F o u r

631 86 65
                                    

"Mari saya bawa Cik masuk tapi sebelum tu. Maaf, cik boleh tak pakai ni?" Issabelle tunduk memandang benda yang dihulurkan Aayan.

Sehelai tudung. Jujur Issabelle tak reti cara memakai tudung. Kalau reti tiada maknanya dia kena perli dengan Humairah.

"Saya tak reti..."

"Takpe. Nanti saya minta seorang pelajar pakaikan. Mari saya bawa ke ruang solat" Issabelle menganggukkan kepala dan mengikuti Aayan.

Tiba di ruang solat Aayan mempersilakan Issabelle untuk masuk "saya tunggu di dewan" ujar Aayan sebelum dia melangkah pergi.

Issabelle melangkah masuk ke dalam ruangan solat. Seorang remaja sudah menunggunya di sana. Dia tersenyum manis.

"Mari. Saya pakaikan akak tudung"

Issabelle melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan. Dia hanya diam dan membiarkan remaja itu melilit kain itu di atas kepalanya. Entah lah Issabelle tak faham apa yang dilakukan remaja itu.

Lilit sana lilit sini.

"Dah siap. Jom kita ke dewan"

Issabelle merenung dirinya di cermin. Lama dia tenung. Itu bukan dirinya, yang ada dalam cermin itu sangat berbeza. Dia rasa bukan dirinya yang ada pada pantulan itu

Dia menunduk bawah. Tudung itu menutupi dadanya "kak?"

Suara itu membawa Issabelle ke dunia realiti "ya?"

"Jom kita ke dewan. Ustaz dah tunggu" Issabelle menganggukkan kepala. Dia melangkah membuntuti remaja itu.

Mereka berdua masuk ke dalam dewan. Di sana sudah berkumpul para  pelajar tahfiz berkenaan. Ada beberapa tenaga pengajar dan tentunya dia melihat Aayan dan Humairah.

Dua orang pekerja papanya menghampirinya "boleh ambil barang tu" mereka menganggukkan kepala  apabila Issabelle memberi arahan.

Mereka melangkah keluar ke dewan. Dalam beberapa minit mereka berdua kembali bersama beberapa plastik dan kotak yang tentunya berisi barang yang disumbangkan oleh syarikat.

Ada sejadah, al-Quran, telekung, peralatan elektrik, kipas angin, peralatan untuk pelajar seperti katil baru, bantal baru, set berus gigi dan macam-macam lagi lah.

Seorang demi seorang pelajar menerima barangan itu dari Issabelle. Tiba pada seorang kanak-kanak perempuan. Likungan usia mungkin dalam 6 tahun. Budak perempuan itu kalau tak silapnya budak yang sama yang dia bertemu pada hari pertama dia menjejak kaki di sini.

Tidak seperti yang lain. Bukannya mengambil barang yang dihulur malah kanak-kanak itu memeluk erat kaki Issabelle. Tersentak seketika wanita itu.

"Aria" Aayan panik seketika. Dia bimbang tindakan Aria membuat Issabelle tak selesa. Lagi-lagi wanita itu anak orang kaya. Ada segelintir dari mereka yang tak suka disentuh suka-suka hati.

"Aria sini!" Humairah menarik tangan kanak-kanak itu tetapi Aria masih bersikap keras tidak mahu melepaskan Issabelle.

Issabelle menepis tangan Humairah dari terus-terusan menarik Aria "you hurt her"

Humairah menggulingkan bebola mata "Aria. Ambil barang tu. Jangan kacau kakak" sekali lagi Aayan mencuba meleraikan Aria dari Issabelle tetapi nampaknya kanak-kanak itu mengabaikan sahaja ucapan ustaznya. Dia tersenyum manis memandang Issabelle

Dan seperti apa yang Aayan fikirkan. Dirinya memang tak suka disentuh oleh sebarang orang tetapi kanak-kanak di hadapannya ini membuat hatinya berbunga-bunga.

"Takpe ustaz" Issabelle mendukung kanak-kanak itu "kita bagi barang sama-sama okey?" Aria segera menganggukkan kepala sambil memeluk erat leher Issabelle.

Sudahnya Aria berdiri di atas kerusi di sisi Issabelle. Mereka berdua mengagihkan barang kepada pelajar lain.

Aayan tersenyum melihat pemandangan di hadapannya tetapi tidak pada orang di sebelahnya. Humairah masam mencuka apabila melihat Aayan yang tersenyum.

     "ISSABELLE"

Wanita itu menngulingkan bebola mata melihat tubuh yang terhuyung hayang menghampirinya "awalnya mabuk Ariel"

Lelaki itu terkekeh "stress"  lelaki itu meneguk air yang berada di tangannya.

"Stress memikirkan you" Wajahnya didekatkan pada wajah Issabelle. Issabelle ketawa kecil sebelum dia menolak kepala lelaki itu.

"Cliche" Sophie menngulingkan bebola mata.

"You busy lately ni. I bosan"

Issabelle menggelengkan kepalanya. Dia memegang kedua-dua belah pipi Ariel "next month kita travel jom"

Ariel merenung dalam-dalam mata indah di hadapannya "promise?"

Issabelle menganggukkan kepala "promise"

Lelaki itu terjatuh di bahu Issabelle. Issabelle menepuk perlahan pipi Ariel tetapi lelaki itu sudah pun hanyut dibuai mimpi

"He love you"

Issabelle memandang Sophie "i know. I love him too..." Dia memandang Ariel sambil mengusap rambut lelaki itu. Pandangan kembali dibawa kepada Sophie "but as friends"

"Kalau suatu hari aku kahwin dengan orang lain. Please take care of him" Dia mengenggam tangan Sophie erat.

Dia tak boleh kawal perasaannya. Dia benar-benar tak boleh mencintai Ariel lebih dari kawan. Memang tak dapat dinafikan, lelaki itu selalu bersamanya, tak kira susah atau senang.

AAYAN melipat sejadahnya. Dia duduk di birai katil. Tubuhnya masih lengkap berjubah hijau. Songkok yang dipakai segera dibuka dan diletakkan di atas meja.

Aayan berbaring. Memandang siling biliknya dengan pandangan kosong. Dia teringat perbualannya dengan Dato Sri Hamza siang tadi.

"Uncle dah tak tahu nak buat macam mana Aayan. Setiap hari Belle akan balik lewat. Uncle risau ada orang buat benda tak senonoh pada Belle" Lelaki tua itu menyandarkan dirinya pada sofa.

"Uncle nak putarkan masa. Uncle nak perbetulkan kesalahan uncle. Mungkin dulu uncle terlalu leka dengan dunia sampai terleka pasal Belle. Aayan. Belle jadi macam ni sebab ikut uncle dengan aunty dulu" Sinar matanya menunjukkan sinar kekesalan. Matanya berkaca menahan sebak. Mengingati dosa lalu.

Sekarang Allah menegurnya melalui anaknya. Dulu. Ketika Issabelle masih kecil. Dia dan isterinya juga lseperti Issabelle. Kaki kelab, kaki minum. Jadi dia tak boleh salahkan Issabelle kerana wanita itu mengikut apa yang dilakukan mama dan papanya.

"Uncle jangan putus asa. Doa lah banyak-banyak"

Dato Sri Hamza meraih tangan Aayan "uncle makin tua, uncle takut uncle tak sempat ubah Belle. Aayan tolong uncle ya?"

Lelaki itu diam seketika sebelum lama kelamaan dia menganggukkan kepala.

"Sejak aunty tinggalkan kami berdua, Issabelle makin tidak terkawal. Uncle tahu dia sayang sangat dekat aunty sebab tu dia sedih aunty tinggalkan dia. Setiap malam dia menangis menunggu aunty balik" wajah tua itu memaparkan riak sedih.

Dato Sri Hamza menggelengkan kepala perlahan-lahan "tapi sampai sekarang aunty tak balik ke rumah ni. Uncle tak tahu lagi macam mana nak sedarkan Issabelle"

Aayan mengangguk faham. Dia mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Dato Sri Hamza. Walaupun dia tak kenal dengan Issabelle tapi jauh di sudut hatinya yakin yang wanita itu memang seorang yang baik.

Dia perlukan seseorang untuk membimbingnya

Aayan mengeluh. Dia memejamkan matanya 'Ya Allah. Sesungguhnya aku lakukan ini kerana diri-Mu.'

EuphoriaWhere stories live. Discover now