BAB 4

101 24 0
                                    

Aayiz tersentak daripada tidur. Turun naik dada bidangnya seakan ombak beralun. Lantas kepala menoleh sekeliling bilik tidur dengan mata yang meluas. Renik peluh pada dahi dia kesat menggunakan belakang tapak tangan. Baru sahaja sebentar tadi dia bermimpi ada seorang pemain yang lain datang untuk membunuhnya.

Masih segar dalam ingatan bagaimana kepalanya dipenggal tanpa rasa serba salah. Tak cukup dengan itu dia ditusuk pula berkali-kali, darah terpancut-pancut keluar seperti dalam filem seram yang sering dia tonton sewaktu hujung minggu.

Perut sendiri Aayiz sentuh. Tiada darah mahupun luka tusukan. Mimpi yang menghantuinya tadi sudah tamat.

Detak jantung kembali normal. Nafas lega dilepas.

Setidaknya dia masih bernyawa.

Selimut Aayiz selak ke tepi. Tingkapnya yang sudah bertutup dengan papan papan kayu itu dia pandang lama. Masih tiada tanda-tanda rumahnya dipecah masuk. Memang sengaja dia memagari tingkap dan segala lubang dalam rumahnya semalam. Perasaan gusar apabila diburu dan menjadi target oleh 199 orang pembunuh mula memakan dirinya sedikit demi sedikit.

Kini sudah 2 hari berlalu tanpa ada apa-apa serangan daripada pemain yang lain. Duit sagu hatinya sudah pun diberikan kepada Dani. Dan hanya berbekalkan pisau dapur sebagai senjata pertahanan dirinya, Aayiz sabar menunggu pemain lain datang menyerangnya di rumah.

Namun setelah dua hari berlalu dengan tenang. Aayiz jadi makin tidak sedap hati. Resah gelisah saban waktu. Macam-macam andaian bermain dalam kepalanya.

Kenapa tiada serangan langsung daripada pemain yang lain? Adakah permainan itu menipu dia?

Hendak kata itu prank, duit sudah dia dapatkan.

Aayiz buntu. Setiap saat yang berlalu menjadikan dia semakin tak tentu arah. Dia ingin keluar membeli makanan namun dia risau andaikata ada yang sedang menunggu dia diluar rumah.

Bagaimana kalau memang ada yang sedang memerhatikan dirinya menggunakan scoop sniper? Dan mereka memang menunggu sehingga Aayiz keluar daripada tempat persembunyian.

Semestinya pemain yang lain semuanya sudah berduit timbun. Dan pasti mereka juga ada membeli peralatan membunuh tersendiri menggunakan ganjaran yang telah mereka dapat, betul tak?

Jadi tak mustahil jikalau ada salah seorang daripada 199 pemain itu mempunyai senjata api atau peralatan yang boleh meragut nyawa Aayiz dalam sekelip mata.

Aayiz pandang pisau dapur pada tangannya. Manakala dia hanya ada pisau yang tidak beberapa tajam itu sebagai senjata.

Nafas berat terlepas.

Nampaknya nasib memang tak menyebelahi dia.

Ting!

Satu mesej baru masuk pada telefon Aayiz.

-Ibu hang dah mulakan rawatan dia. Mana hang dapat duit 100 ribu ni Aayiz? Hang jangan kata hang main judi-

Aayiz berdecit kecil.

Mungkin judi lebih baik daripada apa yang dia sedang lakukan sekarang. Namun setelah membaca pesanan itu berkali-kali terselit satu perasaan lega dalam hatinya. Telefon itu Aayiz simpan semula dalam poket seluar.

Krukkkk...

Perutnya berbunyi buat kali yang entah ke berapa. Diusap perlahan badannya yang berketak sambil menggigit bawah bibir. Stok makanan dalam rumahnya sudah kehabisan sehari yang lalu. Sememangnya dia tidak mempunyai makanan yang banyak dalam rumah sewanya ini.

Lumrah hidup lelaki bujang. Kalau lapar, Aayiz akan memesan makanan luar sahaja. Hendak masak makanan berat di rumah memang jauh sekali, lagipula rumah sewanya tiada gas atau dapur memasak. Hanya ada cerek air dan juga microwave sahaja. Apabila hujung bulan tiba, makanan segera seperti maggi dan bubur yang menjadi alas perut Aayiz.

BOOK 16 | Death's Money [Death Series] EBOOKWhere stories live. Discover now