Sinopsis

304 26 0
                                    

Aayiz Hadees seorang lelaki dalam fasa 20an. Fasa di mana semua orang yang lalu lalang akan bertanya soalan

"Oi, Bila hang nak kahwin?"

Bukan nafsu sudah mati, tapi untuk berkahwin di zaman era metropolitan ini memerlukan wang yang sangat banyak. Lebih lebih lagi apabila pihak perempuan mahukan hantaran yang tinggi setinggi menara KLCC.

Berlandaskan sebab itu jugalah, Aayiz hanya memegang status single mingle sehingga kini. Kadang bukan hati tidak mahu, ada juga sesekali naik niat ingin mencari pasangan dalam hidupnya. Tetapi Aayiz adalah warga netizen yang termasuk dalam golongan B20, erti kata lainnya golongan bergaji rendah. Dan tak mudah untuk dia mengumpul duit kahwin dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan.

Lebih terdesak lagi apabila satu-satunya keluarga yang dia ada sedang sakit tenat, terlantar di hospital. Aayiz memerlukan duit yang banyak untuk membayar kos pembedahan yang diperlukan untuk ibunya itu.

RM500,000 bukan satu jumlah yang sedikit.

Dia buntu.

Namun semuanya berubah saat dia terjumpa satu kad yang diletakkan betul-betul di hadapan rumah sewanya.

Kad berbentuk duit. Semestinya duit palsu. Namun bukan itu yang menarik perhatian Aayiz. Tetapi ayat yang tertulis di atas helaian kad berwarna biru gelap itu.

-Tahniah anda terpilih untuk menyertai permainan Death's Money. Saguhati penyertaan akan diberi wang ringgit bernilai RM100,000.

Terima atau tidak pilihan di tangan anda.

Adakah ini prank?

Bagaikan satu sinar cahaya yang menyuluh hidupnya yang gelap gelita.

Namun itu semua hanya permulaan bagi hidup Aayiz yang akan menjadi kacau bilau semenjak ditawarkan dengan permainan mengarut itu.

KILL OR BE KILLED

BOOK 16 | Death's Money [Death Series] EBOOKWhere stories live. Discover now