"Eshal, aku dah fikir masak-masak. Aku nak pindah rumah. Lagipun, kesian mak long sibuk sebab kami orang bertiga."
"Lah, mama aku okay je lah kau orang tinggal sini. Tak adalah rumah ini sunyi sangat. Semenjak arwah papa meninggal enam bulan yang lepas, mama jarang nak senyum. Tapi, semenjak korang ada mama nampak happy."
"Aku bukan tak sudi tinggal dekat sini. Dah lama kita orang stay sini. Ya, aku tahu aku boleh je balik rumah orang tua tu. Tapi aku tak nak! Aku tak nak tambah masalah baru. Cukuplah dengan apa yang jadi sekarang ni. Aku tak nak keruhkan keadaan lagi. Aku tak boleh nak percaya dengan diri aku sendiri bila aku dah tak boleh kawal diri aku. Aku tak nak tiap kali aku jumpa dia aku jadi kurang ajar."
"Aku faham Sya, aku tak nak tengok kau jadi macam dulu. Mungkin orang lain tak tahu apa yang jadi antara kau dengan ayah kau. Sebab orang tak ada dekat tempat kau. Satu je aku nak pesan, belajar untuk maafkan dia. Walaupun aku tahu tak mudah bagi kau. Apa-apa keputusan kau aku sokong Sya."
"Aku minta maaf sebab dah menyusahkan kau Eshal. Aku tak tahu nak cakap apa. Apa yang jadi bukan kehendak aku. Aku pun manusia biasa bukannya malaikat."
"You deserve to be happy Sya. It's not your fault. Aku tahu bukan senang nak hadap apa yang kau pernah hadap sebelum ni."
"Yeah. It's not my fault Eshal. I keep it in my mind. Aku takkan salahkan diri aku."
Hanya Eshal yang tahu kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lepas. Aku tak tahu kepada siapa aku harus bercerita jadi aku hanya mampu luahkan pada sepupu aku. Walaupun aku tahu aku bukan orang yang baik tapi aku cuba untuk perbaiki diri aku menjadi lebih baik pada masa akan datang.
"That's my girl. So, kau nak pindah mana?" soal Eshal.
"Aku nak pindah dekat mansion abang Ayden. Lagipun rumah tu kosong, tak ada orang nak jaga. Orang gaji dekat rumah abang Ayden lima orang tu aku dah suruh balik. Aku tak nak privasi kami orang terganggu."
"Kalau kau dah cakap macam tu aku okay jelah. Tapi, kau kena pujuk mama aku lah sebab mama sebenarnya mama nak kau stay sini lama sikit."
"Okay, nantilah aku pujuk mak long."
***
Selepas minum petang aku menuju ke arah taman bunga di belakang rumah mak long. Aku tahu suasana petang yang redup selalunya mak long akan bermadu asmara dengan taman bunganya.
Aku menghampiri mak long yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan di situ. Aku memeluk mak long dari belakang.
"Arsya sayang. Kamu kenapa sayang? Tiba-tiba meluk mak long. Lagi ada masalah ya. Sini cerita sama mak long," kata mak long lembut. Mak long aku ni memang power lah. Walaupun dia tak tengok siapa aku tapi dia boleh teka dengan tepat.
Aku masih memeluk mak long dari belakang. Erat. Aku lebih rapat dengan mak long berbanding mama. Semenjak peristiwa tersebut yang terjadi enam tahun yang lepas. Gara-gara pendapat aku tak sehaluan dengan mama.
Aku meleraikan pelukan daripada mak long. Aku bergerak ke arah kerusi di sebelah mak long lalu melabuhkan punggungku.
Aku memandang mak long dengan senyuman manis. Tangan dibawa ke arah tangan mak long lalu menggenggam dengan lembut.
"Mak long. Kalau Sya nak minta something boleh?" soalku dengan hati-hati.
Mak long senyum manis ke arahku. Dia meletakkan tangan kiri di atas tanganku tadi. Dia menepuk tanganku dengan perlahan.
"Ada apa Sya? Emangnya kamu mau apa? Tinggal bilang aja. Nanti mak long kasi kok," katanya lagi.
"Kalau Arsya bagitahu mak long, mak long jangan marah tau. Janji?" tanyaku dengan mengangkat jari kelingking tanda pinky promise.
YOU ARE READING
EVE [COMPLETE]
Mystery / Thriller1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang d...