Bab 3

56 5 2
                                    

"Terima kasih Hairi for your encouragement and advices. I really need it. Sebab aku dah set my mood bad from the moment I saw the kid data's. Rasa kesian tu semakin menggunung and clouded my judgement in making decision. Thanks again my brother." ujar Nur dengan berasa lega di hati.

"Jom, kita solat sunat then kita panggil all the doctors and nurse to start the meeting. Lepas tu we set time for the surgery. Okay, Nur? "ujar Hairi seraya bangun dan bergerak menuju ke surau Hospital.

"Alhamdulillah, pembedahan tamat jam 5:15 pagi . " seorang doktor pakar bius mengumumkan penamatan pembedahan.

"Alhamdulillah, semoga adik Rizkin akan terus sihat seperti sedia kala."ujar Sofy.

"Doktor Nur, awak boleh pergi berehat. Biar kami yang uruskan pemindahan pesakit dan kemas bilik ni. Tahniah Doktor. Terima kasih kerana tidak berputus asa."Sofy memberikan sebuah senyuman kepada Nur ,

"saya pergi bilik saya dulu ya. Nanti apa-apa call saya ya. Sofy kalau telefon saya tak on, awak faham kan?"Nur mula menapak keluar daripada bilik pembedahan dengan sebuah langkah yang menggembirakan.

"Ya Allah, mana Nur ni? Aku suruh call tak call. Ni dah dekat 10 minit tunggu. Karang si kepala batu tu bising sebab ambil lambat pula."ujar Akasyah yang sedang menunggu di ruang menunggu bahagian kecemasan.

"Maaf, Encik ni abang Doktor Nur ke?"Sofy yang berada di kaunter kecemasan menegur Akasyah kerana sejak mula diperhatikan Akasyah, gayanya dan wajah saling tidak tumpah daripada Doktor Nur mereka.

"Ya, saya tunggu adik saya. Mana dia?" soal Akasyah.

"Doktor Nur dia tidur selepas membuat pembedahan. Jadi kami biarkan sahaja dia berehat. Kalau Encik nak jumpa doktor, dia ada dekat dalam bilik dia. Encik nak saya tunjukkan ke? "ujar Sofy

"Tak perlu, saya tahu bilik dia dimana.Terima kasih kerana membantu." tidak tunggu lama . Akasyah terus melangkah laju ke bilik Nur. Melihat Nur masih pulas tidur di sofa biliknya, Akasyah mencempung tubuh badan Nur dan terus menuju ke Wind Airport.

Waktu menunjukkan jam 7:30 pagi. Kelibat manusia yang dinanti tidak muncul-mucul lagi. Hampir sahaja Akasyah ingin pergi dari tempat itu untuk pulang jika manusia itu lewat beberapa minit lagi.Akhirnya penantiannya berakhir apabila susuk tubuh yang dikenalinya melangkah ke arah keretanya.

"Ya Allah, apa kau buat lama sangat dalam airport tu Muhammad Al-Fateh Bin Muhammad Zulkifli. Nak berjanggut aku tunggu kau tahu tak. " Akasyah membebel.

"Sorry, sorry. Tadi luggage aku tertukar dengan orang lain punya."terang Fateh

"Engkau datang seorang sahaja ka?" soal Fateh

"tak, adik aku yang nombor satu tu ada dekat seat belakang kereta. Lama betul dia tidur. Penat agaknya sebab dia baru lepas buat pembedahan awal pagi tadi."terang Akasyah.

"Adik? Naira ke?" soal Fateh

"Tak, ini yang pertama, atas Naira. Kau tak pernah jumpa dia lagi. Masa aunty Humairah bawak kau datang pun kau tak pernah jumpa dia. Sebab dia tinggal dengan atuk dan nenek aku dulu masa parents aku baru bercerai." terang Akasyah sambil meletakkan barangan Fateh ke dalam bonet .

Apabila Fateh masuk ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu, dia memandang sekilas di belakang dan hanya dapat melihat sekujur tubuh yang baring mengiring bersama jubah putih doktor.

FATEHWhere stories live. Discover now