Awal pagi lagi kami berlima menuju ke markas Hawk. Berlima? Ya, kami berlima. Aku, Eshal, Darwisy, Damia Maeza dan Aeesha Rareesa.
Semua ini salah Darwisy. Disebabkan cadangan dia mereka datang ke sini. Rareesa dan Maeza merupakan kawan merangkap pekerja aku. Alasan dia cuma satu sebab dia tak nak orang lain syak siapa aku.
Tambahan pula, apabila Encik Arman Akhtar masuk campur dalam hal ini. Awalnya memang aku bantah tapi selepas mama pujuk so, here we go.
Disebabkan tahap kerisauan Encik Arman Akhtar terhadap aku terlalu tinggi dia menyuruh Maeza dengan Rareesa datang ke sini untuk tolong aku. Satu kerja baru lagi nak kena libatkan dua orang perempuan ini. Nak bantah tak boleh sebab mama awal-awal lagi bagi amaran dekat aku. Dia izinkan aku masuk Hawk tapi bersyarat. Dan syarat dia adalah kena ada dua orang makhluk depan aku ni.
*Flashback*
Sedang aku duduk di luar ruang tamu selepas makan malam. Telefon aku berdering minta diangkat. Kaki laju menuju ke balkoni luar.
"Oi, Sya. Kau cuti macam itu je. Sepatah haram pun tak bagitahu aku dengan Reesa kau balik Indonesia. Tahu-tahu gone. Ini kalau bapak kau tak bagitahu aku sampai ke sudah kau tak bagitahu kita orang," bebel Maeza di hujung talian tanpa salam. Tahu-tahu kena bebel.
"Waalaikumussalam Ez."
"Hehe...Assalamualaikum." Aku boleh bayangkan muka Maeza macam kerang busuk apabila aku perli dia balik. Nak sangat marah aku kan. Kan dah kena!
"Apa kau cakap tadi? Orang tua tu yang bagitahu kau?! Serabutlah! Kalau tak menyibuk tak boleh ke?!!" Maeza hanya diam di hujung talian.
"Apa lagi yang dia bagitahu kau?" soalku.
"Dia bagitahu semua benda yang jadi. So, kau tak perlu nak jelaskan lagi pada aku. Pasal syarikat tu kau jangan risau. Aku dah fikir semua. Kita buat kerja dari sana je nanti. Apa-apa hal nanti aku suruh kak Allana yang settle." Aku hampir lupa dengan syarikat aku. Nasib baik ada Maeza, Rareesa dan Kak Allana yang boleh aku percaya untuk uruskan syarikat.
"Sorrylah, aku tak tahu nak buat apa dah. Semua benda aku lupa. Nasib baik kau ada ingatkan aku pasal syarikat. Tapi ini tak bermakna aku tak marah sebab Encik Arman Akhtar yang bagitahu kau pasal benda ini. Kau kenal aku kan Ez. Aku tak nak libatkan kau dengan Reesa dalam hal family aku."
"No hal lah tapi itu bukan perkara penting aku nak bagitahu kau." Dadaku berdebar kencang mendengar kata-kata daripada Maeza. Entah kejutan apa lagi yang hendak dia bagitahu aku.
"Aku dan Reesa akan fly ke Indonesia malam ni. Eh bukan, kejap lagi. Kita orang dekat airport nak gerak dah pun. Tapi, kau jangan marah aku dengan Reesa atau Darwisy and uncle sebab kita orang tak nak apa-apa jadi dekat kau Sya."
Kali ini, aku rasa nak tumbuk je muka Maeza. Baru sekarang dia nak bagitahu aku yang dia dengan Reesa nak fly Indonesia. Ada juga yang makan penumbuk aku nanti. Nasib baik kau kawan aku. Haihh.
"Aku tahu kau akan cakap yang kau boleh buat semua benda sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk kali ini, bagi aku tolong kau sebagai kawan dan keluarga," kata Maeza lagi.
Rasa marahku yang membuak-buak tadi mula reda. Damia Maeza tak pernah nak buat aku rasa serba salah. Dia tak pernah tinggalkan aku tika aku jatuh. Reesa pun sama. Tak pernah mengecewakan aku. Dua orang ini memang sengaja buat aku ditelan mati emak diluah mati bapak.
Nak tak nak aku kena libatkan juga dua orang ini dalam masalah aku. Tapi tak apalah juga tak adalah aku bosan sangat nanti. Makin ramai makin best apa. Harap dua orang ini tak bawa bala dekat aku. Pening aku nanti! Oh lupa! Eshal. Hahaha. Yang ni kalau jumpa Maeza...hancur. Belum termasuk Darwisy. Haila.
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...