13 February 2005

47 6 2
                                    

Hi. Biar aku perkenalkan diri aku dahulu. Nama aku Fahmi Idham. Aku berumur 19 tahun. Ini merupakan halaman pertama yang aku tulis dalam diary aku. Kenapa aku tiba-tiba tergerak hati untuk menulis diary ini? Ada sebab kenapa aku tiba-tiba ingin menulis diary.

Aku lahir dalam keluarga yang kaya. Semua cukup. Apa yang aku nak semua aku dapat dari aku kecil lagi. Akan tetapi, disebabkan aku lahir dari keluarga yang kaya, aku merasakan ada satu benda yang aku tak cukup. Aku kurang kasih sayang sebab mummy dan daddy aku selalu sibuk dengan kerja. Selalu lupa dengan aku. Aku selalu ditinggalkan berdua sahaja dengan bibik aku. Tapi bila aku dah semakin meningkat usia, aku cuba cari kebahagiaan aku sendiri. Dah macam-macam aku buat tapi satu pun tak berhasil. Sampailah satu hari aku bunuh anak kucing yang sesat bermain dalam halaman rumah aku. Pada asalnya aku hanya bermain dengan anak kucing tersebut. Tiba-tiba aku terdengar satu suara di dalam kepala aku yang mengatakan "Bunuh kucing tu. Bunuh kucing tu.". Aku cuba abaikan pada mulanya. Tetapi tanpa aku sedari, tangan aku telah pun mengenggam anak kucing tersebut sampai mati. Yang hairannya, aku tak terkejut langsung dengan apa yang aku dah buat. Bibir aku tersenyum seolah-olah aku sangat gembira. Sejak hari itu aku seperti dirasuki dan mempunyai keinginan untuk membunuh manusia. Hampir setiap hari aku berfikir siapa, bagaimana dan di mana. Yang pasti satu hari nanti, apa yang aku impikan ini akan tercapai. Kita tunggu dan lihat.

 Kita tunggu dan lihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diary Seorang Serial KillerWhere stories live. Discover now