↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
"Disebalik awan tersenarai seribu makna. Ia sentiasa hadir walau suka ataupun tidak. Ia datang dan pergi, sepertimana simboliknya, awan itu berubah mengikut jenisnya.
Emosi; Emosi berubah mengikut jenisnya awan. Awan kelabu memberi kesan emosi yang tidak baik, seperti kesedihan, kelayuan, walhal awan putih pula lebih meringankan dan memberi kesan emosi yang lebih baik seperti berasa tenang dan ceria.
Rahsia; Apa yang tersembunyi di sebalik awan tidak dapat dilihat. Itu lah yang terjadi apabila awan itu terbentuk dan menutupi matahari, cahayanya tidak dapat dilihat dan hanya langit mendung terhampar luas.
Beban; Awan bukanlah simbolik positif semata-mata, ia juga sering dikaitkan dengan beban atau halangan. Sepertimana ia menghalang cahaya matahari, ia juga membawa petanda kemungkinan cuaca yang buruk akan tiba.
Pembersihan; Namun, awan juga punya kelebihannya yang tersendiri. Awan yang kelabu membawa hujan bersama dan hujan adalah simbol pembersihan buat muka bumi ini.
Kekeliruan; Awan yang turun di atas permukaan bumi itu dipanggil kabus. Dan kabus membawa simbol kekeliruan dimana kita tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berada di hadapan.
Simboliknya AWAN, terkait dengan kisah cinta Aida Ariff dan Aisy Imran. Langit tidaklah selalu mendung, namun ia juga tidak selalunya cerah, jika kita sabar mengharungi badainya, akan ada pelangi selepas hujan"
✧*̥˚ Watak Utama *̥˚✧
↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
Maklumat peribadi: Aida binti Dato' Ariff; 28 tahun; 160cm
Personaliti: Introvert; disenangi sekeliling; seorang yang merancang kehidupan seharian dan tersusun; bertindak mengikut hati & perasaan; bersikap kompleks dan serius
Latar belakang keluarga: Merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik (mempunyai seorang abang, Aidan dan kakak, Aina); tidak senang dengan bapa dan abangnya tetapi begitu rapat dengan kakak serta kakak iparnya; dari keluarga yang biasa, bapanya, Ir. Dato' Ariff bin Iskandar, sudah bersara sebagai Ketua Pengarah di Jabatan Kejuruteraan dan Struktur Malaysia; Ibunya, Datin Afifah Murni binti Hashim mempunyai butik pakaian tradisional dan merupakan seorang pereka fesyen khusus dalam pakaian tradisional;
Akademik: bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan SMK harian sehingga umur 17 tahun; Kemudian dia menyambung pelajaran dengan mengambil kursus Foundation in Arts di University of N, kampus Malaysia selama 1 tahun; Selepas tamat dia menyambung pula Bachelor Degree in Architecture di University of N, cawangan kampus di UK selama 3 tahun; Setelah tamat Degree dia menyambung ke peringkat Master Degree in Interior Design di University of E, London, UK selama 2 tahun; Pekerjaan terkini: Pereka Dalaman (Interior Designer)
↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
Maklumat peribadi: Aisy Imran bin Tan Sri Ahmad Kamil; 30 tahun; 178cm
Personaliti: Ekstrovert; bersikap spontan dan terbuka; bertindak mengikut hati & perasaan; bersikap ringan dan santai
Latar belakang keluarga: Merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan, Aisyah Rania; Keluarganya mengendali beberapa syarikat dalam sektor pengangkutan termasuk syarikat penerbangan (X Airline) dan syarikat pengendalian bas ekspres (Xpress Bus Sdn. Bhd.) Bapanya, Tan Sri Ahmad Kamil bin Ahmad Khalid merupakan Presiden dan CEO serta pemegang saham terbesar dalam Syarikat milik keluarganya itu. Ibunya, Puan Sri Zulaika binti Shaari merupakan seorang pengasas sebuah Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pembangunan wanita terutamanya wanita luar bandar dalam sektor pelancongan.
Akademik: di 'home-schooled' sehingga umur 10 tahun; bersekolah di ReIn International School bermula umur 11 tahun sehingga 17 tahun; Kemudian dia mengambil kursus Foundation in Engineering & Science selama 1 tahun di S University of Technology, Australia; Setelah itu dia menyambung pelajaran dalam Bachelor Degree in Aviation Engineering selama 3 tahun di K University, London, UK; Setelah bekerja beberapa tahun sebagai Aircraft Engineer, dia Menyambung pengajian di akademi penerbangan di K. Aviation Academy, USA selama 2 tahun bagi mendapatkan lesen juruterbang; Pekerjaan terkini: juruterbang (pilot)
↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
↠━━━━ღ◆ღ━━━━↞
✧*̥˚ Disclaimer *̥˚✧1. Watak-watak, latar belakang, nama universiti, syarikat, pertubuhan serta lokasi yang digunakan dalam penulisan ini adalah tidak wujud dan tidak terkait dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia; ianya adalah rekaan semata-mata
2. Sebarang gambar yang digunakan dalam penulisan ini juga adalah sekadar hiasan sahaja; tiada kena mengena dengan hidup ataupun dengan yang sudah meninggal dunia
3. Segala plot dan perkembangan penceritaan dalam penulisan ini adalah 100% daripada buah fikiran saya sendiri; tiada plagiat/rujukan daripada mana mana penulisan yang lain sepanjang penulisan ini berlaku; rujukan kepada fakta-fakta tertentu dilakukan bagi memastikan tiada kesalahan fakta ditulis dalam penulisan ini;
4. Terima kasih kerana berminat untuk membaca penulisan pertama saya yang diterbitkan di Wattpad ini. Follow saya untuk penulisan yang akan datang dan jangan lupa tinggalkan vote dan juga komen; semoga penulisan saya yang akan datang semakin baik dengan komen membangun dari korang semua. Thank you =>
❌ No overly explicit mature content
⚠️ Konflik yang tak ringan & tak berat dan agak cliché bagi saya
⚠️ Heavily used english terms & dialogue
⚠️ 10 Bab yang pertama agak slow sebab perlukan pengenalan yang agak panjang
⚠️ Sorry kalau ada typo or ayat/tatabahasa/grammar yang tak betul - boleh leave comments nanti saya betulkan ❤️
Regards,
꧁ Faye D. ꧂
YOU ARE READING
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna
Romance[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - A...