13 March 2005

33 5 0
                                    

Seroja

Pada pukul 8 malam tadi, aku baru sahaja membunuh seseorang. Mayat tersebut masih berada di hadapan aku ketika aku menulis diary ini. Baju aku kotor kerana penuh dengan darah mangsa aku. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku bunuh dia? Biar aku ceritakan.

Pada 1 March, aku berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Seroja. Pertemuaan kali pertama kami merupakan di tempat karaoke yang sering aku kunjungi. Aku jatuh cinta pada pandang pertama apabila melihat dia tersenyum ketika itu. Aku cuba menyapanya dengan harapan aku boleh berkawan dengan dia. Aku tak sangka pula yang dia sudi untuk berkawan dengan aku.

Apa yang aku perasan mengenai Seroja ni, dia merupakan seorang gadis yang sangat baik dan ayu. Suka memakai dress setiap kali berjumpa dengan aku. Tidak lupa juga lipstik bewarna pink yang dia selalu pakai.

Telah seminggu berlalu sejak aku berkawan dengan Seroja. Pada 8 March, ketika aku sedang jogging di taman, aku nampak Seroja dari jauh. Niat di hati ingin menegurnya tetapi terhenti di situ sahaja apabila aku melihat ada seorang lelaki bersamanya. Pemakaian Seroja ketika itu tersangatlah lain dari apa yang aku tahu selama ini. Tiada lagi sisi ayu pada dirinya ketika itu kerana dia sedang merokok. Dia juga memakai lipstik yang bewarna merah. Aku tersangatlah marah ketika itu kerana Seroja sanggup menipu aku. Apa yang membuatkan aku lagi marah apabila aku nampak Seroja mesra berpelukan dengan lelaki tersebut. Aku pun kembali ke rumah semula dalam keadaan yang sangat marah.

Pada 13 March, aku mengikuti Seroja dari belakang ketika dia sedang dalam perjalanan ke rumah lelaki tersebut. Ketika Seroja sedang sibuk menekan loceng rumah, aku dengan cepatnya memukul Seroja menggunakan batu dari belakang. Aku terus mengangkat Seroja masuk ke rumah lelaki tersebut.

Mesti korang pelik kan dengan perbuatan aku. Seperti tiada kerisauan ketika melakukan perbuatan ini. Tak risau ke kalau rumah tu ada cctv atau ada jiran yang dengar dan sebagainya? Tak. Aku tak risau sebab aku telah siasat segalanya sebelum melakukan ini semua. Kawasan yang lelaki ini tinggal merupakan tempat yang terpencil dan tiada cctv di sekitar kawasan flat tersebut. Tak ramai juga orang yang tinggal di situ kerana flat tersebut sangat usang dan lama. Tamhahan pula, lelaki ini merupakan seorang kaki perempuan.

Senang bagi aku untuk masuk ke rumah lelaki ini kerana sehari sebelum kejadian, aku telah pun memukul lelaki ini dari belakang dengan kayu dan telah pun mengikatnya di dalam bilik tidurnya.

Aku membaringkan Seroja di atas lantai di ruang tamu rumah tersebut. Ketika aku di dapur untuk mengambil pisau, suara di dalam otak aku mula berbicara. "Apa kau tunggu lagi. Bunuh Seroja tu sekarang. Lepaskan marah kau pada dia. Dia dah tipu kau!". Ayat tersebut berulang-ulang di dalam kepala aku dan membuatkan aku terus bergerak dengan pantas ke ruang tamu untuk menikam Seroja. Aku menikam Seroja berkali-kali sehingga dia mati. Darah terpecik dengan banyaknya di sekeliling ruang tamu termasuk seluruh badan aku.

Sementara aku menunggu untuk tukar bajuku dengan baju yang lain dan pergi dari sini, aku segera menulis diary ini untuk cacatan aku. Aku terasa sangatlah bahagia ketika ini. Tak pernah aku berasa bahagia yang teramat sangat. Nampaknya betullah membunuh orang merupakan kebahagiaan aku.

Jumpa lagi untuk pembunuhan seterusnya.

Jumpa lagi untuk pembunuhan seterusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diary Seorang Serial KillerWhere stories live. Discover now