005

36 11 35
                                    

"Eomma dengan appa tak ada tau minggu ni"

Sunwoo sekadar mengangguk. Duduk di hujung katil hospital bersedia untuk pulang ke rumah

Hampir 48 jam dia di dalam wad itu kerana demam. Doktor telah masukkan air ke dalam tubuh Sunwoo. Kini tubuhnya terasa segar dan sembuh daripada demam

"Macam biasa, Sunwoo nak duduk dekat rumah Younghoon hyung" Puan Kim mengangguk

"Eomma dah pack baju Sunwoo. Balik ni, appa terus hantar Sunwoo pergi rumah Younghoon" Tuan Kim menambah

Setiap kali kedua pasangan itu tidak berada di rumah beberapa hari, Sunwoo akan meminta untuk tinggal di rumah si abang buat sementara waktu. Tak mahu tinggal di dalam rumah itu seorang diri. Lebih lebih lagi dengan kejadian yang sedang menghantuinya kini

"Dan, dua tiga harini Sunwoo tak payahlah pergi sekolah. Rehat je dekat rumah" Sekali lagi Sunwoo mengangguk

"Dah. Jom balik" Ajak Puan Kim. Sunwoo meloncat turun daripada katil, seraya itu lengan Sunwoo dipeluk Puan Kim

"Kiranya, plan nak pergi disneyland tu tak jadilah ya ?" Sunwoo bersuara

Sepasangan suami isteri itu terus terdiam. Mata membulat memandang satu sama lain. Sejujurnya, mereka terlupa tentang rancangan itu

Sunwoo senyum segaris

"Tak apa. Lain kali boleh pergi"

"Eomma minta maaf tau Sunwoo? Nanti eomma appa cari cuti, kita spend time sama sama" Sunwoo mengangguk dengan senyuman palat

Ayat sama yang diulang setiap kali perkara ini berlaku. Sudah biasa. Bahkan, Sunwoo sudah kebal

"Duit belanja nanti appa transfer. Nak apa apa cakap"

"Okay..."

▼▼▼

Sunwoo's pov

Semenjak beberapa hari aku dekat rumah Younghoon, aku dah tak kena kacau. Aku tak pasti sama ada Areum dah give up atau dia tak tahu keberadaan aku dekat mana

Sumpah aku harap sangat dia terus sesat cari aku dan tak jumpa jumpa langsung. Cukuplah dia kacau aku seteruk haritu sampai aku kena pergi hospital

Ni kalau kawan kawan aku tahu aku masuk hospital sebab demam kena sergah dengan hantu, mesti diorang ketawakan aku

Disebabkan sudah 3 hari aku terperuk di dalam rumah Younghoon, dan dia tak habis habis mintak aku buat kerja macam macam, aku putuskan untuk pergi ke sekolah hari ini

Bosan. Pastu aku malas nak layan si tiang lampu tu

Masuk sahaja ke dalam pagar sekolah, nama aku dijerit daripada jauh

Laju aku mengangkat wajah memandang si pemilik suara. Haechan

"Woy bapak awal kau datang hari ni?" Tegurnya. Aku sekadar mencebik

"Suka hati akulah nak datang awal ke lambat" Jawab aku selamba

Kan aku dah cakap aku dah taknak buli orang? Ya. Aku nak berubah jadi yang lebih baik. Mula mula, aku kena ubah attitude aku dulu. Kena jadi lebih disiplin dan amanah. Sekolah kenalah datang awal. Homework ssaem pun aku siapkan untuk 3 hari yang aku tak datang

Sudah semestinya aku tak tanya kawan kawan aku. Diorang bukannya peduli. Aku tanya budak nerd dalam kelas tu, Eric

"Lama tak dengar cerita kau. Kau memang suka ponteng tak ajak kitorang eh?"

"Aku sakit. Bukan ponteng"

"Kau tahu tak apa jadi dekat Bomin?" Soalan itu menarik minat aku. Pantas aku menoleh kearahnya

"Bomin? Kenapa?"

"Dia kemalangan. Jatuh gaung. Nasib baik hidup lagi. Sekarang dia dekat hospital. Meracau macam orang gila cakap benda bukan bukan. Parents dia tak bagi sesiapa lawat dia sebab Bomin ada cakap yang masa dia kemalangan tu, ada orang tolak dia sebab dendam" Bulu roma terus berdiri tegak bila mendengar cerita itu

Haechan tergelak

"Bomin tu dah gila ke? Dia naik motor, takkanlah ada orang nak tolak dia? Tch tch tch..."

"Lagi sorang. Jaemin. Dia pun sama dah gila. Kena sampuk agaknya. Cakap yang hantu Areum tengok dia masa tidur. Semalam dia tak datang. Pastu aku pergilah rumah dia. Eomma Jaemin cakap, dia histeria sampai muntah darah. Kena santau dengan siapa tak tahu. HAHAHAHA!"

"Kau... gelak?" Soal aku dengan kening sedikit berkerut. Dia langsung tak takut apa apa jadi ke? Aku yang dengar pun dah meremang. Teringat semula amaran yang Areum kata dalam mimpi

Dia nak bunuh aku. Tapi lepas kawan kawan aku

Haechan tepuk bahu aku

"Mestilah gelak! Semua benda tu jadi masa kau tak ada. Eh entah entah kau pun sama kena?" Pantas aku menggeleng. Menipu

"Kau? Tak kena apa apa?" Haechan mencebik lalu menggeleng

"Aku kuat. Bukan macam diorang. Lemah. Adalah jugak aku nampak bayang bayang Areum. Aku harap dia muncul depan aku. Boleh aku kasi dia penampar sekali. Biar dia nangis. Ada hati nak kacau aku" Aku hanya diam. Langsung tak terima dengan kenyataan Haechan

Cakap besar, aku takut dia kena paling teruk nanti

"Eh tengahari ni, kacau junior perempuan kat bilik persalinan jom? Tinggal kita dua je" Kening Haechan terangkat beberapa kali. Aku menggeleng

"Taknak. Malas aku"

"Eh kau ni Sunwoo, kenapa aku perasan macam kau tiba tiba berubah ek? Kalau tidak, kaulah yang paling bersemangat nak buat. Kau kenapa? Kena sampuk dengan Areum jugak ke?" Aku berdecit. Abaikan Haechan. Langkah diatur meninggalkan dia

Namun Haechan mengejar langkah aku

"Eh jawablah aku tanya!" Bahu aku direntapnya kasar

Terus wajah aku berkerut seribu. Kolar baju Haechan aku genggam. Menolak dia jauh ke belakang sebelum tolak dia dengan lebih kuat hingga Haechan terjatuh ke tanah

Panjang nafas ditarik. Cuba tenangkan diri. Kemudian, aku pandang ke kiri dan kanan. Pastikan tiada sesiapa di situ sebelum toleh kearah Haechan semula

"Areum mati, sebabkan kita! Aku dah taknak buat kerja kerja kotor lagi dah. Aku taknak ada orang bunuh diri sebabkan kita. Aku berhenti buli orang" Haechan pandang aku

Wajahnya perlahan lahan berubah. Tawa terhambur lantang sampai dia terbaring diatas tanah

"BWAHAHAHAHAHA!!! Kau... Kau nak jadi baik? WEH Kelakar siot!!!!" Malas nak layan dia, aku terus tinggalkan Haechan disitu

"Tak payah beranganlah Sunwoo~ Kau baik sekejap je. Lepas tu nanti kau jadi jahat balik. Kau tengoklah~"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now