004

38 14 21
                                    

"Run away, far away, Kim Sunwoo"

Bisikan itu buat mata Sunwoo tercelik. Tubuhnya bagaikan rasa digam di atas katil. Langsung tidak boleh bergerak walau seinci

Mulut terasa dikunci. Hanya mata sahaja yang mampu digerakkan Sunwoo tika ini

Dan pada ketika itu, anak mata Sunwoo teralih ke tepi. Melihat figura seseorang sedang keluar daripada kegelapan. Bilik itu tidak bercahaya. Namun jelas di mata Sunwoo kini, susuk seorang perempuan memakai lengkap baju uniform sekolah. kulit pucat lesi. Dan bekas luka torehan pada lengan yang sudah berulat dan membusuk

Tersenyum lebar hingga mulut terlopong. Mata merahnya terbeliak memandang Sunwoo. Cairan darah keluar daripada mata dan mulut si gadis itu

Semakin lama, semakin mendekati katil Sunwoo. Sunwoo pula, sudah meronta ronta untuk bangkit daripada katil. Turun naik dadanya mengambil nafas. Cuba mengatupkan mata kerana teramat takut

Namun kelopak mata Sunwoo bagaikan derhaka pada tuan sendiri. Tak boleh ditutup. Memaksanya agar terus membuka mata melihat hantu Areum yang membawa dendam itu

Areum berhenti di hujung katil Sunwoo. Tangan sedang menggenggam erat sebilah pisau. Menyeringai sambil mata terbeliak memandang Sunwoo yang sedang ketakutan hingga keluar air mata jantan

Pisau itu diangkat tinggi

"Mmphhh!!!" Ronta Sunwoo. Mulutnya bagaikan digam. Kerongkong menyekat suaranya daripada terkeluar

Habis bergema suara Areum mengilai. Suka melihat keadaan Sunwoo kini

"Menyesal? Menyesal sekarang?" Suara Areum bercampur dengan suara garau. Wajah didekatkan kearah Sunwoo dengan senyuman yang paling mengerikan

Setitis demi setitis darah terjatuh keatas wajah Sunwoo. Bercampur dengan bau bangkai yang kurang menyenangkan, buatkan Sunwoo terasa mahu muntah

"Aku akan bunuh kau..." Bisik Areum dengan penuh dendam. Menggenggam erat pisau di tangan. Bagaikan tidak sabar untuk menikam tubuh di atas katil itu

"Lepas aku bunuh kawan kawan kau yang sentuh aku" Sambung Areum sebelum perlahan lahan menjauhkan wajah daripada Sunwoo

Lalu secara tiba tiba, pintu almari baju Sunwoo terbuka. Jatuh beberapa manusia daripada almari itu

Areum bingkas menarik rambut salah seorang daripada mereka lalu ditayangkan tepat pada Sunwoo

Bomin

Pisau diletakkan pada leher Bomin lantas ditekan dalam. Makin didekatkan kepala Bomin dengan Sunwoo sebelum Areum mengelar leher lelaki itu

PSSSKK!

"ARRGHH!"

Sunwoo terduduk daripada pembaringan. Keringat dingin membasahi tubuhnya walaupun bilik itu sejuk. Turun naik dada mencari nafas sambil memandang kiri dan kanan biliknya

Kosong. Hanya dia sahaja dan bilik itu tidak lagi gelap seperti tadi memandangkan cahaya matahari terpancar ke dalam

Jantungnya berdebar bagaikan mahu pecah kerana terlalu takut. Wajah diraup kasar. Kepala yang terasa berdenyut makin terasa sakit

Perlahan lahan Sunwoo bangkit daripada katil. Berjalan tidak stabil menuju ke tandas

Buka sahaja pintu tandas, matanya tertacap pada cermin di dalam. Suatu tulisan merah dengan imbasan seseorang yang mengerikan muncul pada cermin itu

' It's not a dream '

Tulisnya tulisan berdarah dengan imbasan hantu Areum. Mata Sunwoo terbeliak luas perlahan mengundur ke belakang dengan tubuh menggeletar

Tatkala mata Areum di dalam imbasan cermin itu bergerak memandangnya, Sunwoo terus longlai

Rasa terkejut yang amat sangat buatkan dia pengsan. Kerongkong bagaikan diseka hingga jeritan tidak lepas daripada mulut

Sudahnya, Sunwoo jatuh terbaring di hadapan pintu bilik air

Buk!

"Sunwoo?"

Suara Tuan Kim memanggil. Pelik mendengar bunyi jatuh yang kuat daripada bilik Sunwoo

Pantas lelaki separa abad itu berlari anak ke bilik Sunwoo. Pintu bilik terus dibuka luas

Tercengang Tuan Kim melihat tubuh Sunwoo terbaring dengan mata terkatup rapat di hadapan tandas

"Ya Tuhan! Sunwoo!" Teriaknya seraya mendapatkan anaknya itu. Belakang tangan ditekapkan pada dahi Sunwoo sambil meletakkan jari di bawah hidung Sunwoo. Mengesan nafas Sunwoo

"Makin teruk demam panas dia ni" Gumam Tuan Kim. Tanpa berfikir panjang, tubuh Sunwoo dicempung ke udara. Mengumpul segala tenaga yang ada demi anaknya itu

Tubuh Sunwoo diletakkan diatas katil. Nak cempung lelaki bersaiz dewasa itu ke kereta? Mahu patah tulang belakang Tuan Kim nanti. Itu pun nasib baik tubuh Tuan Kim masih tegap, sihat dan kuat. Kalau tidak, dia heret sahaja anak lelakinya itu ke pintu rumah

Tuan Kim mengeluarkan telefon. Mendail nombor ambulans seraya berjalan keluar daripada bilik Sunwoo

Sementara itu, di bilik air. Areum bertukar menjadi wajah sedia kala. Menggaru kepala kehairanan melihat perilaku Sunwoo tadi

"Pengsan? Aku bagi sikit je tadi?"

"Apa apa jelah. Janji kau tak mati lagi"

"Save the best for the last"

▲▲▲

▲▲▲

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒWhere stories live. Discover now