BAB 5

95 22 0
                                    

Sudah dua hari Aayiz tidak dapat tidur dengan lena, fikirnya apabila pusingan pertama itu telah tamat dia akan tenang. Namun sangkaannya meleset. Setiap kali mata ingin tertutup, bayangan darah, pisau, pistol, dan kekejaman yang dia lakukan semalam kembali tertayang semula. Semua itu bagaikan menghantui hidup Aayiz.

Pemain yang dia bunuh semalam juga merupakan seorang pembunuh, lalu apa bezanya dengan dia? Sebelum Aayiz cuba bunuh dia, dia cuba bunuh Aayiz dahulu.

Namun,

Tanpa belas kasihan dia membunuh pemain itu.

Aayiz pejam mata dalam keadaan menyandar pada dinding. Panjang nafas halus terlepas.

Bila fikir-fikirkan balik, malah nama lelaki semalam juga Aayiz tidak tahu. Berapa umur dia? Di mana dia tinggal? Apa pekerjaan dia? Lelaki itu ada ahli keluarga kah? Semuanya Aayiz tidak tahu.

Macam mana kalau dia dah berkeluarga. Seorang ayah? Atau dia merupakan seorang anak? Pasti keluarga lelaki itu menanti kepulangannya, namun-

Aayiz kusutkan rambut sendiri.

Kini hanya rasa serba salah menghantui dirinya.

Aayiz genggam selimut yang menutup separuh badannya. Sebelah tangan menutup kepala. Entah apa silap dia hingga terjebak dalam game mengarut itu.

Semuanya demi duit. Gara-gara duit dia sanggup lakukan apa-apa.

200 ribu ringgit.

Hadiah semalam sudah pun dia berikan kepada Dani. Namun bukan semua. Hanya 100 ribu.

Setelah dia menamatkan pusingan pertama semalam, dia yakin gerangan yang dia nampak seberang jalan rumahnya itu semua pemain-pemain Death's Money yang sedang mencari peluang untuk membunuh Aayiz.

Jadi Aayiz perlu lakukan sesuatu. Dia tidak boleh turut serta dalam pusingan kedua tanpa berbuat apa-apa. Setidaknya dia harus mendapat maklumat atau senjata yang lebih mudah untuk membunuh mangsanya kelak.

Dan sekali lagi Dani mempersoalkan daripada mana datangnya duit sebanyak itu. Seperti biasa Aayiz hanya membiarkan mesej Dani berlalu sepi. Sejujurnya dia malu untuk memberitahu rakannya yang duit itu hasil daripada dia masuk dalam permainan bunuh membunuh.

Ya dia malu, dia tak mahu ibunya tahu dia menggunakan cara yang kejam untuk menyelamatkan nyawa wanita tau itu.

Telefon bimbitnya dicapai. Aplikasi Death's Game Aayiz tekan. Skrin berubah putih beberapa saat sebelum muncul satu binatang berbentuk pari-pari kecil di skrin telefonnya.

"Heho! Kenapa lama sangat untuk tekan aplikasi ni?" Pari-pari kecil itu bersuara sambil mengembungkan pipi.

Aayiz hanya beriak biasa. Sesekali kening ikut berkerut sama. Aneh, waktu kali pertama dia membuka aplikasi game itu tiada pula pari-pari yang menjengkelkan ini.

"Hey! Saya bercakap dengan kamu!" Pari-pari itu mendekatkan diri kepada skrin.

"Apa benda pulak ni? Virus ke?" Aayiz cuba untuk tekan butang keluar.

"Sedap mulut kamu sahaja kata saya virus!"

Mata Aayiz membulat. Lantas badannya ditegakkan.

"Kau boleh dengar aku?" Soal Aayiz agak terkedu.

"Mestilah boleh! Saya sistem yang diprogramkan untuk wujud dalam setiap satu telefon pemain Death's Money," pari-pari itu kemudian terbang sekeliling skrin sebelum dia duduk atas satu kotak yang tertulis info pemain.

"Maksud kau, kau pun ada dekat telefon pemain yang lain?"

"Haip! Kan saya dah kata seorang ada setiap satu. Dan sistem yang lain tak semestinya bentuk pari-pari, ada yang bentuk kucing dan naga. Tapi pari-pari comel kan?" Matanya dikedip beberapa kali ke arah skrin.

BOOK 16 | Death's Money [Death Series] EBOOKWhere stories live. Discover now