Buat kamu
Yang selalu buat aku celaru
Aku nukilkan karya ini khas untuk kamu
Tidak sudah merunsing minda
Dengan madah pemanis bicara
Tidak luntur kata cinta
Buat penyeri dusta direka
Bijak menyusun madah diatur
Menjadi lambang peribadi utuh
Saat Arjuna bersama Ratna
Terukir manis tirai cinta
Bersama kata janji pengikat setia
Juga dituntut ikatan yang terbina
Bersama mawaddah kekal selamanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/339903208-288-k933279.jpg)
YOU ARE READING
Coretan Puisi ✓
PoetrySekadar cebisan puisi yang banyak celanya. Jika tuan hamba sudi menerima parutnya silakan membaca. Andai saja mahu yang sempurna, maaf ini bukan tempatnya. Hanyalah sekadar insan yang suka menyampaikan rasa melalui puisi yang direka. Selamat dalam m...