1 | 𝓗𝓮𝓻 𝓑𝓪𝓻𝓻𝓮𝓷 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 💄

511 13 3
                                    


TUBUH remaja lelaki itu berpeluh walaupun dirinya terdedah dengan suhu aircond sejuk yang dipasang. Skrin iPhonenya dipandang lama. Gelisah. Galeri kembali dibuka. Gambar wanita yang jelita itu menjadi renungannya. Halkum lelaki itu bergerak turun naik menahan kegugupan.

Adakah dia akan berjaya?

'Ya. Aku mesti cuba! Dengan cara ini saja aku boleh hidup senang walaupun Daddy tak pernah pedulikan aku dari jauh sana.' tekad dia sambil bermonolog sendirian.

"Harriesh Aqra?"

Harriesh terus mendongak apabila namanya diseru oleh seorang wanita yang lengkap berpakaian suit pejabatnya. Sempat mata Harriesh memerhatikan betapa licin dan putihnya betis wanita itu. Terus kepalanya laju menggeleng. Apa yang kau fikir ni Harriesh?!

"Your name... is Harriesh Aqra?" wanita itu memandang iPad sebelum matanya kembali memandang Harriesh.

Harriesh terus berdiri tegak. Dia mengangguk dengan gugup.

Wanita itu pula memandang Harriesh atas bawah dengan penuh kecurigaan. Pakai hoodie hitam dan berseluar slack ketat. Rambut pula ala-ala Korea. Muka pula boleh tahan ada rupa. Comel! Bibir pula merah. Wanita itu sempat memuji Harriesh dalam hati.

"Can I see her now? I've already make appointment last week." pinta Harriesh cuba menghilangkan rasa gugupnya. Dia masih menunduk. Herschel Heritage Backpack nya digalas dengan kemas di sebelah bahu.

"Maybe yes or maybe not..." gumam wanita itu licik.

"W...What?" Harriesh terus dongak dan menyoal lagi kerana dia agak kurang dengar.

"Follow me." Amanda tidak menjawab sebaliknya dia menyuruh Harriesh supaya mengekorinya dari belakang.

Harriesh meneguk ludahnya. Kenapa aura perempuan berusia ni lain maciam ek?







SELENAA memandang dirinya di pantulan cermin compact powder buat beberapa kali dengan riak tidak puas hati. Dia perlu touch up lipstik lebih sedikit agar nampak kelihatan menonjol untuk mata-mata yang memandang. Selenaa mengemam bibirnya dan tersenyum puas. I'm so damn gorgeous!

Pintu kaca officenya diketuk perlahan dari luar. Selenaa memanjangkan lehernya.

"Come in." arahnya profesional. Amanda mengangguk. Tangannya kuat menarik pintu kaca office sebelum memberi isyarat kepada Harriesh supaya masuk ke dalam.

Harriesh menurut. Dengan rasa takut, dia berjalan masuk. Saat itu matanya bertembung dengan Selenaa buat pertama kali. Harriesh memandang wanita itu lama. Dalam hati dia kagum dengan kecantikan yang dimiliki wanita berusia 30-an itu. Selenaa kelihatan lebih jelita dan menawan bila berjumpa secara depan.

Pandangan Harriesh beralih kepada Amanda yang kembali menutup pintu kaca office. Wanita itu tersenyum makna padanya sebelum menunduk hormat depan Selenaa dan pergi.

"Sit down, pretty boy." pelawa Selenaa mesra.

Harriesh kembali menoleh memandang wanita di depannya. Wajah lelaki itu merona merah.

"T...Thank you..." gugupnya membalas. Dia pun perlahan duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan meja kerja wanita itu.

Selenaa tersenyum aneh melihat diri Harriesh yang seperti ketakutan bercampur malu itu. Matanya memandang kertas maklumat peribadi Harriesh dan remaja lelaki itu silih berganti. Senyuman makna terbit di bibirnya.

"Jadi... Berapa banyak yang kamu nak dari saya?" Selenaa memulakan perbicaraan.

Harriesh semakin dalam menunduk sambil mengangkat kedua-dua tangan. Satu-persatu jarinya diturunkan mengikut bilangan yang dikira. Remaja lelaki itu kembali dongak. Senyuman comelnya ditayang.

𝐇𝐒 | 𝐇𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃Where stories live. Discover now