Aku bangun awal pagi ini. Walaupun semalam aku tidur lewat tapi rutin harian aku akan tetap bangun awal juga. Tipe morning person lah katakan.
Aku mahu jogging di taman yang tidak jauh dari rumah mak long. Jersey hitam dan seluar track hitam menjadi pilihanku. Kasut sukan aku pakaikan di kaki sebelum headphone di letakkan di belakang kepala. Volume dinaikkan. Musik adalah dunia aku. Setiap bait kata-kata daripada lagu mampu membuat dunia aku berubah.
Lagu favouriteku aku tekan. El-pardon by Nicky Jam & Enrique Iglesias.
Fine si es verdad
Me dijeron que te estas casando
Tú no saves Como estoy sufriendo
Esto te lo tengo que decir
Cuéntame
Tu despidida para mi due dura
Será que él te llevo a la luna
Y yo no supe hacerlo asíYe estaba buscando
Por las calles gritando
Eso me esto está matando, oh no
Te estaba buscando
Por last called gritando
Como in loco tomando ohEs que yo sin ti, by tú sin mi
Dime quién puede ser feliz
Esto no me gusta
Es qué yo sin ti, y tú sin mi
Dime quién puede ser feliz
Esto no me gusta
Esto me gustaKaki mula melangkah dengan perlahan dari perkarangan rumah mak long. Larian kecil dilakukan. Aku mula mengorak langkah dengan laju. Apabila sudah tiba di taman aku meneruskan kaki untuk jogging di kawasan itu. Dapatlah keluarkan peluh sedikit dengan lima pusingan.
Setelah agak lama kaki aku berlari. Aku berhenti lalu duduk di atas bangku yang berada di taman tersebut. Headphone aku tarik dari belakang kepala lalu disangkut dileher.
Peluh yang membasahi dahi aku lap. Nafas yang tercungap-cungap diatur. Apabila sudah stabil aku memandang suasana di sekeliling taman. Tak banyak orang yang jogging. Masih sepi.
Mataku terarah kepada seekor kucing yang berwarna kelabu. Comel! Dia mengiau. Aku menghampiri kucing tersebut. Pada mulanya kucing tersebut takut namun apabila aku mendekatinya. Tangan perlahan-lahan menyentuh kucing tersebut. Aku mengelus bulunya. Dia mula jinak.
"Awak sesat ke? Mana tuan awak?" Tangan masih mengelus kucing itu.
"Meow, meow." Kucing itu mengiau seperti faham dengan soalan aku tadi.
Aku mengangkat kucing tersebut lalu membawa kucing tersebut ke bangku tempat aku duduk tadi. Kucing tersebut aku letakkan di atas pangkuanku. Dia menggeselkan kepalanya di tanganku.
Ada rantai dilehernya. Zeus.
"Nama awak Zeus? Cantiknya nama awak. Kesian awak sesat. Mana nak cari tuan awak ni?"
"Meeoww."
"Janganlah sedih. Saya tolong awak cari tuan awak okay?"
"Meowwww." Zeus memandang aku sambil menggeselkan badannya. Tanda suka. Tangan masih mengelus badan Zeus. Wajahnya yang comel aku gomol. Geram!
"Excuse me, can I have my cat back?" Sapa seorang lelaki dengan jersi hitam dan seluar tracksuit hitam. Nafasnya tercungap-cungap. Wajahnya nampak penat. Mungkin selepas berlari.
"Err..oh.. Are you sure sir? This is yours? I don't trust you," kataku curiga dengan lelaki itu. Sekarang ini memang banyak sangat manusia yang suka dera kucing. Aku takut nak bagi sesuka hati dekat lelaki depan aku ini. Takut Zeus jadi mangsa.
"Apa pula bala kali ni? Matilah aku kalau along tahu kucing dia kena rembat dengan perempuan ni," katanya dengan suara yang agak perlahan. Namun masih dapat aku tangkap setiap bait bicaranya.
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...