Abu itu dari keluarga miskin. Ayah dah tak ada, harapkan emak saja yang mencari rezeki. Ibarat kais pagi makan pagi. Siang kerja di bendang, malam kerja di restoran Siam.

Taqif angguk ceria. Memang dia nak pergi rumah Amir. Rumah Amir macam-macam mainan ada. Playstation pun ada. Abu pun suka pergi ke rumah Amir.

"Tuan Haji buat apa kat sini?" Hilang kelibat Taqif, mata Sumaiyyah kembali terpasak pada wajah lelaki berjambang nipis di depannya.

"Tu sebelah ni rumah saya." Ashriq halakan telunjuknya ke rumah banglo berwarna kelabu di sebelah.

"Tan Sri Daud?"

"Ya. Walid saya."

Ternganga mulut Sumaiyyah. Kenapa mesti Tuan haji ni anak Tan Sri Daud? Kebetulan? Suratan?

"Tutup mulut tu Maiyah. Kan masuk lalat."

Kelam kabut Sumaiyyah tekup mulutnya.

Ketawa Ashriq.

sentuhan cinta tuan hajiWhere stories live. Discover now