002

48 13 22
                                    

"Kalau aku mati nanti, aku akan hantui kau Kim Sunwoo!"

Panjang nafas dihembus daripada mulut. Ayat yang pernah diucapkan Areum sehari sebelum dia membunuh diri kini menghantui hidup Sunwoo

Segala fokus mula terganggu. Mungkin sumpahan Areum sudah menjadi nyata. Ataupun ianya cuma perasaan serba salah kerana memperlakukan Areum hingga gadis tidak bersalah itu membuat keputusan untuk membunuh diri

Sekarang sudah tepat jam 2 pagi. Sunwoo masih tidak boleh mengatupkan mata mahupun terbuai dalam lena. Hampir 3 hari selepas kejadian dia jadi begini. Tidak boleh tidur. Diselubungi dengan rasa menyesal

Kalau masa boleh diputarkan, sudah tentu dia akan pergi memohon kemaafan pada Areum sementara sempat. Tapi tidak. Masa tidak boleh diputarkan semula

"Haish..." Selimut yang menutup tubuh ditendang lalu bangkit daripada katil. Mengatur langkah untuk keluar daripada bilik

Memandangkan matanya tidak boleh tertutup, perut secara tiba tiba mogok lapar. Lebih baik dia ke dapur. Mengisi perut dengan apa yang ada. Mungkin selepas itu dia boleh terlena

Sunwoo berjalan keluar bilik. Ruang tamu sudah gelap gelita. Langsung tiada sumber cahaya

Mula terasa teragak agak melihat kawasan gelap itu. Liur ditelan kesat

Sudah memang kelemahan Sunwoo. Jejaka itu mudah takut. Terdengar suatu bunyi ketika atmosfera sedang sunyi pun Sunwoo boleh terkejut bagai ternampak hantu

"Aduh kenapa eomma tutup semua lampu ni..." Rungutnya sendiri persis kanak kanak kecil yang mahu menangis

Hampir sahaja dia membatalkan niat untuk ke dapur dek suasana sunyi dan gelap itu. Namun perutnya tidak habis habis membuat bunyi meminta untuk diisi. Mahu tak mahu, dia perlu redah juga kawasan gelap itu

Sunwoo menutup matanya menggunakan tangan. Berjalan perlahan lahan sambil sebelah tangan lagi menggapai di udara mencari dinding. Entah kenapa suis lampu terasa jauh ketika ini

Setelah sampai di sebelah tangga, Sunwoo sekali lagi menggapai tiang tempat suis lampu terletak

Plak!

Seluruh ruang mula diterangi cahaya. Sunwoo menghembus nafas lega. Tangan yang menutup mata dijatuhkan

Ringan sahaja langkahnya menuju ke dapur. Suis dapur pula dibuka

"Ramyeon~" Sebutnya dengan nada berlagu sambil membuka kabinet lalu mencapai sepaket ramen. Air dididihkan di dalam periuk memasukkan perencah ke dalam sebelum mi keringnya

Lantas ketika itu, telinga Sunwoo menangkap suatu bunyi di belakangnya. Automatik Sunwoo berdiri tegang. Bulu roma naik 90 darjah. Jantung juga berdetak pantas

Sunwoo terdiam sejenak. Beberapa saat kemudian, terasa sesuatu berada di kaki buatkan dia terjerit lantang

"WAARGHHHH!"

"meow"

Berombak dada Sunwoo mencari nafas. Dirinya sudah tersandar pada kabinet dapur. Geram sahaja matanya memandang binatang berbulu putih yang sedang mengiaw sambil bergesel di kakinya

"Heish kau ni! Aku sembelih buat ramyeon karang baru tahu!" Marahnya masih tercungap kerana terkejut. Tanpa sedar tangannya sedang menggenggam kuat chopstick besi yang dibuat untuk menggaul ramen tadi

"Sunwoo?"

"WARGHH!" Sekali lagi Sunwoo terjerit. Terkejut dengan sapaan suara wanita secara tiba tiba di pintu dapur

Puan Kim menggeleng kepala melihat kelakuan Sunwoo. Sudah faham sangat drngan anak terunanya yang ini. Mudah sangat terkejut

Eo... eomma..."

"Pagi pagi buta masak ramyeon? Esok nak sekolah kan?" Puan Kim mula membuka topik bebelan

"Sunwoo lapar. Tak boleh tidur"

"Hm... Sebelum tidur, pastikan basuh segala benda yang dah guna tu. Faham?"

"Faham eomma" Akur Sunwoo. Tidak menunggu lama, Puan Kim kembali mendaki tangga untuk ke bilik. Punca dia turun ke bawah kerana tersedar daripada tidur dek jeritan jantan Sunwoo

"Fuh..." Keluhnya lega. Pandangan kini teralih pada si kucing tadi yang sedang menjilat bulu

"Kau, jangan nak ke mana mana. Teman aku makan. Tau?" Katanya sambil mrngangkat tubuh Olaf

"Aigoo makin beratlah kau ni"

Sunwoo kembali dengan agenda utama

Langsung tidak sedar ada sepasang mata sedang mengintai dari sebalik dinding yang agak jauh. Sedari tadi memerhatikan Sunwoo sambil tersenyum lebar hingga timbul tulang pipi. Matanya terbeliak dan kemerahan bagaikan sudah lama memerhati gerak geri Sunwoo tanpa berkelip. Cuma kepala sahaja yang menjengah. Rambut terurai ke bawah. Wajah pucat lesi dan bibir membiru

Mengerikan. Bagaikan sedang menanti Sunwoo untuk menoleh kearahnya tika ini. Namun sudah semestinya tidak

"Jangan pergi mana mana tau Olaf. Nanti aku belanja kau wet food. Teman aku dekat dapur"

"Meow"

▲▲▲

rasa mau letak jumpscare dlm story nitpi nnti diri sendiri yg tkleh tido 🙂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

rasa mau letak jumpscare dlm story ni
tpi nnti diri sendiri yg tkleh tido 🙂

𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now