BAB 3

101 27 2
                                    

"Death's game?" Kening Aayiz bertaut rapat. Aplikasi yang berlambang petak hitam dan mempunyai huruf D di tengahnya itu diperhatikan. Sesaat kemudian aplikasi itu terbuka dengan sendiri.

"Selamat datang dan tahniah kami ucapkan untuk pemain kita yang ke 200. Nama anda telah didaftarkan dalam salah satu game yang kami anjurkan iaitu game Death's Money. Permainan kami amat mudah. Bunuh, atau anda dibunuh. Setiap satu misi yang berjaya pemain laksanakan, ganjaran akan diberi dalam masa 4 jam berikutnya. Peserta hanya boleh membunuh dalam waktu yang ditetapkan iaitu 20 jam dalam waktu sehari. Manakala 4 jam berikutnya adalah waktu yang tidak boleh menjalankan misi masing-masing. Sesiapa yang melanggar peraturan ini, pihak kami akan mengambil tindakan keras. Dan dalam tempoh 20 jam itu, segala cara, senjata atau undang undang, adalah dibolehkan. Pihak kami akan uruskan berkaitan dengan polis dan juga mayat mangsa pemain. Jadi peserta tak perlu ragu-ragu untuk melakukan misi. Kill or be killed,"

Tamat sahaja suara sistem aplikasi itu bersuara, muncul pula nama Aayiz yang telah didaftarkan dalam petak ke 200. Dan kotak-kotak di atasnya semua penuh dengan lambang tanda soal. Identiti pemain lain masih dirahsiakan.

"What the hell? Apa yang aku baru dengar ni? Game ni nak suruh aku bunuh orang ke? Game apa macam ni? Gila ke apa!" Tempik Aayiz geram, atau sebenarnya lebih kepada terkejut. Dia benar-benar tak sangka dengan apa yang baru didengarnya tadi. Adakah ini semacam prank? Andai kata ya, bagaimana pula aplikasi itu boleh termuat turun sendiri dalam telefon bimbitnya?

Tetapi benarkah apa yang baru sahaja dia dengar. Bunuh atau dia dibunuh.

Kepala menggeleng laju. Separuh hati ingin menidakkan, namun separuh lagi berbisik yang ini semua benar belaka.

Masih dalam dilema, tiba-tiba pintu rumah Aayiz diketuk 3 kali. Sama seperti waktu surat putih itu dihantar. Bergegas Aayiz ke arah pintu. Pantas tangan memulas tombol. Dan sama juga seperti tadi, langsung tiada kelibat yang kelihatan. Yang ada hanyalah satu beg bimbit hitam berada betul-betul di hadapan pintu rumah sewa Aayiz.

Dengan penuh keraguan, beg bimbit itu tetap juga dibawa masuk ke dalam. Berat. Hati penuh tanda tanya. Setelah beg diletakkan atas meja, perlahan-lahan kancing kunci dibuka. Mata Aayiz terbeliak luas. Tak percaya dengan apa yang disajikan depan matanya kini.

Beg bimbit itu penuh dengan wang tunai seratus ringgit. Padat dan mampat. Kalau kira-kira secara kasar. Nilai wang itu mungkin cecah 100 ribu ringgit sama seperti yang diberitahu dalam surat pertama yang Aayiz terima.

Air liur ditelan berkali-kali. Kesat, sepertinya tersekat dikerongkong. Ini kali pertama dia melihat duit sebanyak itu. Haruman kertas kepingan wang ringgit itu semerbak masuk ke panca indera.

Masih dalam keadaan terkejut, mata tiba-tiba tertangkap pada satu surat hitam yang berlambang huruf D berwarna emas di atasnya.

Surat itu diambil. Isi di dalamnya dibuka dan terus dibaca dengan teliti.

"Sebaik sahaja pemain membaca surat ini, permainan telah pun dimulakan. Misi pertama anda adalah, peserta perlu membunuh salah seorang daripada 199 peserta lama yang turut serta dalam permainan Death's Money. Tetapi dalam waktu yang sama, 199 orang daripada carta kedudukan pemain Death's Money turut akan memburu anda. Segala cara untuk membunuh, dibenarkan. Segala benda boleh dibeli menggunakan duit yang kami berikan. Sebaik sahaja misi telah berjaya diselesaikan, pihak kami sendiri akan mengutip mayat mangsa pemain yang lain. Diingatkan kembali. Ini bukan prank. Anda membunuh atau anda tunggu sehingga pemain yang lain membunuh anda. Kill or be killed. Have fun,"

Selesai membaca surat itu, Aayiz terdiam lama. Hanya sunyi mengisi ruang. Tertekan, jiwa rasa gelisah. Setiap detik berlalu seperti angin. Dan sesekali telinga menangkap bunyi cengkerik yang bernyanyi diluar rumah.

BOOK 16 | Death's Money [Death Series] EBOOKWhere stories live. Discover now