Tangisan

12 0 0
                                    

Tidak usah bergelap mata kerana dia yang kau tabur cinta
Jangan pernah beranggapan bahawa nafsumu itu cinta
Sudahlah bertaruhkan harapan bernafsukan syaitan kerana cinta
Akhirnya pengharapan itu kekal abadi di atas nama dusta

Oleh kerana itu, sewaktu pandanganmu menatap hina
Nanti kau akan dipertemukan kembali dengan ghairah yang sama
Masamu nanti nanti akan terpalit dengan namanya zina
Dan kau akan terkial-kial mencari jalan keluar dengan tangisan tidak bersuara.

Coretan Puisi ✓Where stories live. Discover now