Suara yang sayup sayup kedengaran membuatkan aku mula terjaga dari tidur. Mata di genyeh berkali kali sebelum mata aku dapat menangkap satu sosok tubuh yang sedang sujud di atas sejadah.
Perlakuannya dari awal sehingga akhir aku amati satu persatu. Sehingga lah salam akhir untuk mengakhiri perbualannya dengan Allah dilakukan. Kemudian, tangannya diangkat untuk membaca doa dan di aminkan. Setiap bait bait doa yang di ucapkan olehnya cukup untuk meluluhkan jantungku.
Aku mengusap perut yang sudah kelihatan memboyot. Mama dengan papa dah tahu ke pasal ni? Atau aku seorang sahaja yang belum tahu? Kepala digelengkan. Menepis perkara negatif sebelum memakan diri.
Atau sensitif?
"Sayang?" Serta merta mata ku dikalihkan padanya. Qaiser bangun dari duduknya dan melipat sejadah tersebut. Setelah itu, dia melabuhkan punggungnya disisi katil ini. Tangannya naik mengusap rambut aku.
"Still mad?" Soalnya. Aku menghela nafas.
"Orang gila pun boleh terasa apatah lagi orang biasa macam Qaira." Dia tayang senyum nipis.
"Hukum je abang tapi tolong.. tolong rahsia kan kandungan ni. Abang minta tu je." Dia mengusap perut ku sebelum aku menepis laju tangannya.
"Tak cukup dengan tipu Qaira, abang nak suruh Qaira rahsiakan pula? Kenapa dengan abang ni." Nada suara ku naik seoktaf. Tak puas hati. Setelah ditipu berbulan lamanya, aku di suruh lagi untuk rahsiakan?
"Atau.. abang takut Vivy tahu?" Mukanya tampak terkejut dengan tebakan aku.
"Betul?" Soalku. Kali ini aku kalah. Aku kalah dengan amarah. Fikiran aku bercelaru dan gambar itu mula bermain di fikiran. Gambar bermesraan? Aku ketawa sinis.
"Atau abang tak nak pun anak ni? Abang mainkan Qaira ke selama ni?"
"Qaira!" Dadanya berombak laju. Mukanya merah seperti tahan marah. Marah kenapa? Salah ke apa yang aku cakapkan?
"Tolong, beri abang masa. Apa yang ada dalam ni.." Kepala aku diusap.
"Semua perkara negatif yang ada dekat sini.. semuanya tak betul." Dia menarik nafas sebelum menghela nya. Tangan aku diambil dan dikucup lembut.
"Abang dah tak ada apa apa kaitan dengan Vivy. Abang jujur, sayang. She's my past and you are my future. Bagilah abang beribu dan berjuta peluang pun untuk ke masa lalu, abang tetap akan pergi ke masa depan. Dengan Qaira, isteri abang."
"You don't know how afraid I am when Eva told me that you're bleeding and faint. Abang takut, abang takut sangat to the point abang suruh Alex je bawa kereta tu. I can't focus on driving when my heart can't stop beating fast." Tangannya dijatuhkan.
"Abang tahu apa yang Qaira tak tahu jadi tolong.. tolong percayakan abang. Just this time." Tangan kanan aku digenggam erat sebelum dia tunduk memberi kucupan hangat disana.
Jantung aku berdetak laju. Aku rasa bersalah. Aku tidak tahu mengapa aku terlalu emosi. Adakah aku sedang melalui fasa fasa ibu mengandung?
Tidak.
Mata aku masih lagi merenung belakang tubuh si dia. Kucupannya lama. Hangat dan.. basah? Qaiser menangis?
"A-abang.." Secara drastis, tangan kiri aku naik mengusap lembut rambut perangnya yang lebat.
"Abang.." Panggil ku sekali lagi apabila panggilan pertama tadi tidak dijawab. Keluhan lega dilepaskan apabila kepalanya diangkat.
Dan ya, dia menangis.
Qaiser menangis.
"Abang.." Sekali lagi tangan aku naik untuk menyapu tubir air matanya. Seketika rasa bersalah aku menjadi gunung. Allah.. apa yang aku dah buat tadi?
YOU ARE READING
Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )
RomanceAlso known as Bidadari Mr Mafia Tengku Qaiser Mikael Sebaris nama tu buatkan aku gila. Gila dengan cara nya, gila dengan sikapnya yang berubah ubah. Sekejap romantik sekejap beku sekejap garang tapi tak bermaksud semuanya negatif. Ada juga positif t...