BMM : 33

21.3K 835 40
                                    

Aku mendengus apabila terasa tidur dikacau. 'Benda' yang tidak henti henti bermain di hidung serta bibirku. Selimut juga dia tarik perlahan lahan ke bawah membuatkan aku merengus lagi.

Elusannya yang tidak berhenti membuatkan aku pantas membuka mata. Buka buka mata sahaja wajah kacak lelaki itu menyapa indra pandangan.

Aku mencebik.

"Goodmorning, princess." Katanya sambil mengucup dahiku lama.

Wajah tidak bersalah lelaki itu membuatkan aku mencubit perlahan perutnya. Lelaki itu mengelak. Jam di dinding aku pandang sekilas.

Empat pagi. Hm.

Empat pagi dia kejutkan aku dari tidur lena.

Waaaa kacau je orang nak tidur hm.

"Kenapa kejut? Mengantukk." Aku tarik balik selimut yang dia lorotkan apabila terasa sejuk mencucuk kulit.

Lelaki itu hanya diam memerhati sambil mengusap perlahan rambutku.

"Abang nak Qaira ikut abang pergi kerja. Abang ada mesyuarat hari ni lepastu tak balik sebab kena pergi syarikat lagi satu. Abang tak sanggup nak tinggal Qaira seorang diri. Ikut abang ok?" Aku memandang Qaiser dalam. Serius lah?

"Abang tipu kan?"

"Tipu apa?"

"Ya Allah, abang kejutkan Qaira sebab nak bagitahu benda ni je ke? Kenapa tak bagitahu nanti?" Aku menjuihkan bibir. Geram dengan perangai nya.

"Kacau je orang nak tidur." Sambungku lagi. Mata aku dikatup perlahan. Lemah sahaja tubuh.

Bayangkan la, tidur dah lewat lepastu bangun awal.

Memang minta dikutil!

Lelaki itu mula ketawa perlahan. Merdu sahaja tawanya bila menyapa telingaku.

"Abang bagitahu sekarang sebab kita nak bertolak sekarang, sayang." Katanya perlahan.

"Tapi Qaira mengantuk. Tak ada tenaga dah ni." Aku menguap kecil sambil memeluk sekujur tubuh yang sudah lengkap berpakaian kasual itu. Ah, mungkin dia sudah bangun awal awal pagi lagi.

"You can sleep in car."

"Tapi tak selesa."

"Then we can go there by a private jet." Mataku terbuka luas. Aku memandang Qaiser tidak percaya.

"Abang ada private jet?" Qaiser mengangguk sambil tersenyum nipis. Pelukan ku tadi dibalas.

"Abang mafia sayang, mestilah abang ada kenderaan macam tu." Aku mengangguk tanda faham. Ya la, kalau rumah pun dah besar macam ni campur lagi syarikat yang dia ada tu..

Entah berapa syarikat yang dia ada. Tiap tiap minggu pergi ke syarikat itu syarikat ini. Aku diamkan saja, kalau dia beritahu pun aku tidak faham apa apa fasal mafia ni.

"Go take a bath ok?" Aku tersentak perlahan apabila tangan kasar lelaki itu mengusap perlahan mata kuyu ku.

Aku merengek tanda tidak mahu. Nak mandi? Huwaa nak bangun pun malas apatah lagi nak mandi.

Em.

"Tapi nak peluk lagi." Aku memeluk tubuhnya seerat yang mungkin. Tak nak lepas!

Noktah!

"We can cuddle after you take a bath, sayang. Biar wangi wangi baru abang peluk biar tak nak bagi lepas." Katanya sambil mencuit perlahan hidungku.

Aku memuncung.

Dia nak kata aku busuk la ni? Sampai nya hati..

"Ei pergi jauh jauh. Dah la kata orang busuk. Humph!" Aku menolak tubuhnya agar menjauhi tapi tak sempat aku menjauh, lelaki itu sudah mendakap erat tubuhku.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now