Evren Hakimi

249 10 2
                                    

Enam tahun yang lepas...

Aku marah! Sangat marah apabila gadis itu menipu aku. Aku ditipu hidup-hidup olehnya dan aku hampir melamar dia malam ini kerana aku rasa dia adalah rumah buatku tapi rupa-rupanya dia curang di belakang aku!

Evren Hakimi dicurangi oleh seorang gadis? Sangat tidak masuk akal! Playboy yang dipijak maruahnya dan dimalukan hanya kerana gadisnya curang? Sangat memalukan!

Aku menunggang ducati milikku dengan laju melepaskan segala amarah di lubuk hatiku. Mata hijauku mulai rasa kelam kerana angin malam yang kuat menampar pipiku. Hujan renyai-renyai membasahi tubuhku. Namun, malang tidak berbau aku hampir terlanggar seorang gadis yang mengenakan baju putih dan seluar hitam itu. Rambutnya berantakan. Dia pengsan! Aku terus turun dari motosikal aku lalu meluru ke arahnya.

"Miss, are you okay?" Aku menampar pipinya lembut. Ada sedikit luka diwajah mulusnya. Hujung bibirnya lebam seperti ditampar. Jantung berdetak dengan laju melihat setiap lekuk wajahnya itu. Cantik!

Mahakarya Tuhan yang paling sempurna. Otak seperti baru berfungsi, aku menghantar gadis itu ke hospital berdekatan menggunakan motosikalku. Agak sukar namun aku harus bertanggungjawab ke atasnya. Pasti gadis itu berada dalam bahaya kerana tadi dia seperti tergesa-gesa berlari daripada seseorang. Aneh! Sangat aneh.

Adakah gadis ini seorang malaikat yang dikirimkan oleh Tuhan untuk meredakan rasa amarahku tadi. Sampai saja di hospital aku terus memangggil doktor untuk merawatnya. Telefon bimbit gadis tadi aku ambil dari poket seluarnya kerana aku mahu menghubungi ahli keluarganya.

Abang Ayden

Nama lelaki itu adalah orang terakhir yang dia hubungi semalam dan mungkin lelaki itu adalah orang penting bagi gadis itu. Tanpa menunggu lama, aku terus menekan butang call untuk menghubungi lelaki itu.

"Assalamualaikum, aku Kimi. Adik kau dekat hospital sekarang ni. Datang sekarang dekat location yang aku hantar ni."

"Waalaikumussalam, aku datang 15 minit lagi."

Keluhan dilepaskan apabila lelaki yang bernama Ayden itu akan sampai nanti. Kenapa aku rasa gemuruh? Macam nak jumpa bakal abang ipar?

Tch.

Seorang lelaki berlari ke arahku. Mata coklat milik lelaki itu menatap aku dalam dan wajah lelaki itu hampir sama dengan gadis yang aku selamatkan tadi. Kembar? Mungkin.

"Kimi?" soalnya gelisah. Aku angguk.

"Terima kasih sebab selamatkan adik aku. Ayden." Dia memperkenalkan dirinya denganku.

"Aku nak bagitahu sesuatu." Kening dinaikkan.

"Aku- terlanggar adik kau sewaktu aku nak menyeberang tadi. Bukan, aku hampir terlanggar adik kau."

"Kau tak ada mata ke sampai adik aku hampir kena langgar?" Marahnya.

"Aku minta maaf," ucapku perlahan.

"Adik aku mana?" Bahuku dicengkam.

"Masih dekat dalam."

"Kalau apa-apa jadi dekat adik aku kau siap aku kerjakan nanti." Amarannya keras seraya melepaskan bahuku. Aku sudah pasrah dengan nasibku selepas ini. Lelaki ini nampak garang.

Selalunya orang yang akan dengar cakap aku tapi kenapa aku yang rasa takut sekarang? Adakah kerana gadis itu?

Seorang doktor keluar dari situ. Kami berlari ke arahnya.

"Macam mana dengan adik saya doktor?"

"Adik tuan hanya mengalami kecederaan ringan tapi-"

"Kenapa doktor?" soalku gugup.

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now