2 | 𝓗𝓮𝓻 𝓑𝓪𝓻𝓻𝓮𝓷 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 💄

454 14 1
                                    

HARRIESH duduk di salah satu sudut kafeteria yang sepi. Tubuhnya gemetar dengan matanya yang penuh dengan air mata. Dia berusaha keras untuk menahan suara isak tangisnya, tetapi air mata terus saja mengalir tak henti-henti. Sinar-sinar lampu kafeteria yang redup membuat wajahnya terlihat pucat dan terasa tersembunyi dari pandangan orang lain.

"Perempuan nak ke dengan lelaki yang lembik macam dia ni?"

"Memang taklah! HAHAHA!!!"

Tangan Harriesh mengepal erat bila kata-kata mereka bermain dalam fikirannya. Bibirnya bergetar saat dia cuba untuk mengendalikan emosinya. Suara-suara orang yang bercakap-cakap di sekitarnya terdengar samar-samar, seolah-olah dia terperangkap dalam dunianya sendiri yang penuh dengan kesedihan dan penderitaan. 

Meskipun dia berada di tengah keramaian, dia merasa sangat sendirian dalam kepedihan yang dia sedang alami. Ada juga beberapa pelajar memperhatikannya dengan reaksi berbeza. Akan tetapi banyak yang memilih untuk tidak melihat atau berpura-pura tidak melihat Harriesh. 

Seorang pensyarah perempuan yang ramah mendekatinya dengan senyuman hangat di wajahnya. Mula-mula niatnya ingin membiarkan saja Harriesh. Tapi bila dia melihat remaja itu menangis, hati wanita itu jadi tidak senang bila membiarkan Harriesh bersendirian. Terus saja wanita itu mengambil tempat duduk di depan Harriesh.

"You drink milk? Oh my... It's getting warm!" tegurnya dengan riak sedih.

Harriesh terus mengangkat wajahnya. 

"M... Miss Dahlia?" Dia agak terkedu menerima kehadiran pensyarah itu. 

Dahlia memasang senyuman tegas dan lembut. Wanita itu menopang dagunya.

"Budak-budak tu buli kamu lagi kan?" duganya.

Harriesh menggeleng. Alisnya bercantum. 

"Diorang tak buli saya pun..." dalihnya terpaksa.

"Tipu! Habis tu... Kenapa kamu menangis? Haritu kamu baru je berjanji dengan saya yang kamu akan sentiasa tabah dan kuat dekat bilik kaunseling. Ingat lagi tak?" 

Harriesh menunduk sedih. Kata-kata Dahlia mengingatkan Harriesh saat kali pertama dia bertemu dengan wanita itu. Dahlia bukanlah pensyarahnya. Wanita itu adalah seorang pensyarah dan juga Doktor Psikologi di Universiti ini. 

"Kalau keadaan jadi bertambah teruk, saya akan ambil tindakan dengan segera. Okay?" 

Harriesh hanya mengangguk. Perlahan senyuman kecilnya terbit buat wanita itu. Dahlia membalas senyumannya. Wanita itu langsung saja berdiri lalu mengusap-gusap lembut kepala Harriesh.

"Buat masa sekarang, kamu hadir je ikut appointment yang saya telah tetapkan." ujar Dahlia berserta dengan matanya yang tersenyum ceria.

Harriesh mengangguk lagi. 

"Thank you for always be there when I needed it, Miss Dahlia..." Dia membalas dengan senyuman dan menjawab dengan penuh hormat, merasa yang pertemuan singkat ini adalah pengalaman yang menyenangkan dan menghangatkan hati.

Dahlia tertawa kecil. 

"Most welcme, cutie boy!" Dahlia mencuit singkat hidung Harriesh. Dia lalu beredar dari kafeteria. Meninggalkan Harriesh yang masih menampilkan senyuman kecil dan hangatnya.

'Takdelah teruk sangat jadi mandul ni. Ramai je orang caring dengan aku. Tapi cuma orang-orang dewasa. Diorang sangat memahami masalah aku.' bisik hati Harriesh.





HARRIESH kembali ke rumah mewahnya. Mata Harriesh terbuka lebar karena keindahan dan kemewahan di sekeliling. Tipulah kalau dia tak berasa takjub melihat segala sesuatu yang mengelilinginya. Bermula dari aksesori dan rekaan rumah hingga perabotan dan ornamen yang mewah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐒 | 𝐇𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃Where stories live. Discover now