"Qaira.. boleh saya tanya satu soalan?" Aku mengangguk sambil menanti soalan yang bakal ditanya oleh Eva.
"Tuan Kael suka awak ke?"
Uhuk!
"Awak mengarut apa ni Eva? Tak mungkin lah dia suka saya. Kami berkahwin pun bukan sebab suka sama suka. Awak pun tahu, Eva." Kataku sengaja menyedapkan hati walhal aku sedang tak senang duduk sekarang.
Phuh.
"Tapi.. nampak macam dia err suka awak?" Membulat mata aku bila mendengar pernyataan Eva. Rasa macam tak percaya je.
"Awak jangan buat spekulasi hanya dengan benda tu je Eva. Tuan Kael awak tu.. sebelum kami kahwin pun dia suka menyakat tau. Entah entah dia mainkan saya je." Aku mencebik.
"Awak ada apa apa perasaan pada Tuan Kael tak? Macam suka dekat dia ke..? Saya rasa awak kena pikat dia lah, Qaira."
Aku?
Pikat pakcik mafia tu?
"Saya? Pikat dia?" Eva mengangguk laju. Kedua dua belah tangan aku digenggam.
"Yes you are, Mrs Kael."
Ha.. ha.. ha, memang tak!
"Ah, saya tak nak lah Eva. Buat malu diri sendiri je." Kataku sambil menolak kembali tangannya. Sungguh aku berdebar. Nak pikat Qaiser? Ah macam lah boleh.
Ish!
Eva memincingkan matanya sambil memandang ke arah aku. Bibirnya dicebikkan lalu dia mula bangun. Jari telunjuknya diletak pada dagunya dan membuat gaya seperti berfikir dan dia terus menerus melakukan gaya itu dalam 5 minit tanpa henti.
Tiba tiba pipinya mula memerah.
Aku memandangnya pelik.
"Kenapa?"
Eva menggigit bibirnya. Tangannya pula tidak duduk diam bagai ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
"Eva.." Panggilku sambil bangun untuk pergi kearahnya. Namun belum sempat aku ingin bangun, Eva sudah menghalang. Tempat kosong disebelahku didudukinya.
"Sebenarnya saya nampak dia cium awak semalam. Saya rasa dia sengaja suruh saya pergi keluar dengan alasan belikan dia roti semata mata nak luangkan masa dengan awak dan dengan benda tu saya rasa dia sukakan awak, eh tak! D-dia cintakan awak. Ah, Qaira.. apa apa pun saya minta maaf tau sebab menghendap!" Bibir aku gigit. Pandangan tak percaya diberi pada Eva.
Dia nampak? Serius dia nampak? Kalau ya, malunya!
Argh!
"Err.. saya tak sengaja, Qaira. Betul! Ah.. ermm s-saya pergi dulu tau! Apa apa pun awak kena pikat juga Tuan Louis. Ambil senarai ni. Baca betul betul dan jangan hilangkan benda ni tau! Bye Qaira!" Sekeping kertas yang dilipat diletak diatas tangan aku. Aku memandangnya untuk bertanya tapi belum sempat aku ingin bertanya, kelibat gadis cina itu sudah ngaib dari pandanganku.
Aku mengeluh berat.
Kenapa perlu dia ingatkan kejadian semalam? Fikir tentang tu sahaja dah buatkan aku galau apatah lagi bila kena betul betul.
Meninggal terus rasanya.
Ah, apa patut aku buat? Perlu ke aku buat juga idea gila Eva untuk pikat ketua mafia?
Huh.
Bunyi nya lebih kepada membawa maut bagi aku. Haish! Apa yang kau mengarut ni, Qaira? Tak kan lah pikat dia boleh bawa maut kan? Apa pun yang jadi, cuba aje lah!
Kertas yang diberi tadi aku buka. Tajuknya aku baca sebelum membaca yang lain.
Cara Cara Memikat Hati Tuan Mikael Davies Louis.
YOU ARE READING
Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )
RomanceAlso known as Bidadari Mr Mafia Tengku Qaiser Mikael Sebaris nama tu buatkan aku gila. Gila dengan cara nya, gila dengan sikapnya yang berubah ubah. Sekejap romantik sekejap beku sekejap garang tapi tak bermaksud semuanya negatif. Ada juga positif t...