Part 3 👑

84 10 3
                                    

"Lahh dia ni lagi" aku bermonolog perlahan. Sekadar hanya untuk telinga sendiri mendengar. Pandangan aku kalihkam dari melihat dia. Menyampah.

Raja Dayyan Nufail. Dialah yang terpacak depan meja aku sekarang ni. Apalah nasib. Sehari je dah berjumpa dua kali. Agak dah takde homo sapiens yang lain ke kat bumi Malaysia ni.

Tiba-tiba terdengar suara Raja Dayyan tergelak halus. Laju aku tengok dia. Err dia dengar ke?

"Well memang aku lagi" sah dengar. Haduu Mira. Buat kerja tak clean. Malu mak malu. Takpe Mira. Keep it cool.

Aku tayang muka menyampah. Tajam jelingan yang aku bagi dekat dia. Nak tutup rasa malu punya pasal sebab buat kerja tak clean.

Tanpa amaran, kerusi bertentangan dengan aku ditarik perlahan. Dan ada manusia yang labuhkan duduk di situ. Siapa lagi kalau bukan encik raja kita.

Aku buat tak endah. Lantak kau lah. Ni bukan cafe aku yang boleh beri aku hak untuk halang sesiapa duduk. Lagipun Raja Dayyan bukanlah stranger bagi aku. Ehhh?

"Kau ni takde kerja ke? Melepak je"

Terpejam mata aku. Dia ni mulut tu memang dua puluh empat jam menyakitkan hati ke. Aku potong buat goreng tepung kang.

Semak betul!

Aku menoleh ke arah dia. Mata amber nya aku tatap. Cantik! Terserlah wajah kacak dia. Ehhh Mira Astaghfirullah!

Aku berdehem. Hilangkan debaran di dada. Kemudian tayang satu senyuman. Paling tak ikhlas aku pernah buat.

"Encik Raja. Boleh diam tak. Mood saya sedang tak elok ni. Saya maki nanti free je tau"

Aku duduk sini nak healing tau. Bukan nak berdebat dengan manusia macam dia ni. Cukuplah apa yang jadi dekat rumah tadi. Aku penat!

"Your eyes. You cried?" Dia bertanya.

Terkedu. Hilang senyuman palsu tadi. Anak mata amber Raja Dayyan tajam menikam anak mata hazel aku yang masih sedikit merah. Lama.

Dia. Baca. Aku.

Terus aku kalihkan pandangan. Aku taknak dibaca oleh sesiapa. Tolong!

"Nothing concern you Mr Raja" minumam green tea aku sisip semula. Tenangkan hati yang dah mula gabra.

Seketika suasana senyap. Aku dengan minuman aku. Dan Raja Dayyan masih menatap aku. Seram pula aku.

"Awak pula tak ada kerja ke? Duk cakap kita tapi dia pon lebih kurang"

Aku mencebik. Lebih baik aku alihkan topik sebelum dia baca aku sampai ke lubuk hati paling dalam.

"Well aku boss. Bebas" angkuh bicaranya.

"Untunglah jadi boss. Goyang kaki" aku berkata. Sedikit memerli.

"Habis kau goyang apa? Goyang kepala?" dia berkata.

Terletus tawa aku. Tak berapa nak lawak tapi bolehlah mencuit hati sedikit. Well sedikit sahaja.

"Haah. Saya goyang kepala. Biar putus lepastu mati. Aman hidup" aku berseleroh.

Tiba-tiba suasana senyap. Pelik. Bisu dah ke Raja Dayyan kita ni? Aku melihat Raja Dayyan.

Beku. Itulah wajahnya. Berkerut dahi aku. Kenapa? Aku ada salah cakap ke?

Makin lama makin tak tentu hala aku dibuatnya. Lama dia tenung aku. Weyh tolonglah jangan pandang macam tu! Sebaik mungkin aku pura-pura tak nampak pandangan Raja Dayyan.

THE QUEEN [HIATUS]Where stories live. Discover now