012

12 3 0
                                    

'Kau buat apa dengan Haechan, Ahn Areum?'

Bibir pucat tidak bermaya itu diketap seraya memandang ke bawah. Kaki menguis lantai tanda sedang gemuruh. Manakala di hadapannya, ada Kim Sunwoo sedang berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Mendominasikan ketinggiannya pada Areum. Wajah ditayang serius. Tindakan Areum kali ini sedikit melampau dan nyaris meragut nyawa manusia

Buat pertama kalinya, Sunwoo mengaburkan rasa takut terhadap Areum

"Tengkorak dia dah retak. Darah keluar tak henti henti. Sepatutnya Haechan dah kena pergi hospital. Tapi kau sorok dia dalam loker. Tak cukup tu, dalam loker tu tak cukup salur lubang untuk oksigen masuk, kau sumbat pulak mulut dia dengan kain. Sekarang dia dalam keadaan kritikal. Nak jadi pembunuh dah sekarang? Hm? Dah berani bunuh orang?"

"Tak..." Jawab Areum singkat

"Ya, aku tahu kau berdendam. Tapi cara ni salah. Walaupun aku sebenarnya support-- tapi tetap salah. Kau faham, kan?" Sunwoo menyambung. Areum mengangguk

Sunwoo memang lemah bab bab keganasan yang mengakibatkan cedera paras. Semasa dia menjadi pembuli lagi, dia memang membantah bila kawan kawannya hendak membuli secara teruk teruk hingga mangsa perlu dimasukkan ke dalam hospital

"Tapi aku memang nak dia mati pun" Areum bersuara telah sekian lama mendiamkan diri

"Dia punca hidup aku sengsara selama ni"

"Tapi kau yang bunuh diri" Sunwoo memintas

"Dia yang mengandungkan aku!" Suara Areum lantang buat Sunwoo terdiam. Areum sudah naik hantu

"Kalau bukan sebab dia, aku takkan terfikir nak buat macam nilah! Apa kata family aku kalau diorang tahu?! Malu kau tahu tak? Malu! Kau tu lelaki! Silap sebesar mana pun, orang takkan layan! Tapi perempuan yang selalu kena tindas walaupun aku mangsa keadaan!" Habur Areum satu persatu buatkan rasa serba salah Sunwoo makin membuak buak

"O-okay... Okay sabar. Aku minta maaf. Kau betul" Areum menangis. Terjurai air mata sambil teresak esak

Sunwoo tergaru kepala. Buntu tidak tahu hendak buat apa

"U-um... Okay, kita balas dendam. Aku tolong kau" Sunwoo duduk bercangkung di hadapan Areum yang sedabg duduk di atas kerusi

"Tapi, legally. Bukan dengan cara macam ni. Kita kumpul bukti, dan biar polis yang tentukan hukuman yang sepatutnya untuk diorang. Tapi dalam masa yang sama, kalau kau nak... balas dendam dekat diorang, teruskanlah. Usik mental diorang. Tapi jangan libatkan nyawa. Boleh?" Pujuk Sunwoo. Esakan Areum perlahan lahan pudar. Perlahan Areum mengangguk setuju buatkan Sunwoo senyum sekilas

" Oit Sunwoo! "

Suara seseorang menghentikan perbualan mereka. Terlihat Eric sedang bercekak pinggang di dewan

"Kau buat apa dekat auditorium ni lama lama? Tahu kan tempat ni keras? Tak takut ke?"

"H-hah? O-oh aku... aku tengah cari pen aku. Jatuh minggu lepas dekat sini. Dahlah itu je pen yang aku ada" Nyaris akal masih panjang. Laju sahaja Sunwoo mencari alasan alang alang sudah bercangkung di sini. Tangan tergapai buat buat mencari pen yang hilang. Areum sudah tiada di kerusi itu. Gadis itu sudahpun berdiri rapat di sebelah Eric. Sesekali meniup lembut di telinga Eric buatkan lelaki itu menggaru telinga sendiri

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now