Bab 15

238 14 0
                                    

Kami berlima membuat keputusan untuk mengadakan perjumpaan antara geng motor pada malam ini. Selepas seminggu aku diangkat menjadi leader aku fikir ini adalah waktu yang sesuai untuk membuat perjumpaan secara terbuka dengan geng motor yang lain.

Sebuah kawasan lapang di hujung bandar menjadi tempat perjumpaan pertama antara geng motor. Setiap geng motor datang membawa ahli masing-masing.

Hawk. Wolf. Panthera Leo. Orcus. Kami berkumpul di situ. Semua berjabat tangan antara satu sama lain. Mereka datang dengan memakai jacket geng masing-masing. Pakaian rasmi geng motor, jacket hitam dengan logo dan nama geng motor yang tertera di belakang.

"Ada apa leader baru Hawk mahu kita berkumpul di sini?"

"Gue mau kalian jujur sama gue, kalian tau kecelakaan Tuan Ayden Al-Fatih beberapa minggu sebelum?"

Semua diam dan menganggukkan kepala. Kad harimau aku tunjuk. Wajah yang tegang tadi bertukar terkejut.

Semua mata fokus kepada kad di tanganku. Kad yang aku simpan kini aku tunjukkan di khalayak ramai.

Mungkin dengan mengumpul geng motor yang lain dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat dan mudah. Buah fikiran mereka mungkin lebih bernas berbanding aku tapi untuk kad yang ketiga aku simpan. Cukup dua kad yang aku tunjuk kerana aku masih cipta jarak antara geng motor yang lain.

Althea yang di hadapan geng motor sekarang adalah versi yang aku sendiri tidak kenal bahkan aku mengaku aku takut dengan sisi aku yang satu ini. Takut akan berakhir dengan kehancuran bukan kebahagiaan seperti yang aku harapkan.

"Kalian kenal sama kad bercorak harimau ini?"

Semua geleng kepala. Wajah satu-satu aku pandang. Kepala ligat berfikir.

"Kad harimau? Ada apa sama kad ini? Dalang emangnya mau apa? Mau berantem sesama geng motor?" Ardan. Ketua geng motor Wolf itu bersuara.

"Kenapa harus harimau? Kok mirip sama logo Panthera Leo? Kalian dalang di sebalik ini?" soal Ardan pula. Mata mencerlung ke arah ketua geng motor tersebut.

"Lo jangan ngomong sembarangan. Anak buah gue enggak pernah khinat gue. Kita enggak pernah macam-macam sama geng motor yang lain," balas Darius berang apabila dituduh begitu.

"Jika bukan kalian, siapa? Emangnya dalang mau apa sama kita? Logo harimau sudah cukup mengambarkan bahawa kalian punya rencana untuk menjatuhkan Hawk!" sampuk Aariz Wafiy.

"Woi, jangan asal ngomong lo sama leader kita!! Mau berantem lo?!" Seorang lelaki maju ke hadapan Aariz Wafiy dengan menggenggam penumbuknya. Muka bengis lelaki itu tidak membuat Aariz Wafiy gentar sedikit pun.

"Tchhh. Ada yang panas di sini. Emang bener kan apa yang gue bilang. Kalian punya rencana bukan?" Aafiz Wafiy menyimbah minyak ke api. Dia mengipas-ngipas wajahnya.

Lelaki tadi mengeluarkan sepucuk pistol lalu dia mengacukan pistol itu ke arah Aariz Wafiy. Muka Wafiy hanya tenang. Sedikit pun tidak berganjak dari situ.

"Mau mati beneran kalian? Udah cukup amal mau mati di sini? Atau mau gue hantar ke neraka?" soal Maeza sinis berbaur sindiran. Pistol berwarna keemasan diacu di kepala lelaki tadi lalu diacukan kepada Wafiy. Sisi Maeza yang tegas dan gelap. Semua diam apabila Maeza sudah mula tunjuk taring. Gerun!

Wajah mereka yang tegang tadi mengendur. Semua orang tahu Maeza yang tegas. Sisi Maeza yang digeruni. Aku hanya memerhati. Malas nak layan drama!

Aku memandang wajah Rareesa kerana dia selalu mengganggu ketenteraman pada waktu begini. Rareesa dan chewing gum berpisah tiada. Dia mengunyah chewing gum dengan santai sambil tangan disilangkan di dada. Enjoy the show!

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now