13 May 2005 Part 1

24 4 0
                                    

Emery

Emery merupakan seorang idol yang terkenal. Tapi setakat pemerhatian aku tentang dia selama satu bulan ni, dia merupakan seorang penagih dadah dan sentiasa berkhayal di dalam rumahnya sewaktu dia tengah tak ada job ketika itu. Tiada seorang pun mengetahui tentang hal ini termasuklah keluarga, manager dan ceonya sendiri. Dia juga seorang yang minat bermain game dan melakukan pelbagai cabaran.

Kenapa aku pilih Emery ni? Sebab aku tahu dengan kondisi dia yang seperti ini, dia memang akan bermain game aku. Lagi-lagi untuk pemain game yang tegar dan suka akan cabaran.

Waktu inilah aku gunakan semua ilmu yang aku belajar berkaitan IT sewaktu di sekolah dahulu. Aku cipta satu game khas untuk Emery.

Aku sudah pun menghantar link game aku ini kepada dia semalam melalui WhatsApp. Mestilah aku godam untuk mencari nombor telefon bimbitnya. Tanpa ragu-ragu, dia terus menekan link tersebut lalu mendaftarkan akaunnya di dalam app tersebut. Hari ini aku akan memulakan game ini.

Diary Seorang Serial KillerKde žijí příběhy. Začni objevovat