Bab 26

12 4 2
                                    

"Rasakan... padan muka." bisik Nur perlahan apabila melihat Akasyah dicubit oleh ummi.

"Seronok lah tu tengok orang terseksa?" soal Akasyah.

"Abang Kasyh yang mula dulu kan? Nur tak kacau pun." balas Nur kembali dengan wajah yang sangat tidak bersalah.

"Sudah kamu berdua! Ada tetamu pun buat perangai. Maaf ya Mai... macam ni lah selalunya bila merka berdua ada... belum masuk gelanggang lagi yang paling kecik tu. Kalau dah masuk yang tu... haih... bukak gelanggang taekwondo dorang bertiga ni." ujar Puan Aminah kepada Puan Humairah yang agak takjub melihat hubungan Akasyah dan Nur.

"Kami beransur dahulu lah Aminah... dah nak maghrib." ujar Tuan Zulkifli sebelum bangkit dari duduknya.

"Ha, baik, baik. Bawak kereta hati-hati... Mai, jaga kesihatan, jaga diri. Bulan depan anak kau nak kahwin." ujar Puan Aminah.

"Baik, InsyaAllah. Terima kasih kerana menrima kedatangan kami." balas Humairah sebelum melambaikan tangan ke arah keluarga kecil Puan Aminah.

"Fateh pun minta diri dulu ya. Terima kasih ummi sebab terima Fateh." senyuman manis menghiasa wajah tampan Fateh.

"Sama-sama kasih. Kita berdoa semoga Allah SWT permudahkan urusan korang, Aamiin."

"Terima kasih Kasyh." Fateh dan Akasyah berjabat tangan.

"Sama-sama kasih, Tapi kan boss, boleh up gaji tak?" usik Akasyah bersama keningnya terangkat-angkat.

"Boleh, tapi kena overtime dan tiada bonus. Okay tak macam tu?" balas Fateh bersahaja.

"Tak jadi lah." balas Akasyah sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

"Bye kitten... jumpa bulan depan..." ujar Fateh kepada Nur dengan kenyitan mata dihadiahkan sebelum keretanya meluncur laju ke luar rumah Nur.

...

"Aik? Cepatnya kakak nak kena kahwin?" soal Nur kepada puan Aminah.

"Kakak tak ada tadi masa kami semua dah berbincang. Kamu berdua menikah dan kenduri kecil-kecilan sahaja di rumah ummi dan mama. Itu yang Fateh cakap dan Nur pun tak suka bersanding-sanding ni kan? Tak payah lah buat... itu bukan ajaran agama Islam." jrelas Puan Aminah.

"Betul... kakak tak suka bersanding tu... macam bertabaruj pula kakak rasa. Kakak setuju aja... dulu dah bincang dengan ummi dah, jadi kakak rasa apa yang ummi lakukan adalah yang baik untuk kakak." kepala Nur dilentokkan ke bahu Puan Aminah.

"Good girl... dah sekarang Nur naik atas mandi lepas tu kita jemaah solat maghrib dan isya'." arah Puan Aminah yang melangkah ke pintu pagar untuk menutupnya.

"Baik Kapten!" Nur segera memanjat tangga ke biliknya.

...

Tsaqif yang sedang berada di laluan bawah tanah menghembus nafasnya dengan perlahan-lahan. Kini dia sudah berjaya memberkas lokasi James dan Jason di Kero.

"Iz... aku hantar kau lokasi markas. Jangan sampai mereka kesan signal asing dari kau. Matikan sensor komunikasi mereka dalam 15 minit. Aku nak keluar dari kawasan utama ni. Hutan mereka di arah utara." pinta Tsaqif kepada Izkel menggunakan interkom yang berada ditelinganya.

"Got it. Aku bagi kau 10 minit. 15 minit terlalu lama. Starts... now." Izkel yang sedang memerhati pergerakan tentera kawalan Jame dan Jason membuka ruang untuk Tsaqif mencari 'lubang tikus' untuk keluar daripada markas itu.

"You have six minutes more Qif... aku dah slow down aliran komunikasi dan tracking device diorang. Kau pusing lawan arah jam dan bergerak ke timur 200m dan belok ke kiri dan bergerak terus ke arah utara." Izkel memberikan arahan melalui interkom.

"Tamam. Aku off sekarang. Kalau dengan izin Allah, aku keluar tanpa dikesan musuh. Cau..." sambungan komunikasi Tsaqif terputus dan kedudukannya sudah tidak lagi dapat dilihat pada alatan penjejak itu.

"Semoga kau terus hidup Qif..."

FATEHWhere stories live. Discover now