009

27 6 0
                                    

"Kau tahu tak kisah loker A34?"

Beberapa kepala yang sedari tadi sedang terlentok di atas meja, serta merta terangkat menghadap ke arah Eric. Segar bugar mata mereka. Sanggup mengubah posisi kerusi supaya menghadap Eric beramai ramai

Berbeza dengan Sunwoo. Kepala jejaka itu masih terlentok di atas meja. Langsung tidak menunjukkan minat. Pandangan masih tertacap ke arah Eric yang sedang bercakap dengannya

"Kenapa?" Soal Sunwoo dengan sebelah kening dijungkit sekilas

"Loker tu berhantu"

"Loker yang orang tak pakai tu?" Soal Sunwoo lagi. Eric mengangguk

Tubuh Sunwoo seraya menegak. Tiba tiba sahaja berminat hendak mendengar kisah loker itu daripada Eric

"Loker tu dulu, ada sorang perempuan ni yang guna. Ini apa yang aku dengar daripada senior ah. Banyak story dari loker tu. Tapi aku bagitau yang paling famous. Pemilik loker tu dulu, perempuan. Dia terpaling cantik sekali dekat sekolah sampai kalah semua perempuan dekat dalam sekolah ni masa tu. Tapi dia jenis pendiam, pemalu dan humble. Dia tu dulu selalu kena puji dengan ssaem sebab dia rajin dan pandai"

"Dah kalau cantik, mestilah ramai lelaki aim dia, kan? Ramai yang confess dekat dia. Tapi semudah kupas kulit kacang pistachio je dia reject. Sebabkan tu, ramai lelaki bengang"

"One day, sekolah ni masa tu ada event sukan. Semua orang kena pergi padang dan dilarang pergi bangunan sekolah. Kiranya masa tu sekolah kosong. Perempuan tu tak silap dia kena umpan dengan sorang lelaki ni. Katanya ssaem suruh dia ambik barang dekat office ssaem. Tapi tak. Sebenarnya ada satu grup lelaki ni saja umpan dia"

"Bila dia masuk dalam kawasan sekolah, grup lelaki tu tarik dia pergi bilik persalinan. Mulut dengan tangan kena ikat dengan baju. 7 orang budak laki, rogol dia. Gilir gilir sebab bengang budak perempuan tu reject diorang" Serentak mata mata yang mendengar terbeliak. Begitu juga dengan Sunwoo

"Lepas tu?" Soal Sunwoo ingin tahu

"Lepas diorang dah lepaskan nafsu setan masing masing, diorang kurung budak perempuan tu dalam loker A34. Loker perempuan tu guna. Dia hidup lagi masa tu. Dia sempat tulis semua benda yang jadi dekat dinding loker tu. Berapa orang, apa yang yang diorang buat dekat dia. Dia cerita detail. Sekolah kita, lepas sukan mesti akan cuti seminggu. Dia mati dalam loker tu sebab lemas" Eric menyambung. Terangguk angguk pendengar Eric memahami kisah itu. Sunwoo pula sudah mendiamkan diri. Kejung tubuhnya mendengar kisah tragis itu

"Tapi loker tu ada lagi, kan?"

"Ada. Pihak sekolah dah cuba macam macam cara nak hapuskan loker tu. Dah alih dalam stor, tapi dia muncul balik dekat tempat sama. Dah cat balik nak tutup tulisan perempuan tu, tapi tulisan tu timbul. Dah hancurkan, dah bakar. Tapi esoknya dia muncul balik dekat tempat sama. Akhirnya, sekolah biarkan je. Cuma tak benarkan sesiapa guna loker tu" Eric menyambung panjang

"Loker tu still berhantu sampai sekarang. Tulisan tu masih ada. Cuma takde siapa berani bukak. Ada la aku dengar dari senior, kalau malam malam, lalu dekat lorong loker A34 tu kau akan dengar suara perempuan menangis mintak tolong. Tak pun bunyi macam orang ketuk ketuk loker dari dalam macam cuba nak bukak" Automatik bulu roma berdiri tegak. Mula terasa seram sejuk yang amat. Berkerut wajah Sunwoo memandang Eric

Nasib baik loker Sunwoo tak berada di lorong yang sama dengan lorong loker tersebut. Tapi apa pun, dia masih rasa terkesan

Dalam kepala sudah mula berfikir kalau dia hendak ponteng kelas tambahan malam ini atau tidak

𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now