"Lama tak balik kampung kan?air longkang pun dah keruh aku tengok"ujar Haider sambil melihat longkang di hadapannya.
"Bukan minggu lepas kau baru balik sini ke?"soal Reza.Seingat dia Haider dan Luth baru saja balik minggu lepas ke sini melawat Puan Zainab.
"Kira lama lah tu seminggu dah aku tak balik"kata Haider.Apa yang dia cakap hanya diri dia sendiri saja yang faham.
Reza buang keluh,malas nak melayan.
"Kan ada ustaz ceramah semalam kan?aku tak fahamlah boleh ke kita kahwin berlainan agama?"tanya Haider tiba-tiba baru teringat ceramah di surau semalam.
"Boleh"jawab Reza sepatah.
"Habistu takkan kita nak ikut agama kafir?"
"Kau suruh lah perempuan tu masuk islam bukan kau pergi ikut dia,jatuh murtad lah kau..berdosa besar"kata Reza,haih tak pernah belajar agama ke budak ni?
"Tapi kau kena bimbing dia betul-betul lah,besar pahala kau ajak dia masuk islam dan dengan itu lagi besar tanggujawab kau untuk bimbing dia tau"jelas Reza serba sedikit dia tahu.Dia pun duduk kampung sering juga pergi masjid.Dapat lah ilmu percuma.
"Hmm aku pun jahil, ni pula nak bimbing anak orang"keluh Haider.Mengaku pun.
"Kalau dah tahu diri tu jahil,cuba lah ubah.Takkan kau nak pegang title jahil buat selamanya kan?"Reza naikkan kening kanan.
"Susah Rez,kau tahu kan aku lahir dalam keadaan macam mana...bila dah besar ni banyak benda aku kena belajar"rungut Haider kadang dia berasa sebal dengan diri sendiri kerana tak mampu nak ubah diri sendiri.
Reza pusingkan badan hadap Haider.
"Sebab kau tahu diri kau macam tu lah kau kena ubah Hai...kau tahu diri kau kurang dari segi itu jadi kau kena nekad untuk ubah.Kau pakai kata memang tak jalan lah..cuba betulkan niat tu"kan dah keluar takzirah di pagi hari ni.
Haider diam sekejap.Diri dia dalam dilema.Dia malas sebenarnya nak ubah diri tapi kalau tak ubah sampai bila dia nak jadi macam ni.
"Kitaorang ada untuk kau..jangan bimbanglah slow-slow takpa"belakang badan Haider diusap lembut bagi tenangkan fikiran kacau si Haider.
Haider senyum nipis balas pandangan nyaman Reza.Jauh betul topik diorang lari.
" Berapa lama kau duduk sini ? " tanya Reza mengubah topik lain pula,kesian member jiwa kacau..tangan kanan menyeluk poket ambil buah mata kucing.Dikopek lalu masuk ke dalam mulut.
"Seminggu kot,sementara tunggu Luth pergi balik" balas Haider melihat Reza yang sedap manguyah buah itu.Dia hulurkan tapak tangan mahu satu.
" Oh begitu"sebiji buah diberi kepada Haider.
Luth mengenakan kaca mata hitam disebabkan matahari sudah pun mula meledak sekarang maka sinaran vitamin C sudah hilang.
"Korang berdua settle lah kerja ni,Haider kau tanya papa nanti bila boleh start buat"arah Luth kepada dua ketul itu.Dia pulang ke kampung pun sebab papa dia yang suruh.Disebabkan dia seorang saja putra sulong Datuk Khairi,papanya serahkan kerja ini kepada dia.
Dia sudah bantah habisan kerana tidak mahu pegang apa-apa jawatan dalam Khai Group yang kini sudah bertukar kepada LM Group.Mahu atau tidak Luth terpaksa tapi bukan bermaksud dia akan campur tangan sepenuhnya.Disebabkan itu dia ambil Haider dan Reza berkerja dengan dia.
Hanya sekali sekala dia akan turun padang,jiwa komandor dia lebih kuat berbanding jiwa lelaki.
"Baik tuan patik menurut perintah"Reza tundukkan sedikit kepala.Haider turut menunduk dengan kedua tangan berada di perut.Mulutnya kembung sedikit kerana butir buah belum di buang.
YOU ARE READING
FOREVER MINE COMPLETE
RomanceBook 2 ;COMPLETE {Action+Romance} Luth Mateen Our commando is already fall in love,jejaka yang tinggi lampai berusia 28 tahun yang pernah merasa erti sakit.Bekerja tanpa menghirau kan keadaan sekeliling,dalam diam pada pandangan ketiga hati dia mula...