Petanda

21 4 0
                                    

Isyarat bergema menandakan tiba masanya
Kali ini, aku tidak akan berpaling semula
Aku endahkan seruan hati yang memanggil
Maaf, tetapi kali ini aku menang
Aku tidak akan membiarkan kamu menjerat aku lagi
Aku terus mengorak langkah
Meskipun langkah terasa berat
Aku tahu setiap pengorbanan takkan pernah sia-sia
Aku lakukan ini kerana..
Aku perlu menenangkan diri
Sampai bila aku mahu menyeksa hati?
Aku tahu lambat-laun aku akan kehilangannya
Seiring dengan perasaan yang semakin lama semakin menghilang.

"Ya Muqallibal quluub tsabbit qalbii 'ala diinik"
(Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)

Coretan Puisi ✓Where stories live. Discover now