Rentak Pertujuh

36 6 0
                                    

Perasaan ini kurniaan Tuhan
Indah sungguh rasanya
Apabila hati terpagut suka
Terlahirlah perasaan rindu

Umpamanya Si Pipit
Mahu melihat Si Enggang
Ternyata Si Enggang jauh di perantauan
Mahu mengapai dikata pendek akal
Lalu sedarlah diri Si Pipit

Akhirnya perasaan ini
Hanya diserahkan kembali
Kepada Sang Pemilik Hati
Hanya doa mampu dipanjatkan

Andai kata cakerawala itu luas terbentang
Hanya namamu sahaja penuh terukir
Tetapi semuanya tidak terjangkau oleh Si Pipit
Hal itu takkan berlaku kerana pada saatnya
Rentak Pertujuh menjadi noktah di dalam sebuah coretan.

Coretan Puisi ✓Where stories live. Discover now