Bab 1

121 7 3
                                    

"Assalamualaikum kakak?....." Naira binti Yusuf memanggil kakaknya yang sedang tertidur setelah pulang dari bertugas di Hospital Maria Jane. Nur merupakan seorang doktor pakar bedah di sana.

Nur binti Yusuf yang dikenali sebagai Nur masih tidak lagi berganjak dari posisi tidurnya yang pelik itu. Dimana Nur tidur mengiring mencium dinding biliknya yang bercat purple itu.

"Hmm, Naira jangan kacau kakak. Akak mengantuk lagi." ujar Nur.

"Maaf kak tapi ummi suruh panggil kakak.... Ummi ajak makan malam. Ummi pun ada masakkan makanan kegemaran kakak, sambal hijau ikan keli... Akak bangun lah kak." Naira memujuk si kakak agar segera bangun.

Setelah mendengar pujukan adiknya, Nur bingkas bangun apabila masakan yang ummi mereka masakkan ialah sambal hijau ikan keli.

Nur merupakan anak kedua dari tiga beradik iaitu Muhammad Akasyah bin Yusuf, berumur 26 tahun dan bekerja sebagai orang kanan di Eagle Family Group. Nur, berumur 25 tahun yang bekerja sebagai seorang doktor pakar bedah di Hospital Maria Jane dan Naira, adik mereka yang berumur 21 tahun. Naira kini sedang menyambung pelajarannya di dalam bidang Fizik.

"Ha, turun dah pun anak dara ummi ni. " ujar ummi mereka. Aminah binti Sulaiman itulah syurga tercinta buat ketiga-tiga beradik itu. Ummi ialah seorang bekas pensyarah dalam bidang bahasa Inggeris. Ummi dan ayah mereka telah lama bercerai sejak Akasyah berumur 6 tahun. Hubungan silaturahim mereka masih ada tetapi tidak serapat keluarga lain.

"Maaf ummi tadi kakak penat sangat sampai tertidur pula." Nur membalas dengan menunjukkan senyuman yang menampakkan gusi dan gigi yang tersusun cantik. Fizikal dan personality Nur diambil dari ayah mereka. Tetapi abang dan adiknya lebih banyak mengikuti ummi mereka.

"Nur, kau bila balik rumah mesti tidur. Sesekali tu cubalah jadi produktif sikit. " Soal abangnya.

"Eleh, suka hati aku lah bila nak tidur... Bukannya aku tidur time waktu solat, engkau ni." Nur membalas kepada abangnya.

"Dah lah tu abang, kakak. Pening adik dengar korang berdua gaduh setiap hari macam ni. Dah lah lapar, korang berdua boleh pula buka gelanggang taekwondo dekat sini." rungut Naira.

"Nair, kau tengok abang tu. Macamlah dia seorang sahaja yang boleh tidur kalau balik rumah. Aku pun penat juga. Dia seronok lah boleh ulang-alik. Aku ni? "suara Nur berubah sedih sambil kepalanya dilentokkan ke bahu Naira.

"Sudah tu bergaduhnya. Bila nak makan tu? Sejuk pula nanti lauk tu." Puan Aminah bersuara.

"Baik, ummi. Terima kasih ummi sebab dah masakkan untuk anak-anak ummi. "ujar Nur.

"Sama-sama. Nur nak kena pergi Hospital MJ nanti kan? " soal Puan Aminah.

"ya, sebab hari ni memang Nur on call. Tapi tadi mereka kata Nur boleh masuk lewat sikit dalam pukul 8:30 malam macam tu."ujar Nur kembali.

"Satu lagi, Nur naik dengan abang Kasyh tau. Sebab kereta Nur pergi service petang tadi. Balik tadi tumpang Zulaika."Nur berbicara kepada Akasyah.

"Okay. Makan sekarang."ujar Akasyah.

"Okay, makan kenyang-kenyang. Kasyh, bacakan doa."ujar Puan Aminah.

"Baik ummi. Bismillahhirrahmanirrahim....."

"Nur, pukul berapa balik?"Akasyah menyoal tika mereka dalam perjalanan menuju ke Hospital MJ.

"Jika Allah menghendaki, Nur balik dalam pukul 6:30 pagi esok lepas Subuh. Ada operation pukul 1 pagi nanti."ujar Nur sambil mengemaskan tudung bawal sarung hitam yang dikenakan bersama sebuah baju jersey muslimah dan seluar track.

"Bila Nur dah habis shift nanti, call abang terus. Nanti aku datang ambil. Lepas itu, kau kena ikut aku ambil member sekolah aku dekat Wind airport. "ujar Akasyah.

FATEHOnde histórias criam vida. Descubra agora