BMM : 35

24.9K 930 137
                                    

"Kenapa? Terkejut sebab I dah balik?" Vivy tersenyum manis. Tangan kecilnya naik mengusap rahang milik lelaki dihadapannya.

"I'm so sorry, Kael. I minta maaf sebab lama sangat I tinggalkan you."

"Kalau you nak tahu.. I pun rindu you, sayang." Lemah lembut dia berbicara. Wajah lelaki dihadapannya di tenung lama. Tiada langsung senyuman bahagia terbit di bibir lelaki itu melainkan riak bekunya.

Vivy tersenyum nipis.

Nevermind.

"Come, sayang. I ada banyak benda nak cerita dekat you." Lengan tegap lelaki itu pantas digapai lalu ditarik mengikutinya namun Qaiser berkeras lalu merentap kasar tangan yang menariknya itu.

Qaiser mendengus kasar sebelum meramas lembut jemariku. Aku pula hanya diam tak berkutik berada di belakangnya. Bukannya aku tidak mendengar apa yang Vivy katakan sedari tadi namun aku hanya pekak kan sahaja.

Sakit hati? Sakit lah. Siapa tak sakit bukan? Sekeras mana pun batu, kalau di hancurkan pun tetap hancur.

Aku mengemam bibir apabila Vivy bertindak menarik lagi tangan kanan lelaki itu. Mahu dihalang? Aku siapa untuk menghalang dia yang sudah lama mengenali Qaiser?
Aku pula baru tiga bulan berkahwin dengan lelaki itu. Itupun baru sahaja tumbuh bibit bibit cinta.

Aku mengemam bibir.

"Why you tolak I, Kael? Apa salah I?" Wajah Vivy mencuka. Dipandang tajam lelaki yang berada dihadapannya.

Sungguh dia tak faham! Apa benda yang buatkan lelaki itu tolak dia? Biasanya kalau digoda sedikit lelaki itu sudah tersenyum nakal sambil memeluk pinggangnya namun semua itu tiada.

Langsung tidak ada semua itu.

"You-" Bebola mata milik Vivy merenung sepasang mataku tajam apabila tersedar akan aku yang curi curi memandangnya di sebalik badan tegap Qaiser. Kemudian matanya turun memandang tanganku yang berada di dalam genggaman Qaiser.

Perlahan lahan senyuman sinis nya naik.

"You replaced me, huh?" Vivy memeluk tubuhnya sambil memandang tepat ke arah Qaiser.

"With her?" Kalini matanya jatuh pada aku pula.

"Since when you suka hijabis, Kael? I thought you only like sexy woman." Vivy menjeling aku tajam. Bibir nya tidak henti henti mengukir sinis.

"Balik, Vivy. I tak ada masa nak layan you." Vivy menaikkan satu keningnya.

"You dah gantikan I lepastu you halau I? My answer is no. I tak akan balik. I nak duduk sini."

Qaiser merengus.

"If that is what you want then do it. I won't disturb you and please don't  disturb me too." Habis sahaja berkata, lelaki itu menarik lembut tangan ku agar mengikutinya. Belum sempat kami ingin berjalan, tangan Vivy menarik kasar lengan Qaiser.

"You nak apa Vivy?!" Vivy terdiam sebentar apabila mendengar tengkingan lelaki itu. Muka cantiknya pun sudah berubah namun tak lama apabila dia tersenyum manis.

Menggoda.

"I nak you, Kael." Mata aku merenung tajam tangan Vivy yang naik memegang dada bidang milik Qaiser. Panas ei panas! Lagi panas apabila dia mengusap sambil mendekatkan tubuhnya.

Wah, kalau boleh potong tangan tu.. dah lama aku potong tau tangan dia. Haram!

"Behave, Vivy. I'm taken." Ditolak kasar tangan Vivy sebelum berundur sedikit ke belakang.

"Taken what? To her? Your new slut?" Aku merengus dalam diam. Tangan Qaiser aku genggam kuat. Lepas geram!

Aku mengangkat muka memandang wajah Qaiser yang setia merenung tajam Vivy dihadapan. Bibir lelaki itu tersenyum nipis.

Tengku Qaiser Mikael ( IN EDITING )Where stories live. Discover now