Bab 10

27 3 3
                                    

"Hafiz, pesan dekat Izkel yang dia kena ambil seorang lagi anak buah kita untuk jadi bodyguard Nur. Pastikan anak buah kita tu undercover. Make sure he will not be detected by any of the enemies " arah Fateh.

"Baik Tuan. "ucap Hafiz sebelum beredar meninggalkan bilik itu.

"Kasy, kau rasa apa motif Uncle Fariq join Blue Dragon?" soal Fateh yang sedang memandang dunia luar dibalik tingkap besar biliknya itu.

"Entahlah Fateh. Tapi yang aku boleh cakap, duit membutakan hati. Hasad dan dengki menghitamkan hati. Cinta Allah memudar dalam diri. Engkau faham kan maksud aku? " ujar Akasyah sambil bergerak berdiri di sebelah Fateh.

"Faham. Cuma aku tak boleh nak berfikir secara logik akal. Sebab Uncle Fariq sebelum ni baik dengan keluarga aku. "

"Musuh dalam selimut. Orang yang kita anggap baik dan selalu ada untuk kita tak semestinya dia tiada agenda tersendiri. Ingat, hati manusia itu lemah dan mudah berbolak-balik. Seperti peribahasa Melayu pernah mengatakan rambut sama hitam, hati lain-lain." nasihat Akasyah tepat memasuki hati Fateh yang dihurung rasa sedih dan kecewa.

"Terima kasih abang ipar." Fateh berseloroh menutupi hatinya yang sedang gundah-gulana.

"Kau nak luah, luah sahaja dekat aku. Aku abang ipar kau. Aku kawan kau. Kita keluarga Fateh. Kita dah alami susah senang bersama-sama dari alam pakai pampers sehingga kita dewasa. Aku tengok kau, kau tengok aku. Jangan pernah lupa aku, Izkel, Tsaqif dan Hafiz sentiasa dibelakang kau. Kami sahabat dunia dan jika Allah menghendaki, akhirat. " bermadah Akasyah berkata sebelum menepuk bahu Fateh dan beredar untuk memberi ruang kepada Fateh untuk bersendirian.

Setelah Akasyah sudah beberapa langkah jauh daripada bilik Fateh. Dia segera menelefon Hairi untuk menyoal keadaan mereka bertiga.

"Assalamualaikum, Hairi?"

"Waalaikumssalam, Abang Akasyah. Ada apa telefon Hairi ni bang?" soal Hairi agak kebingungan. Kerana Akasyah jarang menelefonnya kecuali Hafiz yang menyuruh.

"Ada apa-apa yang pelik terjadi masa korang semua pergi ke seminar tu tadi?" soal Akasyah tanpa basa-basi.

Melihat Zulaika yang sedang fokus memandu sambil menggunakan headphone, manakala Nur sedang tidur dibuai mimpi akibat keletihan.

"Alhamdulillah, saya free sekarang ni. Tadi kami terserempak dengan seorang doktor yang agak mencurigakan. Sebab tadi dia macam asyik memaksa Nur untuk tunggu lebih lama. Aura dia pun lain macam lah Abang Kasyh. Saya rasa macam pandangan dia pelik dekat Nur tadi." terang Hairi kepada Akasyah.

"Got it. Sekarang korang semua on the way balik kan? Hairi, please protect both of them now. Kau aku tugaskan sebagai pengawal beribadi tetap Nur sehingga Nur berkahwin. "

"Saya menerima arahan Tuan. " dengan nada suara yang sedikit tegas Hairi berikrar untuk melindungi wanita tersebut selaku sahabat baiknya.

"Terima kasih Hairi. Nanti apa-apa kau boleh mintak dekat Hafiz. Engkau rembat je lah duit dia tu. Aku tutup dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumssalam. " ujar Hairi sebelum mematikan panggilan dan menghantar pesanan kepada Hafiz.

"Aku nak superbike Ducati sebijik." setelah berasa puas dengan permintaannya, lalu dihantar kepada Hafiz.

"Kau ingat duit aku tu untuk kau ke? " soal Hafiz.

"Tidak, tetapi yang saya diberitahu daripada Tuan Akasyah yang saya boleh claim duit dari abang saya sendiri ." tawa kecil Hairi apabila Hafiz menyoalnya sebegini.

"Ish, ya. Nanti aku masukkan duit dalam akaun bank kau. Jangan membazir. Selamat adik. Dah jangan kacau. Aku ada misi lagi. "

"Baik, boss. Terima kasih brother. Sayang kau."

FATEHWhere stories live. Discover now