Part 4 👑

87 12 3
                                    

Seorang lelaki berlari ke arah aku. Laju. Terkebil-kebil aku tengok dia yang rupa jumpa artis ni.

Mamat ni apa pasal?

"Mira! Kau okay ke tak Mira" dia belek aku dari atas sampai bawah. Raja Dayyan di tepi katil dah berkerut dahi.

Aku yang dah rimas asik kena telek tu laju tangan ketuk kepala lelaki tadi. Haa ni makan dia. Menggelabah tak tentu pasal dah kenapa?

"Adoii" dia terjerit. Kepala yang dah jadi bahana kena pukul tadi di usap. Mata tajam menjeling aku.

Aku yang nampak mata dia terus naikkan kedua-dua kening. Ha apa? Jeling-jeling pulak. Elok aku bagi tangan tau. Kalau bagi kaki? Naya kau.

"Assalamualaikum. Err encik ni siapa?"

Raja Dayyan yang diam jadi penonton dari tadi mula bersuara. Mungkin dia tertanya-tanya siapa monyet yang aci redah je ni.

"Ehemm. Waalaikumsalam. Saya Amir Ehsan" kedudukan dibetulkan kemudian tangan dihulurkan. Tanda ingin bersalaman.

Raja Dayyan menyambut salam lelaki bernama Amir tersebut. Muka tersenyum. Tidak mahu dicop sombong walaupun dia memang sombong.

Nampak kan yang aku memang tak suka dia!

"Saya Raja Dayyan. Encik kenal Amira ke?" Muka pelik ditayang semula.

Sedar akan raut wajah Raja Dayyan. Terus dia memandang aku dengan Raja Dayyan silih berganti. Tak lama sebelum wujudnya senyuman mengusik di bibirnya.

Okay guys. Si bala nak buat drama.

Aku yang melihat senyuman tersebut hanya mampu meraut muka. Hadui. Kenapalah sehari je dah banyak masalah yang datang?

"Saya tunang si Amira"

Mantap! Bukan kawan dan bukan kekasih. Tetapi tunang terus dia bagi. Terkedu wajah Raja Dayyan. Aku dah menayang muka geram. Kau memang cari hal kan.

Ouh tunang eh. Kau sabar.

Kaki yang berada di bawah selimut aku keluarkan perlahan-lahan. Kemudian dengan segala kudrat yang ada. Aku menendang si Amir.

Kuat jugalah sampai terduduk lelaki tu. Haa ni tunang kau bagi 'lay kick' Biasanya 'flying kick' kan. Tapi sebab aku baring so kita gelarkan 'lay kick'. Puas hati aku.

Berkerut seribu wajah Amir. Tak sangka mungkin dengan tindakan aku. Raja Dayyan yang melihat tingkah aku terus terdiam.

Apa? Ingat aku perempuan, aku nak kena jadi ayu dua puluh empat jam ke? Ada masa aku brutal tau.

"Bapak kau lah tunang!" Aku bersuara. Geram. Kalaulah wayar dekat tangan ni tak ada. Memang aku marathon dalam bilik ni kejar dia.

"Heyy! Bapak aku tu bapak kau juga" dia bangun. Tangan mengusap belakang badannya. Sakit lah tu.

"Ha?" Sedang asyik berdebat dengan Amir. Suara Raja Dayyan menerpa.

Aku dengan Amir menoleh ke arahnya. Kalau tadi wajah dia dah pelik. Kalini double pelik. Dalam istilah matematik, pelik kuasa dua.

Haih apahal mamat ni blur semacam.

"Monyet ni abang saya. Bukan tunang. Entah siapa nak jadi tunang dia"

Aku menerangkan kepada Raja Dayyan. Pada masa sama wajah jengkel aku buat. Euwww siapa nak jadi tunang seketul Amir?

Amir Ehsan. Abang kedua aku. Dalam adik beradik, dia ni lah paling aku rasa nak smackdown sampai koma. Perangai budak-budak. Adam lagi matang dari pak ngah dia ni.

THE QUEEN [HIATUS]Where stories live. Discover now