BAB 1

135 25 0
                                    

Aayiz mengambil tempat di atas tilamnya yang tak beberapa nak empuk. Nafas panjang dilepas lama. Mengambil beberapa saat untuk mengatur kembali penafasan yang semput. Penat setelah seharian berhempas pulas di gerai makan tempat kerja. Letihnya bagaikan tiada hari esok namun gajinya tidak pula mencecah sehingga angka 2 riban.

Itulah realiti hidup dekat bandar raya Kuala Lumpur. Kerja kerja seperti itu tidak selalunya membayar pekerja setimpal dengan kepenatan yang dirasai. Sebab itu wujudnya slogan bicara 'yang kaya terus menjadi kaya, yang miskin terus kekal miskin'.

Namun begitu Aayiz tetap bersyukur, pengurus kedai itu masih menerima pekerja yang memegang rekod jenayah seperti Aayiz. 4 tahun dia bersekolah di sekolah juvana dan 3 tahun lagi dia merempat di belakang palang besi dunia.

Kisah silam.

Masing-masing ada kisah hidup tersendiri. Sama juga seperti Aayiz. Mungkin akibat kurang didikan ibu bapa menyebabkan dia salah pilih pencaturan hidup.

Telefon Lenovo second hand miliknya tiba-tiba berdering nyaring. Kantung mata yang hampir tertutup tadi kembali cerah. Terus skrin diseret ke kanan sebelum telefon dilekap pada telinga.

"Yow member, hang buat apa?" Soal satu suara di hujung talian. Aayiz jarakkan telefon semula. Skrin dilihat sekilas.

Lah. Si Dani rupanya. Ini tak lain tak bukan nak ajak minum lepak lah ni.

"Baru je baring get ready nak tido, awat?"

"HAHAHAHA apahal macam anak dara tidoq awal sangat ni? Jom ah lepak mamak. Awal lagi nak tidoq. Aku ada benda nak borak dekat hang ni,"

Aayiz lihat ke arah jam dinding bilik.

12 pagi.

Awal kepala bana dia. Dah lewat ni. Esok kerja. Tapi membayangkan teh tarik aney mamak yang manis sampai potong kaki tu menyebabkan mulut Aayiz kecur secara tiba-tiba.

"Jap aku siap-siap," Aayiz terus bangun daripada tilam. Badan yang letih diabaikan. Betul kata Dani. Awal lagi nak tidur. Relax, malam masih muda.

"Ha aku tunggu hang dekat Restoren Ariz ni macam biasa. Gerak dulu,"

"Pesankan dulu air aku," sempat Aayiz mengirim. Sampai-sampai nanti boleh terus minum. Air panas kedai mamak tu bukan boleh kira. Macam sengaja nak bagi melecur mulut.

"Orait bro," panggilan dimatikan.

Sambil-sambil bersiap, mulut bersiul kecil. Lalu di hadapan cermin, mata Aayiz terarah pada satu gambar wanita yang sudah berumur.

Rasa rindu menggunung-gunung pada wanita itu. Itu bukan gambar awek ataupun gadis chowkit yang dia jumpa dekat tepi jalan. Tapi itu adalah gambar ibu kandungnya, Fatimah.

Sudah bertahun-tahun dia tidak bersemuka dengan orang tua itu. Hanya khabar sahaja yang ditanya. Rasa malu masih lagi tersisa dalam diri. Malu jadi anak derhaka. Bukannya dia tak mahu pulang ke rumah ibunya yang berada di kampung. Namun memikirkan apa mulut jiran akan berkata tentang dirinya, maka dimatikan sahaja niatnya itu.

Dia tak kisah akan dirinya andaikata dicaci oleh masyarakat. Tetapi dia tidak mahu kalau ibunya terkena tempias yang sama. Jadi biarlah dia menjauhkan diri dari wanita itu.

Itu yang terbaik.


Sampai sahaja di kedai mamak yang biasa mereka berdua lepak, Aayiz terus melangkah ke arah 'port' tempat duduk mereka. Dua kerusi yang menghadap ke arah jalan. Satu meja panjang di hadapan seakan meja di bar.

Come on.

Mamak sekarang dah maju. Lagipun senang nak merokok habis ngeteh nanti. Sambil sambil tu boleh menikmati pemandangan langit malam. Aayiz memang suka merenung dada langit Bandar Raya Kuala Lumpur ni. Hilang sedikit kekusutan yang melanda hidupnya.

BOOK 16 | Death's Money [Death Series] EBOOKDove le storie prendono vita. Scoprilo ora