Part 7 👑

109 7 4
                                    

Aku diam tidak berkutik mendengar bicara Raja Dayyan. Walaupun hati dah penuh dengan tanda tanya dan mulut pon hampir nak derhaka dengan tuan badan untuk meluahkan apa yang dah nak melimpah dalam otak dan hati aku. Tapi aku sedar dan aku tahu yang aku ni bukanlah seketul Sherlock Holmes.

"Aku dah berniat yang one day, aku akan nyanyi lagu ni for her. Oang kata macam confession" jelas dia lagi.

"confession? with nasheed song?" aku pandang dia pula.

Sedikit pelik. Bukan apa, kalau lelaki di luar sana mesti akan nyanyi lagu-lagu jiwang yang boleh buat perempuan cair. Tapi lain pula untuk mamat tepi aku ni.

"what? nak confess memang kena guna lagu jiwang je ke?" dia membalas pandangan aku sambil tergelak. Mungkin soalan aku tu menjentik hormon ketawa dia.

Hormon ketawa? Pape jelah nyah.

Aku mengangkat kedua-dua bahu sebagai tanda 'ikut mung lah'. Tapi betul juga. Tak semestinya nak meluahkan perasaan tu perlu guna lagu jiwang je. Banyak lagi lagu genre lain dalam dunia ni yang boleh dijadikan sebagai confession songs.

Come on lelaki di luar sana. Lakukan kelainan.

"Paradise. Or we call it Syurga in malay. Reason aku pilih lagu ni sebab aku nak dia tahu yang aku cintakan dia dunia dan akhirat. Aku nak bimbing dia, aku nak bawa dia dan aku nak buka jalan untuk dia menuju ke syurga. Aku nak bahagiakan dia di dunia dan akhirat. And yup, 'uhibukki fillah' I love her because of Allah and I want to bring her to 'that place'. syurga Allah"

Sekali lagi aku terdiam. Kata-katanya bagai menusuk ke dalam jiwa aku. Sungguh masa ni aku rasakan yang wanita tersebut sangat bertuah. Bertuah kerana mempunyai seorang lelaki yang ikhlas mencintainya di dunia dan bakal membimbingnya ke syurga Allah di akhirat nanti.

Sungguh, aku cemburu.

"She's so lucky" mulut meluahkan rasa hati.

"She is. And i hope she know that she is lucky" ringkas Raja Dayyan membalas ayat aku.

Wujud lagi ke lelaki seperti Raja Dayyan Nufail ini? Seseorang yang mencintai wanita kerana Allah. Bukan disebabkan hasutan syaitan, nafsu dan sebagainya. Disaat lelaki lain menjanjikan kebahagiaan, hadirnya Raja Dayyan sebagai seorang lelaki yang berjanji untuk membimbing wanitanya ke syurga Allah. Sungguh lelaki seperti ini satu dalam seribu.

Masih wujud tapi bilangannya tidak seperti pasir di pantai.

"Kau?" suara mamat sebelah aku ni menjamah telinga.

"Kenapa saya?" soalan berbalas soalan. Kenapa dengan aku?

"Kau takde suka sesiapa ke? Atau disukai sesiapa?" dia bertanya lagi. soalan direct dia bagi. No belok-belok, terus tegak kepada main point.

Aku diam. Tidak tahu nak jawab apa. Nak kata aku suka sesiapa tu setakat ni belum lagi. Nak cakap disukai sesiapa pon aku tak pasti. Senang cerita aku tak tahu.

"Entah" ringkas jawapan aku. Jawapan selamat sebenarnya sebab aku tidak pasti apa jawapan yang tepat untuk soalan dia tadi.

"Entah? Don't you care about it?" suara dia naik sedikit. Aku pandang dia.

Ehh mamat ni, emo semacam dah kenapa. Ada yang aku tendang keluar ni nanti.

"Ehem, sorry" dia yang melihat riak muka aku yang macam nak menyinga itu terus berdehem dan meminta maaf. Sedar yang dia dah terlebih beri reaksi. Aku memandang ke hadapan semula.

THE QUEEN [HIATUS]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant